omniture

Amalan Bandar Pintar daripada Perspektif Cina: Smart China Perkenalkan Penyelesaian Penyetempatan Penduduk Cina bagi Bandar Pintar

Smart China (Holdings) Limited
2013-10-18 01:04 153

AMSTERDAM, 17 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Bertemakan "Kerjasama dalam satu arah", Minggu Utiliti Eropah (EUW) pada tahun ini, yang berlangsung dari 15 ke 17 Oktober di Amsterdam RAI terus menarik perhatian para peniaga dari seluruh dunia bagi membincangkan perkembangan utiliti seluruh bandar seperti grid pintar, tenaga boleh dibaharu, ICT dan bandar pintar. Ketua Pegawai Eksekutif Smart China, Encik Terence Yap yang merupakan pengendali bandar pintar di China, akan turut serta di persidangan EUW bagi membincangkan perkembangan terbaharu tentang bandar pintar di China.

Di bawah program "Amalan Bandar Pintar", Encik Yap daripada Smart China, memberitahu para hadirin China sedang mengalami revolusi perbandaran kedua yang bakal menyediakan peluang pasaran yang besar.

"Pelancaran Rancangan Lima Tahun ke-12 dan usul MHURD berkenaan bandar pintar perintis telah menekankan kepentingan kewujudan bandar pintar di peringkat strategik negara," kata Encik Yap. "Dengan kebimbangan yang semakin meningkat yang berkaitan dengan alam sekitar termasuk pencemaran, sisa buangan, kesesakan dan keselamatan, pihak kerajaan kini berharap untuk menggalakkan kemampanan bandar melalui pelaksanaan projek bandar pintar. Perbandaran kedua ini akan beralih memberi tumpuan kepada fokus kualiti daripada fokus kuantiti dengan penekanan yang lebih tinggi terhadap penyelesaian teknologi yang inovatif."

China adalah berbeza berbanding negara lain di seluruh dunia daripada segi kadar perbandaran, skala dan kerumitan. Memahami kenyataan ini merupakan kunci dalam menyampaikan penyelesaian yang sesuai dan pada masa yang tepat.

"Pendekatan perancangan bandar yang holistik adalah penting untuk memastikan bandar pintar ini terbukti mempunyai masa depan yang cerah," kata Encik Yap.

Menurut Encik Yap, Smart China bertujuan untuk menawarkan kerajaan tempatan dengan perkhidmatan kedai sehenti dalam pembangunan bandar pintarnya. Ini termasuklah perancangan induk bandar dan penyepaduan sistem teknologi. Perancangan induk bandar akan melibatkan bukan sahaja pengezonan ruang dan reka bentuk susun atur sistem teknologi, tetapi juga merangkumi reka bentuk pembangunan industri yang dipercayai dapat menjadi penyelesaian utama bagi cabaran perbandaran kerajaan. Ia juga melibatkan penghasilan bandar kekal yang bertujuan untuk memastikan penduduk bandar akan terus ingin hidup, bekerja dan bermain di dalam bandar tersebut untuk jangka panjang. Penyepaduan sistem teknologi yang dilaksanakan berasaskan reka bentuk sebelumnya, akan melibatkan empat skim teknologi utama, termasuklah keselamatan, tenaga, pengangkutan dan pengautomatan.

Menurut Encik Yap, kumpulan itu kini dalam proses melancarkan dua projek bandar pintar di China. "Bagi memastikan kami menyediakan penyelesaian yang komprehensif, Smart China akan melibatkan diri dan bekerjasama dengan rakan kongsi di peringkat domestik dan antarabangsa. Itulah sebabnya kami berada di sini, untuk bekerjasama dalam satu arah, bagi menjamin masa depan yang lebih cerah untuk bandar moden."

Tentang Smart China (Holdings) Limited

Smart China (Holdings) Limited merupakan pengendali bandar pintar di China yang menawarkan penyelesaian secara menyeluruh dan perkhidmatan yang diuruskan sepenuhnya untuk bandar rendah karbon pintar, termasuk perancangan bandar induk, penyepaduan sistem teknologi, pengurusan projek dan perkhidmatan operasi.

Source: Smart China (Holdings) Limited
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Environmental Products & Services Internet Technology Transportation Conservation/Recycling Trade show news