![]() |
*Klik di sini untuk aset imej
NEW YORK, 31 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Paramount Global (NASDAQ: PARA, PARAA) hari ini mengumumkan bahawa Pamela Kaufman, Presiden Produk dan Pengalaman Pengguna Global Paramount, telah dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Produk & Pengalaman Pengguna Global bagi Pasaran Antarabangsa yang berkuat kuasa serta-merta. Jawatan yang baru sahaja diwujudkan ini melapor kepada Bob Bakish, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Paramount dan menggambarkan strategi berterusan Paramount dalam mengembangkan operasinya ke seluruh dunia. Raffaele Annecchino telah memutuskan untuk meninggalkan syarikat tersebut sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Penstriman, Studio dan Rangkaian Antarabangsa Paramount.
Dalam jawatan baharunya ini, Kaufman bertanggungjawab untuk memacu pertumbuhan perniagaan antarabangsa Paramount secara berterusan dan memastikan kekuatan operasi antarabangsa syarikat di enam benua termasuk rangkaian kabel dan penyiaran, penstriman dan studio serta keupayaan komersial Syarikat. Bagi melaksanakan strategi ini, beliau akan bekerjasama rapat dengan pasukan kepemimpinan antarabangsa Paramount, serta organisasi penstriman dan kandungan global termasuk membantu membimbing pelancaran Paramount+ dan Pluto TV antarabangsa secara berterusan. Kaufman akan mengekalkan tanggungjawab semasanya dalam menyelia organisasi produk dan pengalaman pengguna global yang bernilai berbilion-bilion dolar.
"Pam merupakan seorang pendaya strategik di sebalik perkembangan dan pertumbuhan beberapa francais dan hartanah global yang paling ikonik dalam dunia hiburan," kata Bakish. "Beliau adalah seorang pemimpin berwawasan yang terbukti dan dipercayai yang telah mengubah organisasi produk pengguna kami dengan memacu inovasi dan beroperasi sebagai sebuah perniagaan global. Pam mempunyai kelayakan yang unik untuk memimpin perniagaan antarabangsa kami ketika kami memperluas dan mempelbagaikan jejak kami di seluruh dunia dan mempercepat transformasi Paramount untuk beroperasi menggunakan pendekatan yang benar-benar global."
Bakish menambah, "Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Raffaele Annecchino atas peranan penting yang telah dimainkan oleh beliau dalam membangunkan perniagaan antarabangsa Paramount serta mengembangkan jejak global kami. Saya amat menghargai dedikasi yang telah beliau tunjukkan sepanjang 25 tahun di Paramount dan mendoakan kebaikan beliau pada masa hadapan."
"Saya berbesar hati untuk menggalas jawatan ini pada saat-saat yang penting bagi perniagaan antarabangsa Paramount," kata Kaufman. "Saya mengetahui secara langsung tentang kekuatan global portfolio jenama kami dan saya teruja untuk bekerjasama dengan Bob dan pasukan Antarabangsa yang luar biasa ini ketika kami meneruskan usaha strategi pertumbuhan global, melabur dalam kerjasama penting, memantapkan usaha dalam platform mudah alih dan digital dalam pasaran baharu serta beroperasi di seluruh dunia sebagai satu pasukan."
Pada bulan November 2021, Kaufman mengambil alih jawatan Presiden Produk dan Pengalaman Pengguna Global Paramount yang menyelia pembangunan perniagaan dan produk, pemasaran, perancangan francais, strategi kreatif, jualan runcit serta maklumat pengguna di seluruh dunia untuk semua jenama yang terdapat dalam portfolio syarikat. Dalam masa kurang dari setahun, Kaufman telah mengetuai transformasi perniagaan produk pengguna, menyatukan organisasi dengan meletakkan seluruh kuasa ekosistem Paramount di bawah naungan IP syarikat ini yang amat berharga. Komitmen beliau terhadap transformasi, inovasi dan pembangunan jenama telah menghasilkan beberapa kerjasama yang paling inovatif dalam sejarah syarikat termasuk kerjasama jenama milik bersama yang termaju dengan nama-nama terkemuka dalam media sosial. Kaufman juga bertanggungjawab terhadap laman e-dagang terus kepada pengguna Viacom yang pertama pada tahun 2019 – The SpongeBob Shop – dan sejak itu telah mengetuai pengembangan perniagaan tambahan terus kepada pengguna untuk barangan yang dikaitkan dengan pelbagai program CBS dan Showtime terbaik secara dalam talian, termasuk inisiatif kendiri yang serupa untuk jenama seperti Star Trek, South Park dan MTV.
Sebelum dilantik sebagai Presiden Produk dan Pengalaman Pengguna Global, Kaufman berkhidmat sebagai Presiden Produk Pengguna & Ketua Pegawai Pemasaran untuk Nickelodeon yang bertanggungjawab untuk membangunkan beberapa francais Nickelodeon yang paling sukar dilupakan daripada PAW Patrol hingga SpongeBob SquarePants, memimpin pasukan melaksanakan kempen dan meraikan kejayaan yang penting.
Sebelum menyertai Nickelodeon pada tahun 1997, Kaufman berkhidmat di Turner International, Equity Marketing dan Grey Advertising. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Seni dalam bidang Komunikasi Awam dari The American University di Washington D.C. dan telah menerima anugerah Doktor Kehormat Humane Letters daripada The American University pada tahun 2019. Seorang penyokong yang komited terhadap kesaksamaan, kepelbagaian dan keterangkuman jantina, Kaufman berkhidmat sebagai ahli lembaga Rock and Roll Hall of Fame Foundation dan Bottomless Closet, sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang melatih kaum wanita untuk mencapai kejayaan di tempat kerja dan seterusnya di Pace Women's Justice Center.
Tentang Paramount
Paramount Global (NASDAQ: PARA, PARAA) ialah sebuah syarikat media dan hiburan global terkemuka yang mencipta kandungan dan pengalaman premium untuk khalayak di seluruh dunia. Dipacu oleh perkhidmatan penstriman dan rangkaian serta studio yang ikonik, portfolio jenama pengguna Paramount termasuk CBS, Showtime Networks, Paramount Pictures, Nickelodeon, MTV, Comedy Central, BET, Paramount+, Pluto TV dan Simon & Schuster serta banyak lagi. Syarikat ini menyampaikan bahagian terbesar bagi khalayak televisyen A.S. dan menampilkan antara koleksi judul TV dan filem yang paling penting dan terbesar dalam industri. Selain menawarkan perkhidmatan penstriman yang inovatif dan produk video digital, syarikat ini turut menyediakan keupayaan yang kukuh dalam penyelesaian penerbitan, pengedaran dan pengiklanan.
Untuk maklumat lanjut tentang Paramount, sila layari www.paramount.com dan ikuti @ParamountCo pada platform sosial.
PARA-IR
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1747626/Paramount_Logo.jpg?p=medium600