omniture

LyondellBasell Mencapai Matlamat Tenaga Boleh Baharu

LyondellBasell Industries
2022-07-28 20:00 152

HOUSTON, 28 Julai 2022 /PRNewswire/ -- LyondellBasell hari ini mengumumkan bahawa ia telah mara selangkah lagi ke hadapan dalam perjalanannya ke arah pelepasan gas rumah hijau (GHG) sifar karbon. Syarikat ini menandatangani dua perjanjian pembelian kuasa (PPA) jangka panjang tambahan bagi bekalan elektrik boleh baharu dengan Buckeye Partners untuk sejumlah 165 megawatt (MW) kuasa yang akan diperoleh daripada ladang solar Buckeye yang sedang dibina di utara Texas. Pengumuman ini merupakan satu lagi contoh kemajuan yang dicapai oleh LyondellBasell ke arah mencapai matlamat 2030 syarikat tersebut untuk memperoleh sekurang-kurangnya separuh daripada penggunaan elektrik semasanya daripada sumber boleh baharu, iaitu kira-kira lima juta megawatt jam (MWj) setahun.

Perjanjian ini merupakan PPA tenaga boleh baharu keempat bagi LyondellBasell dan ditandatangani hanya sebulan selepas syarikat tersebut mengumumkan PPA dengan ENGIE North America untuk bekalan kuasa sebanyak 100 MW dan Buckeye sebanyak 116 MW. Empat perjanjian ini mewakili sejumlah 381 MW tenaga boleh baharu, yang dianggarkan menjana kira-kira 1,037,000 megawatt per jam (MWj) kuasa bersih setiap tahun. Ini bersamaan dengan penggunaan elektrik oleh lebih 96,000 isi rumah di Amerika setiap tahun.

"Mendalami kerja-kerja yang kami lakukan dan produk yang kami hasilkan adalah komitmen kami untuk terus meningkatkan kualiti kehidupan dan alam sekitar," kata Peter Vanacker, Ketua Pegawai Eksekutif LyondellBasell. "Tenaga boleh baharu merupakan langkah penting untuk mencapai matlamat pengurangan pelepasan gas rumah hijau (GHG) kami dalam usaha mencapai karbon sifar menjelang tahun 2050. Penggunaan produk kami dalam pengeluaran turbin angin, panel solar dan kenderaan elektrik penting untuk peralihan tenaga. "Mengembangkan pelaburan kami dalam sumber tenaga angin dan solar akan membantu mengurangkan pelepasan yang dikaitkan dengan pengeluaran produk penting yang menghasilkan tenaga boleh baharu."

Projek Solar Buckeye Crown dan Sol 

Projek solar Buckeye Crown dan Sol terletak di Falls County, Texas di lokasi bersebelahan dan dijangka memulakan operasi komersial pada suku ketiga tahun 2023. Setiap penggal PPA dengan LyondellBasell ialah selama 15 tahun. Projek ini dianggarkan dapat menjana lebih 400,000 MWj kuasa bersih setiap tahun untuk LyondellBasell, bersamaan dengan 152,000 tan metrik karbon dioksida atau penggunaan tenaga elektrik tahunan kira-kira 37,000 purata isi rumah di Amerika.

Penyahkarbonan bekalan elektrik melalui pembelian kuasa elektrik boleh baharu adalah penting untuk mencapai sasaran LyondellBasell pada tahun 2030. Sasaran sumber tenaga boleh baharu ini dianggarkan mengurangkan kira-kira 1.5 juta tan metrik pelepasan gas rumah hijau daripada skop 2 pelepasannya setiap tahun.

