NEW YORK, 29 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Kita semua inginkan ais krim (minuman keras)! Empire State Building (ESB) hari ini mengumumkan bahawa Tipsy Scoop, sebuah syarikat yang mengeluarkan gabungan ais krim dan minuman keras serta serbat buatan tangan, akan menyajikan manisan berperisa tajam di Balai Cerap Tingkat 86 pada setiap hari Rabu hingga Ahad, 3 Ogos – 5 September dari jam 1 petang - 9 malam.
"Program gerai jualan kami telah berjaya mengetengahkan citarasa asli tempatan New York ke pusat bandar dan memberikan kejutan yang manis buat para tetamu kami," kata Jean-Yves Ghazi, Presiden Balai Cerap Empire State Building. "Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Tipsy Scoop untuk mengubah Balai Cerap Tingkat 86 Empire State Building menjadi 'barlor' aiskrim sementara yang menawarkan pemandangan, pada bulan Ogos ini."
Tipsy Scoop akan menjual tiga jenis ais krim berperisa minuman keras yang siap dibungkus daripada gerai jualan di bangunan ini termasuk ais krim karamel masin wiski dengan coklat gelap, serbat margarita mangga dan serbat raspberi limoncello pada harga $8. Gerai tersebut akan turut menawarkan sundae istimewa ESB yang eksklusif yang menampilkan ais krim berasaskan tumbuhan pina colada – digabungkan dengan rum dan rum nanas – dihiasi dengan krim putar, coklat urai, kandi gummy bear dan kandi bertema NYC pada harga $12. Perisa tanpa alkohol seperti vanila, coklat dan ceri juga boleh didapati pada harga $4.50.
"Kami sangat teruja dengan gerai jualan kami di Empire State Building pada bulan Ogos ini," kata Melissa Tavss, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Tipsy Scoop. "Sundae Empire State Building istimewa kami bukan sahaja lazat, malah merupakan tambahan yang sempurna pada foto Balai Cerap anda."
Para tetamu digalakkan untuk menikmati hidangan mereka dengan pemandangan yang ikonik ini dan menanda gambar-gambar dengan #PopUpTop bagi merebut peluang untuk ditampilkan pada saluran sosial ESB. Banyak lagi program gerai jualan bulanan di Balai Cerap Empire State Building bakal diumumkan pada masa hadapan.
Imej beresolusi tinggi yang berkaitan boleh dimuat turun di sini. Maklumat lanjut tentang Empire State Building dan tiket boleh didapati secara dalam talian.
Tentang Empire State Building
Empire State Building, "Bangunan Paling Terkenal Di Dunia," dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc. (ESRT: NYSE), menjulang setinggi 1,454 kaki di atas Pusat Bandar Manhattan daripada dasar hingga ke antenanya. Pengubahsuaian Pengalaman Balai Cerap Empire State Building bernilai $165 juta mencipta pengalaman serba baharu dengan pintu masuk tetamu yang khusus, sebuah muzium interaktif yang mempunyai sembilan buah galeri dan Balai Cerap di Tingkat 102 yang direka semula dengan tingkap dari lantai ke siling. Perjalanan ke Balai Cerap di Tingkat 86 yang terkenal di dunia sebagai satu-satunya balai cerap 360 darjah yang terbuka dengan pemandangan New York serta kawasan sekitarnya ini memukau pengunjung dengan keseluruhan pengalaman Bandar Raya New York dan merangkumi segala-galanya daripada sejarah ikonik bangunan ini hinggalah kedudukannya dalam budaya pop masa kini. Ketahui lebih lanjut di www.esbnyc.com. Diisytiharkan sebagai "Bangunan Kegemaran Amerika" oleh Institut Arkitek Amerika serta destinasi pelancongan paling popular di dunia oleh Uber, Tarikan #1 di Amerika Syarikat dalam Travelers' Choice Best of the Best 2022 Tripadvisor dan tarikan #1 Bandar Raya New York oleh Lonely Planet, ia menerima kunjungan lebih 4 juta pengunjung dari seluruh dunia setiap tahun.
Sejak tahun 2011, bangunan ini telah dikuasakan sepenuhnya oleh tenaga angin elektrik boleh baharu dan premis yang berbilang tingkat ini sebahagian besarnya menempatkan pelbagai penyewa pejabat seperti LinkedIn dan Shutterstock serta pilihan kedai seperti STATE Grill and Bar, Tacombi dan Starbucks. Untuk maklumat lanjut dan untuk mendapatkan tiket Pengalaman Balai Cerap, sila layari esbnyc.com atau ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Weibo, YouTube atau TikTok bangunan ini.
Tentang Tipsy Scoop
Diinspirasikan oleh pembuatan tradisi keluarga dengan enam generasi, pengasas Tipsy Scoop, Melissa Tavss mencipta produknya untuk menggabungkan koktel artisan dengan kenangan indah yang dihasilkan bersama aiskrim, sundae dan manisan. Usaha beliau telah menghasilkan jenama minuman keras yang meraikan sebarang sambutan bagi golongan dewasa. Sejak tahun 2013, Tipsy Scoop telah mengukir nama dengan pantas melalui ciptaan ais krim minuman kerasnya yang terkini serta ais krim yang amat popular di Instagram. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tipsyscoop.com atau ikuti kami di Instagram, Facebook atau TikTok.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1868757/ESB_Tipsy_Scoop.jpg?p=medium600