CAPE TOWN, Afrika Selatan, 17 Oktober 2013 /PRNewswire/ --
Persidangan Afrika yang meneraju menumpukan terhadap penemuan dan peluang baharu
Dengan lebih 1,000 delegasi yang sudah disahkan dari seluruh dunia dan Pameran yang laris dijual, Minggu Minyak Afrika ke-20 (25-29 November) telah sekali lagi membuktikan dirinya sebagai acara penerokaan dan pembangunan utama untuk industri minyak/gas Afrika. Sepanjang Minggu itu, lebih 100 penceramah ucapan dasar daripada korporat, kerajaan, syarikat minyak negara dan syarikat minyak bebas yang meneraju akan menumpukan terhadap penemuan minyak dan gas baharu, usaha niaga memuncul dan pembangunan gas asli cair di benua itu.
Persidangan Huluan Afrika ke-20 (27-29 November) menumpukan terhadap penerokaan, pembangunan dan rantaian penghasilan, strategi minyak dan gas korporat, kemasukan baharu, pemain negara asing, peluang pelaburan dan polisi huluan yang bakal menentukan masa hadapan minyak, gas dan tenaga Afrika - daripada penerokaan di Delta Niger Barat hinggalah peluang gergasi di Angola dan kawasan tanah untuk penerokaan sempadan di Namibia hinggalah di kawasan hangat Afrika Timur seperti Mozambique, Kenya dan Tanzania.
Pada 26 November, Forum Organisasi Bebas Afrika ke-10 menumpukan terhadap cabaran yang dihadapi oleh organisasi bebas, minyak primer, strategi kejayaan, gas dalam portfolio, pembangunan gas syal dan negara sempadan.
Pada Majlis Makan Malam PetroAfricanus ke-54 (25 November) Tim O'Hanlon (Naib Presiden, Perniagaan Afrika, Tullow Oil) - salah satu daripada golongan peneroka Afrika yang luar biasa dan jarang didapati, dengan pengalaman puluhan tahun di benua itu - bakal mendedahkan bagaimana satu syarikat kecil-kecilan suatu masa dahulu boleh berkembang menjadi salah satu pemain bebas yang meneraju di Afrika, dengan portfolio berkualiti tinggi merentasi sub-Sahara Afrika.
Pada 25 November Dr. Duncan Clarke (Pengerusi, Global Pacific & Partners) bakal mengadakan Sesi Taklimat Strategi Rebutan bagi Afrika ke-15 yang menjejak peta pesaing yang berubah-ubah di Afrika, memberikan maklumat serta interpretasi berpengalaman untuk strategi kira-kira 500 pemain. Set maklumat yang unik ini tiada tandingannya, dan menarik kehadiran eksekutif syarikat dan pegawai negara yang berpangkat tinggi setiap tahun.
Sewaktu Minggu Minyak Afrika ke-20 2013, Anugerah Tahunan "Lima Terutama" dan Anugerah Conrad Gerber untuk sumbangan penyelidikan dan intelek kepada Afrika akan diumumkan. Sesi Selari Khas merangkumi Profesional Muda dalam Minyak, Gas & Tenaga, Bahan Tempatan di Afrika, dan Teknologi Penerokaan Memuncul, serta Majlis Sarapan Pagi Kelab Petroleum & Tenaga Wanita Global di Afrika.
Laman Web: http://www.globalpacificpartners.com
Sumber: Global Pacific & Partners