omniture

A Wiski Layak untuk Santapan Diraja, JOHNNIE WALKER® Mengeluarkan JOHNNIE WALKER EXPLORERS' CLUB COLLECTION - THE ROYAL ROUTE™

Diageo GTME
2013-10-17 22:39 267

LONDON, 17 Oktober 2013 /PRNewswire/ --

  • Keluaran terbaharu ini melengkapkan Siri Trade Routes, boleh didapati secara eksklusif untuk pengembara

Hari ini JOHNNIE WALKER, jenama Scotch Whisky terunggul di dunia, mendedahkan keluaran kemuncak dalam rangkaian baharu eksklusifnya, JOHNNIE WALKER EXPLORERS' CLUB COLLECTION - THE ROYAL ROUTE. Boleh didapati secara eksklusif kepada para penggemar adventur yang mengamalkan etos penerokaan ejen John Walker & Sons, sebatian mewah ini melengkapkan Siri pertama koleksi itu - Siri Trade Routes.

     (Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131017/643891-a )

     (Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131017/643891-b )

     (Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131017/643891-c )

Siri ini diilhamkan daripada pengembaraan epik yang dilalui oleh para ejen ini dalam pengembaraan mereka seluruh dunia, mengemudi jalan mereka merentasi jalan perdagangan terkenal di dunia: jalan diraja daripada Timur hingga ke pesisir Mediterranean, jalan emas benua Amerika dan kepulauan Caribbean; dan jalan rempah Eropah dan Asia, dalam mencari adventur eksotik serta perniagaan baharu. Tiga adunan dalam Siri Trade Routes mendapat ilham daripada kekayaan budaya, pemandangan dan pengalaman yang ditemui sepanjang jalan perdagangan hebat ini dan yang menginspirasikan pengadun pakar kami bergenerasi lamanya.

JOHNNIE WALKER EXPLORERS' CLUB COLLECTION - THE ROYAL ROUTE mendapat inspirasi daripada keagungan sejarah dan pemandangan jalan perdagangan diraja, yang terkenal kerana membawakan kemewahan dunia kepada raja-raja. Kisah pengembara tentang perjalanan penuh legenda yang berlaku di jalan ini, sutera yang berharga, hiasan Parsi, batu berlian dan mutiara yang diperdagangkan di sepanjangnya, memberi ilham kepada Pakar Pengadun hari ini bagi menghasilkan varian yang paling mewah dalam siri itu.

Padat dengan perasa yang kaya dan tajam, ia sememangnya wiski yang layak menjadi santapan diraja. Diadun sebati dan ditapis dengan penuh ketelitian, wiski ambar gelap itu disumberkan daripada tong arak kayu oak yang terpilih daripada ruang simpanan arak eksklusif JOHNNIE WALKER.

 "Kami hanya mencari adunan terbaik dan paling seimbang yang mempunyai perasa dalam yang membangkitkan perasaan dan sifat yang sepadan," komen Pakar Pengadun Jim Beveridge. Beliau menambah: "Jika dihidu, terdapat pelbagai aroma buah-buahan yang beraneka termasuk epal, pir, buah tin dan pic. Dengan mencerminkan keindahan,  jarang tidaknya dan sifat eksotik barangan mewah yang diperdagangkan di jalan perdagangan diraja, ia mempunyai rasa yang menusuk dan kompleks dengan iringan rasa buah-buahan kering dan tafi, diseimbangkan dengan sempurna bersama kemanisan kulit kayu yang lembut dan leretan asap beraroma.  THE ROYAL ROUTE memberikan sifat yang lebih mendalam, dengan lapisan berbilang perasa yang lebih pekat untuk dinikmati.

Steve White, Pengarah Pemasaran Diageo Global Travel and Middle East, berkata: "JOHNNIE WALKER EXPLORERS' CLUB COLLECTION - THE ROYAL ROUTE memang layak dijadikan santapan diraja. Ia adalah tanda puncak keunggulan Siri itu dan dengan itu, kami meraikan kepelbagaian pengembaraan dan penerokaan hari ini. Ia boleh didapati secara eksklusif di kedai bebas cukai seluruh dunia dan kami yakin, sebagai peneman yang dipercayai untuk adventur, ia bakal menginspirasikan perjalanan berani yang baharu bagi pengembara dunia hari ini."

