omniture

Elitecore Mengumumkan Platform BSS Bersepadu, Sedia-LTE

Elitecore Technologies
2013-10-18 00:11 156

MUMBAI, India dan DUBAI, UAE, 17 Oktober 2013 /PRNewswire/ --

Memenuhi matlamat pengewangan pengendali melalui pelan LTE tersuai khusus dan pengalaman pelanggan lancar

Elitecore Technologies, penyedia global untuk penyelesaian BSS generasi seterusnya mengumumkan platform BSS prapenyepaduan yang sedia untuk masa hadapan yang terdiri daripada pengenaan bayaran dalam talian, pengebilan bertumpu, PCRF, DSC, 3GPP AAA dan pengantaraan dipertingkat untuk rangkaian LTE. Ia menyokong penghijrahan berkala daripada rangkaian sedia ada bagi menyediakan tawaran LTE tersuai khusus seperti pelan keluarga/dompet yang dikongsi, pelan pilihan sendiri dan sokongan VoLTE. Platform itu juga didatangkan dengan alat Analisis Perniagaan (BI) bagi membantu CSP melancarkan pelan kesetiaan dan promosi yang berpusatkan pelanggan termasuk pelan berasaskan lokasi dan pelan berasaskan peranti.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130226/599701 )

Kata Dhaval Vora, Naib Presiden, Pengurusan Produk, "Pengendali menghadapi cabaran bagi mengewangkan LTE dengan berkesan melalui infrastruktur pengenaan bayaran dan pengebilan legasi kerana sistem ini tidak direka untuk persekitaran semua IP jadi ia tidak boleh mengambil kira konteks pelanggan seperti penggunaan, lokasi, peranti, masa, baki akaun, maklumat peribadi. Platform BSS Elitecore yang sedia untuk masa hadapan membolehkan pengalaman pelanggan lebih lancar, penyepaduan lebih pantas dengan sistem pihak ketiga lalu membantu pengendali melancarkan pelan inovatif bagi mempertingkat pengalaman pelanggan."

Platform ini mematuhi Forum TM dan 3GPP. Platform agnostik-vendornya membantu CSP menjimatkan kos dengan menggunakan semula peralatan rangkaian sedia ada merentasi kedua-dua DIAMETER dan GARIS LINGKUNGAN.

Katalog produk berpusat membolehkan pelancaran lebih pantas untuk berbilang tawaran LTE prabayar/pascabayar seperti pelan berkas, pelan VoIP, pelan OTT, data yang dikongsi, dengan sokongan untuk hierarki produk tahap n dan pengurusan kitaran hidup produk berterusan yang membawa kepada masa yang lebih singkat untuk ke pasaran, penyuaian khusus perkhidmatan yang lebih baik dan pengalaman yang dibezakan. Tambahan lagi, BSS Elitecore menawarkan sistem pengenaan bayaran dalam talian (OCS) yang bertumpu, yang menyokong interaksi mudah dengan unsur IMS/rangkaian teras bagi melancarkan perkhidmatan 4G/LTE & IMS kompleks, pelan bertingkat dan model peletakan harga pada masa sebenar.

Platform BSS Elitecore disepadukan dengan teras paket, termasuk PCRF bagi menawarkan pelan polisi akses adil bertingkat, unit percuma berasaskan Polisi, kawalan orang dewasa dan pelan perusahaan bersama promosi dan pelan kesetiaan berpusatkan pelanggan seperti promosi pelan tambahan berasaskan lokasi dan berasaskan peranti serta promosi sasaran berdasarkan ARPU pelanggan. Portal POS dan Penjagaan sendiri Web yang dipertingkat membolehkan pelanggan memiliki pelan perkhidmatan/berkas pilihan mereka sendiri dengan pengurusan antara muka mudah untuk Pemilik Francais/Penjual semula dan Rakan Kongsi. Elitecore telah berjaya mengaturkan penggunaan platform BSS bersepadunya untuk rangkaian LTE di rantau Timur Tengah dan APAC.

Tentang Elitecore

Elitecore Technologies ialah syarikat produk IT global yang dilaburkan oleh Carlyle Group yang menyediakan BSS di samping unsur teras paket termasuk PCRF dan Pengawal Pengisyaratan Diameter dengan fleksibiliti tawaran modular serta prapenyepaduan.

LK Pathak
Pembantu Naib Presiden – Komunikasi Korporat, Elitecore
Tel: +91-9925012059

Sumber: Elitecore Technologies

Source: Elitecore Technologies
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services New products/services