DORTMUND, Jerman, 1 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Solcon-IGEL, kumpulan pakar motor keadaan pepejal yang baru digabungkan, Solcon Industries dan syarikat teknologi pemanduan terkemuka IGEL Electric GmbH, telah melancarkan laman web baharunya secara rasmi (www.solconigel.com/).
Laman web Solcon-IGEL yang baru dilancarkan ini akan membolehkan para pelanggan di seluruh dunia mengakses kekuatan gabungan ini melalui penyelesaian yang holistik kepada semua cabaran permulaan motor. Ia akan meletakkan jenama baharu ini sebagai platform teknologi global, termasuk legasi inovasi syarikat gabungan dalam proses reka bentuk dan pembuatan produk.
KUMPULAN Solcon-IGEL akan menggunakan gabungan keupayaan, saiz dan kehadiran geografi untuk membantu para pelanggan menyelesaikan cabaran yang berterusan dan baru muncul melalui penyelesaian teknologi canggih, sokongan pelanggan bertaraf dunia dan logistik yang dipertingkatkan.
"Kekuatan gabungan kami ketika mana Solcon-IGEL membolehkan kami melihat dunia melalui lensa yang lebih kuat untuk melihat lebih banyak kemungkinan dan lebih banyak peluang. Para pelanggan kami kini mampu menjalankan perniagaan dengan jenama yang benar-benar global dan laman web baharu kami merupakan permulaan ke arah tersebut," kata Itai Zifroni, Ketua Pegawai Eksekutif Solcon Industries.
"Kami ingin membantu industri kuasa elektronik and teknologi pemanduan untuk menyelesaikan cabaran yang mereka hadapi hari ini untuk masa depan yang lebih baik. Dengan memanfaatkan kepakaran Solcon dan IGEL, kami telah berjaya mewujudkan platform teknologi global yang menumpukan perhatian dalam perkara tersebut," kata Michael Kleiböhmer, Ketua Pegawai Eksekutif IGEL Electric.
Tentang Solcon Industries
Solcon Industries Ltd (www.solconigel.com) ialah sebuah syarikat elektronik kuasa yang telah mereka bentuk, membangun dan mengeluarkan sistem elektronik perindustrian selama lebih 40 tahun. Sebagai peneraju industri global dalam teknologi pemula lembut dan kawalan motor, Solcon menyediakan penyelesaian untuk penggunaan yang paling sukar dalam semua industri utama.
Kriteria reka bentuk terbina medan Solcon memastikan kebolehpercayaan produk jangka panjang dan menyediakan penyelesaian inovatif yang berfokuskan masa hadapan. Pendekatan ini telah membolehkan syarikat memberikan perkhidmatan kepada lebih 76 buah negara di seluruh dunia.
Tentang IGEL Electric
IGEL® Electric GmbH (www.solconigel.com) telah ditubuhkan pada tahun 2001 dan merupakan bahagian asal kepada "FANAL" Group Wuppertal serta mempunyai gabungan pengalaman selama lebih 100 tahun dalam teknologi pemanduan. Sebagai pakar dalam teknologi pemanduan, IGEL mengintegrasikan motor dan sistem kendiri selain daripada membekalkan penyelesaian yang dibuat khas untuk penyelesaian individu yang berdasarkan reka bentuk canggih.
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1868447/SolconIgel_POWERED_Logo.jpg?p=medium600