Tentang LyondellBasell 

Sebagai peneraju dalam industri kimia global, LyondellBasell berusaha setiap hari untuk menjadi syarikat yang paling selamat, dikendalikan dengan cara terbaik dan paling bernilai dalam industri kami. Produk, bahan dan teknologi syarikat ini memberikan kecanggihan dalam penyelesaian lestari dari segi keselamatan makanan, akses kepada air bersih, penjagaan kesihatan dan bahan api cekap di lebih 100 pasaran antarabangsa. LyondellBasell meletakkan keutamaan yang tinggi terhadap kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman serta Menggalakkan Kebaikan dengan penekanan kepada planet, komuniti tempat kami beroperasi serta tenaga kerja kami pada masa hadapan.  Syarikat ini berbangga dengan teknologi bertaraf dunia serta fokusnya kepada para pelanggan. LyondellBasell telah meningkatkan cita-cita dan tindakan kitaran serta iklimnya untuk menangani cabaran global dalam sisa plastik dan penyahkarbonan. Pada tahun 2022, LyondellBasell telah tersenarai sebagai salah satu daripada "Syarikat-Syarikat Paling Dikagumi di Dunia" dalam Majalah FORTUNE untuk tahun kelima berturut-turut. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.lyondellbasell.com atau ikuti @LyondellBasell di LinkedIn.

Pernyataan Berpandangan Ke Hadapan 

Pernyataan dalam siaran ini yang berkaitan dengan perkara yang bukan fakta sejarah adalah pernyataan berpandangan ke hadapan. Pernyataan berpandangan ke hadapan ini adalah berdasarkan andaian pihak pengurusan LyondellBasell yang dipercayai munasabah semasa ia dibuat dan tertakluk kepada risiko serta ketidakpastian yang ketara. Apabila digunakan dalam siaran ini, perkataan "anggaran," "percaya," "terus," "boleh," "berhasrat," "mungkin," "merancang," "berpotensi," "meramalkan," "perlu," "akan," "dijangka," serta ungkapan serupa adalah bertujuan untuk mengenal pasti pernyataan berpandangan ke hadapan, walaupun bukan semua pernyataan berpandangan ke hadapan mengandungi perkataan pengenal pasti seperti yang disebutkan. Keputusan sebenar boleh berbeza secara material berdasarkan faktor-faktor termasuk, tetapi tidak terhad kepada, ketersediaan, ketidaktentuan kos dan harga utiliti; keupayaan kami untuk memenuhi matlamat kelestarian kami, termasuk keupayaan kami untuk mengurangkan pelepasan karbon dan mencapai pelepasan karbon sifar dalam tempoh yang ditentukan dalam matlamat kami; keupayaan kami untuk mendapatkan tenaga daripada sumber boleh baharu; dan kejayaan pembinaan serta operasi projek yang diterangkan dalam siaran ini. Faktor tambahan yang boleh menyebabkan keputusan berbeza secara material daripada yang diterangkan dalam pernyataan berpandangan ke hadapan ini boleh didapati dalam bahagian "Faktor Risiko" Borang 10-K kami untuk tahun yang berakhir pada 31 Disember 2021, yang juga tersedia di www.LyondellBasell.com pada halaman Perhubungan Pelabur dan pada laman web Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa di www.sec.gov. Tiada jaminan bahawa mana-mana tindakan, peristiwa atau hasil pernyataan berpandangan ke hadapan ini akan berlaku, atau sekalipun jika ia berlaku, tiada jaminan tentang kesannya terhadap keputusan operasi atau keadaan kewangan kami. Pernyataan berpandangan ke hadapan ini hanya benar pada tarikh ia dibuat dan berdasarkan anggaran serta pendapat pihak pengurusan LyondellBasell ketika ia disediakan. LyondellBasell tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini pernyataan berpandangan ke hadapan ini sekiranya keadaan atau anggaran atau pendapat pihak pengurusan berubah, kecuali jika dikehendaki oleh undang-undang.

Construction activities are ongoing at the Buckeye Crown and Sol projects with material staging and module tracking system installation underway.
Construction activities are ongoing at the Buckeye Crown and Sol projects with material staging and module tracking system installation underway.

 

Over 615,000 solar panels will be installed for Buckeye’s Crown and Sol solar projects, located in Falls County, Texas.
Over 615,000 solar panels will be installed for Buckeye’s Crown and Sol solar projects, located in Falls County, Texas.

 

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1867009/LYB_Buckeye_Partners_Project.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1867010/LYB_Buckeye_Partners_Project2.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/562522/LYB_Advancing_Possible_Logo.jpg?p=medium600

Source: LyondellBasell Industries
Related Stocks:
NYSE:LYB
Keywords: Chemical Oil/Energy Utilities Licensing/marketing agreements