JOHNNIE WALKER EXPLORERS' CLUB COLLECTION - THE ROYAL ROUTE adalah kemuncak siri Trade Routes, yang dimulakan dengan pelancaran pertama JOHNNIE WALKER EXPLORERS' CLUB COLLECTION - THE SPICE ROAD™, dalam bulan Disember 2012 yang mendapat sambutan hangat. Ia adalah ekspresi evokatif untuk semangat, aroma dan rempah-ratus yang ejen JOHNNIE WALKER tentu dapat temui di pasaran yang berkembang maju seluruh Asia. Pelancaran kedua, JOHNNIE WALKER EXPLORERS' CLUB COLLECTION - THE GOLD ROUTE™, telah dilancarkan dalam bulan Mac dan menghidupkan ekspresi Pakar Pengadun untuk perasa buah-buahan eksotik serta warna-warna keemasan kaya Amerika Latin.

Dengan harga runcit saranan sebanyak $159 untuk botol 1 liter, JOHNNIE WALKER EXPLORERS' CLUB COLLECTION - THE ROYAL ROUTE boleh didapati secara eksklusif kepada pengembara di kedai bebas cukai seluruh dunia.

Nota kepada Editor

Facebook Johnnie Walker: facebook.com/JohnnieWalker

Instagram Johnnie Walker: @johnniewalker

Hashtag Twitter: #JWROYALROUTE

Maklumat lanjut tentang sejarah pengembaraan ejen John Walker & Sons

Dari empat penjuru Scotland hingga empat penjuru dunia, JOHNNIE WALKER sentiasa melangkaui sempadan bagi menemui horizon baharu.

Sejak 1820, keluarga Walker serta para ejen mereka mengembara seluruh dunia, mengemudi hala tuju melalui jalan perdagangan terkenal: jalan rempah Eropah dan Asia; jalan diraja dari Eropah hingga ke Parsi; dan jalan emas benua Amerika dan kepulauan Caribbean, bagi mengejar adventur, dan membawakan perniagaan baharu serta pengalaman yang berharga.

Usaha mereka memastikan yang menjelang tahun 1920an, JOHNNIE WALKER tiba di 120 negara dan dinikmati atas landasan kereta api bersejarah, kapal persiaran laut mewah serta penerbangan transatlantik awal. Sementara itu, imej Striding Man JOHNNIE WALKER dengan gambar lelaki yang berjalan mendada sedang menjadi satu ikon seluruh dunia.

Di London pula, berdekatan dengan syarikat perkapalan dan dok yang digunakan ejen JOHNNIE WALKER untuk mengembara seluruh dunia, Alexander Walker membuka The Traveller's Room di mana ejen beliau boleh berkumpul untuk berehat, membincangkan strategi dan saling bertukar kisah dan sampel hasil daripada pengembaraan mereka. Kisah penerokaan yang beraneka ini mempengaruhi Pakar Pengadun JOHNNIE WALKER, yang mula mencipta stail wiski berbeza bagi mencerminkan semua kisah eksotik ini.

Hari ini, tradisi ini diteruskan lagi sambil JOHNNIE WALKER mengeluarkan JOHNNIE WALKER EXPLORERS' CLUB COLLECTION, rangkaian wiski yang dihasilkan eksklusif untuk pengembara. Tiga varian dalam koleksi ini yang dikenali bersama sebagai siri Trade Routes mendapat inspirasi daripada kemewahan yang boleh ditemui sepanjang jalan perdagangan yang hebat-hebat belaka itu.

Tentang Diageo

DIAGEO adalah perniagaan minuman premium unggul dunia dengan koleksi jenama minuman beralkohol yang mengagumkan merentasi kategori arak, bir dan wain. Jenama-jenama ini termasuklah Johnnie Walker, Crown Royal, JεB, Buchanan's, wiski Windsor and Bushmills, Smirnoff, vodka Cîroc dan Ketel One, Captain Morgan, Baileys, Tanqueray dan Guinness.

DIAGEO adalah sebuah syarikat global, dengan produk yang terjual dalam lebih 180 negara seluruh dunia. Syarikat itu disenaraikan dalam kedua-dua Bursa Saham New York (DEO) dan Bursa Saham London (DGE). Untuk maklumat lanjut mengenai DIAGEO, para kakitangan, jenamanya dan prestasinya lawati http://www.diageo.com. Untuk sumber global DIAGEO yang menggalakkan amalan minum dengan berhemah melalui perkongsian peralatan, informasi dan inisiatif amalan terbaik, lawati http://www.DRINKiQ.com.

Meraikan kehidupan, setiap hari, di setiap tempat.

Bagi pertanyaan media sila hubungi: Claire Lorimer, Smarts Communicate, +44(0)28-9039-5512, Claire.lorimer@smartscommunicate.com

Source: Diageo GTME
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages New products/services