omniture

Memperkenalkan SafeRE, Pasaran Pelaburan Hartanah Beretika

SafeRE
2022-07-28 19:47 155

SINGAPURA, 28 Julai 2022 /PRNewswire/ -- SafeRE – pasaran pelaburan inovatif yang menawarkan platform yang adil dan cekap kepada pelanggan global untuk pelaburan dan pembiayaan hartanah telah dilancarkan secara rasmi.

SafeRE is the digital real estate market place for investors seeking direct, profitable access to global, institutional-grade real estate investments and for asset owners looking for capital and liquidity.
SafeRE is the digital real estate market place for investors seeking direct, profitable access to global, institutional-grade real estate investments and for asset owners looking for capital and liquidity.

SafeRE melakukan tokenisasi pelaburan hartanah berkualiti tinggi  dan merupakan pasaran pertama untuk hartanah yang memberikan pulangan terlaras risiko sebenar yang holistik, malah benar-benar sejajar dengan minat para pelabur hartanah dan pengurus aset. Kos dikekalkan pada tahap yang amat minimum serta peluang untuk melabur dan memperoleh pulangan yang adil ditawarkan kepada semua orang. Dengan melaksanakan tokenisasi aset, SafeRE memecahkan pelaburan kepada unit kecil dan menjadikan pelaburan gred institusi yang tidak boleh diakses sebelum ini, tersedia kepada semua orang.

SafeRE menawarkan pengalaman pelaburan dalam talian yang lancar dan automatik sepenuhnya. Ciri utama merangkumi proses penyertaan automatik, KYC bersepadu dan tanpa kertas , deposit segera serta pelaburan. Dompet digital platform ini membolehkan para pengguna menyimpan token pelaburan dan pelbagai mata wang digital dengan akses global yang ditawarkan selama 24/7. SafeRE berusaha untuk mempromosikan kepelbagaian serta kriteria Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang ketat dengan mewujudkan pasaran pelaburan beretika untuk para pelabur dan pemilik aset. 

Para pelabur mendapat manfaat daripada kos pelaburan yang jauh lebih rendah  dan daripada proses pelaburan yang telus sepenuhnya . Portfolio boleh dicipta dan disesuaikan dengan mudah serta menawarkan keupayaan yang mencerminkan pilihan setiap pelabur. Pemilik aset mendapat manfaat daripada penyenaraian projek pengumpulan dana yang digitalkan pada kos pentadbiran yang lebih rendah dan daripada proses penyertaan yang mudah. SafeRE menawarkan pelbagai pilihan urus niaga kepada semua orang, termasuk pengalaman industri dan panduan tentang struktur. 

Pasukan pengurusan SafeRE bersemangat untuk memaksimumkan manfaat para peserta pasaran hartanah. Mereka mengguna teknologi canggih untuk membolehkan pelaksanaan segera dan sokongan terhadap falsafah perniagaan SafeRE. 

Chris Werner, Pengasas Bersama SafeRE: "Misi kami ialah mengurangkan kos transaksi pelaburan hartanah secara drastik. Kami melakukannya dengan memastikan bahawa para peserta pasaran tidak terdedah kepada kos tidak telus yang dimuatkan oleh pengantara yang tidak menambah nilai sebenar kepada pelaburan. Proses kami adalah lebih cekap, lebih selamat, mematuhi kawal selia dan hanya direka untuk memberi manfaat kepada mereka yang merupakan peserta utama mana-mana transaksi hartanah, para pelabur dan pemilik aset."

Kewujudan platform SafeRE ialah untuk membawa perubahan kepada industri pelaburan tradisional serta menawarkan penyelesaian baharu dan menarik kepada para pelabur dan pemilik aset. Para pengguna kini boleh mendaftar untuk perkhidmatan SafeRE atau menghubungi pasukan untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana platform ini boleh memberi manfaat kepada mereka.

Maklumat boleh didapati di https://safere.com

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: info@safere.com

@SafeRe7  
SafeRE 
SafeRe  

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1868070/SafeRE_Digital_RealEstate_Market.jpg?p=medium600
Logo:  https://mma.prnasia.com/media2/1868071/SafeRE_Logo.jpg?p=medium600

Source: SafeRE
Keywords: