omniture

Shanghai Fosun Pharmaceutical (Kumpulan) Co., Ltd. dan Hospital Tumor Nanyang Guangzhou Mengorak Langkah Baharu Ke Hadapan

Guangzhou Nanyang Tumour Hospital
2013-10-18 01:41 91

GUANGZHOU, China, 18 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Pada 3 September 2013, Shanghai Fosun Pharmaceutical (Kumpulan) Co., Ltd. telah membeli 50% kepentingan dalam Hospital Tumor Nanyang Guangzhou. Kerjasamanya dengan Shanghai Fosun Pharmaceutical (Kumpulan) Co., Ltd. menjadikan Hospital Tumor Nanyang Guangzhou sebagai peneraju utama dalam kalangan hospital tumor antarabangsa yang bertaraf tinggi.

Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, Fosun Pharma telah membangunkan perkhidmatan perubatan dengan aktif dan telah berjaya membeli banyak hospital terkenal di China dan luar negara. Fosun Pharma turut menumpukan terhadap pembinaan kapal induk pesawat udara perubatan antarabangsa. Pemerolehan saham Hospital Tumor Nanyang Guangzhou merupakan satu langkah strategik penting yang dengannya Fosun Pharma menjangkakan peringkat tertinggi bagi perkhidmatan perubatan tumor dan pengaruh antarabangsa yang luas di Hospital Tumor Nanyang Guangzhou dapat membantu kemasukannya ke dalam bidang rawatan perubatan tumor antarabangsa daripada titik permulaan yang lebih tinggi. Siri pemerolehan mencerminkan visi strategik yang luar biasa oleh Shanghai Fosun Pharmaceutical (Kumpulan) dan tumpuannya terhadap rawatan perubatan pada peringkat antarabangsa.

Hospital Tumor Nanyang Guangzhou ialah hospital khusus bagi rawatan tumor yang berwibawa dan bertaraf antarabangsa yang terkenal di dunia dan mempunyai reputasi yang kukuh di negara Asia Pasifik dan Barat. Hospital ini diasaskan oleh Sun Yan, yang merupakan pengasas onkologi perubatan China dan ahli Akademi Kejuruteraan Cina. Beliau kemudiannya telah dianugerahkan dengan gelaran Presiden Kehormat hospital ini. Hospital ini mengumpulkan ramai peneraju pakar tumor dari seluruh dunia, termasuk profesor Nakamura Hironobu daripada Universiti Osaka di Jepun, profesor Luo Pengfei yang juga ketua pakar tumor China bagi terapi invasif yang minimum, profesor Li Peiwen yang merupakan pakar tumor terkenal bagi rawatan gabungan perubatan Cina tradisional dan perubatan Barat dan juga Dr. Szeto dan Dr. Jerkins yang merupakan pakar terkenal Amerika, dan lain-lain. Pasukan pengurusan kanan terdiri daripada banyak doktor AS dan pakar dalam pengurusan perubatan Jepun yang terkenal. Hospital ini amat komited dalam melaksanakan sistem pengurusan perubatan antarabangsa Jepun dan telah mendapat pujian daripada seluruh dunia.

Seperkara penting untuk disebutkan ialah hospital ini dikenali sebagai tempat inovatif bagi penyelidikan pasca kedoktoran di Wilayah Guangdong dan Bandar Guangzhou. Tidak dinafikan lagi, kerjasama strategik dengan Fosun Pharma dapat meningkatkan lagi kedudukan kedua-dua pihak dalam bidang perubatan antarabangsa dan mempercepat kadar pembangunan global Hospital Tumor Nanyang Guangzhou.

SUMBER  Hospital Tumor Nanyang Guangzhou Nanyang

Source: Guangzhou Nanyang Tumour Hospital
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Acquisitions, mergers, takeovers