omniture

Tontonan TV linear menurun apabila masa tontonan dalam talian berformat panjang meningkat menurut Omdia

Omdia
2022-08-01 19:51 171

LONDON, 1 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Penyelidikan baharu daripada Omdia mendedahkan bahawa tontonan bukan linear berterusan memperoleh hegemoni yang lebih besar dalam tabiat tontonan harian pengguna TV di seluruh AS, Eropah dan Australia dengan tontonan dalam talian berformat panjang dan video media sosial berkembang melebihi tahun sebelumnya yang memuncak dari segi masa tontonan.

Cross platform viewing time by country 2021
Cross platform viewing time by country 2021

Laporan Masa Tontonan Televisyen Merentas Platform 2022 Omdia yang baharu mendapati bahawa purata jumlah masa tontonan harian di seluruh pasaran telah mencecah 362 minit sehari bagi setiap orang pada tahun 2021 (6 jam dan 2 minit), menurun sebanyak 0.5% berbanding tahun lepas. Penurunan tontonan TV linear, dalam talian berformat pendek dan VoD TV berbayar menyumbang kepada penurunan kecil dalam jumlah tontonan berbanding tahun lepas yang menyaksikan kejatuhan paling ketara, namun begitu pertumbuhan tontonan dalam talian berformat panjang dan video media sosial telah mengimbangi penurunan ini, menjadikan tontonan keseluruhan menurun hanya sebanyak 2 minit.

Masa tontonan TV linear telah menurun di semua pasaran pada tahun 2021; penamatan sekatan pergerakan yang berlaku sepanjang tahun 2020 merupakan punca utamanya, dengan peralihan yang berterusan kepada tontonan atas permintaan turut mendorong kepada situasi ini.

Rob Moyser, seorang Penganalisis Kanan dalam pasukan TV & Video Dalam Talian Omdia mengulas "Dalam pasaran yang sangat maju seperti AS dan UK, tahun 2021 berkemungkinan akan menjadi tahun terakhir di mana TV linear mendominasi tontonan TV bukan linear. Walau bagaimanapun, jika dibandingkan antara platform dengan platform, TV linear masih kekal jauh di tempat teratas sebagai cara yang paling popular untuk menonton TV dalam keseluruhan pasaran."

Tontonan dalam talian berformat panjang merupakan bidang pertumbuhan utama di semua pasaran, yang kebanyakannya didorong oleh perkhidmatan langganan dalam talian yang tersedia seperti Netflix, Amazon Prime dan Disney+ serta pelancaran beberapa perkhidmatan OTT yang baharu seperti Discovery+ dan Paramount+. Secara keseluruhan, tontonan berformat panjang telah meningkat sebanyak 8 minit yang mencecah 68 minit, 8 minit lebih banyak berbanding tontonan video media sosial.

Masa yang dihabiskan untuk menonton kandungan video pada platform media sosial telah meningkat sebanyak 9 minit pada tahun 2021 kepada purata 60 minit sehari bagi setiap orang merentasi sembilan pasaran yang dianalisis. TikTok merupakan platform yang menonjol untuk pertumbuhan video sepanjang tahun tersebut, dengan platform ini dijangka akan mengatasi Facebook untuk kali pertama dari segi jumlah masa yang diluangkan pada tahun 2022.

TENTANG OMDIA:

Omdia ialah sebuah kumpulan penyelidikan dan penasihat terkemuka yang memberi tumpuan kepada industri teknologi. Dengan pelanggan yang beroperasi di lebih 120 buah negara, Omdia menyediakan data, analisis, nasihat dan perundingan tersuai yang penting di pasaran.

Sila hubungi:
Fasiha Khan / Tel: +44 7503 666806 / E-mel: fasiha.khan@omdia.com

Sila layari Omdia

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1869101/Cross_platform_viewing_time_by_country_2021.jpg?p=medium600

 

 

Source: Omdia
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Television Survey, Polls & Research