![]() |
Firma Fintech Terkemuka Mencipta Peluang Kewangan Baharu untuk para Pelanggan Fubon melalui Dagangan Pecahan dalam Ekuiti A.S.
JERSEY CITY, New Jersey, 28 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Fubon Financial Holdings ("Fubon"), syarikat kewangan kedua terbesar di Taiwan, memilih ViewTrade sebagai penyedia teknologinya untuk memberi akses ke pasaran A.S. serta keupayaan untuk membeli saham pecahan kepada para pelanggan Fubon dengan pelbagai saiz akaun. Melalui penyelesaian teknologinya yang unik, ViewTrade kini membolehkan pelanggan runcit Fubon melabur dengan mudah dan kerap dalam pasaran A.S.
"Kami teruja dapat bekerjasama dengan Fubon dan menyediakan peluang kewangan yang baharu ini kepada pelanggan mereka," kata Andy Liao, Pembangunan Perniagaan - Asia ViewTrade. "Dagangan pecahan melalui sebuah akaun omnibus telah berupaya meringankan beban para pelabur runcit bagi memenuhi keperluan minimum saham penuh. Dengan dagangan saham pecahan, pelabur baharu yang lebih muda boleh mula menyertai pasaran lebih awal dengan membuat pelaburan."
Menyumbang kepada pelan simpanan biasa melalui Pasaran Ekuiti A.S. merupakan cara yang popular untuk melabur di Taiwan. Dagangan pecahan, dengan keupayaannya untuk memudahkan pemurataan kos dolar, merupakan komponen penting yang disediakan oleh ViewTrade di pasaran Asia.
"Dagangan pecahan membolehkan kami menyediakan jumlah pelaburan yang kecil kepada para pelabur serta peluang untuk melabur dalam saham berharga tinggi, satu masalah yang tidak dapat kami selesaikan sebelum ini. Mereka kini mampu menjadi pemegang saham Amazon, Google, Berkshire Hathaway, Tesla, Costco dan lain-lain," kata Jiemin Wang, Ketua Pasukan Produk Ekuiti Global Fubon.
Tentang ViewTrade
ViewTrade merupakan pendaya yang menguasakan teknologi kewangan dengan menyediakan segala-galanya – teknologi, sokongan dan perkhidmatan pembrokeran – yang diperlukan oleh inovator untuk melancarkan atau menambah baik platform atau aplikasi dagangan runcit dengan pantas. Sepanjang lebih 20 tahun yang lalu, pendekatan kami ini telah membantu beratus-ratus firma – merangkumi syarikat pemula hingga bank, broker dan RIA yang besar – mewujudkan pengalaman pelaburan berbeza seperti yang diingini oleh para pelanggan mereka.
Hari ini, ViewTrade memberikan perkhidmatan kepada pelanggan di lebih 20 buah negara di lima benua, mewakili berjuta-juta pelabur individu. Tawaran kami diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dan menyediakan perkhidmatan pelanggan dalam lebih dua belas bahasa. Sebagai sebuah firma B2B, kami tidak pernah bersaing dengan pelanggan kami dalam perniagaan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://viewtrade.com/ dan ikuti syarikat ini di LinkedIn.
Tentang Fubon:
Fubon telah ditubuhkan pada tahun 1961 dan kini mempunyai 45,000 orang pekerja di seluruh dunia. Fubon Financial Holdings ialah syarikat kewangan yang kedua terbesar di Taiwan dari segi aset. Fubon menerajui perolehan sesaham bagi sektor kewangan selama 13 tahun berturut-turut, telah dipilih untuk menyertai Fortune Global 500 selama empat tahun yang lalu dan diberi gelaran "Top 500 Most Valuable Brands" (500 Jenama Paling Bernilai) oleh Brand Finance sejak dua tahun yang lalu.
Hubungan Media
Alex Shafer
viewtradepr@jconnelly.com
973-934-5100
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1867049/ViewTrade_Logo.jpg?p=medium600