omniture

Guo Guangchang Menceburkan Diri dalam Bidang Rawatan Tumor Perubatan

Guangzhou Nanyang Tumour Hospital
2013-10-18 01:59 200

GUANGZHOU, China, 18 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Pada 3 September 2013, Shanghai Fosun Pharmaceutical (Group) Co., Ltd. dengan rasminya menandatangani persetujuan kerjasama strategik dengan Hospital Tumor Guangzhou Nanyang dan memperoleh 50% saham dalam hospital itu. Kerjasama itu membuatkan Hospital Tumor Guangzhou Nanyang sebagai platform utama untuk Fosun Pharm dalam bidang terapi tumor berkelas mewah antarabangsa.

Kampung nenek-moyang Guo Guangchang, pengerusi Fosun Group sejak tahun 1994, terletak di Dongyang, daerah Zhejiang. Beliau menamatkan pengajian daripada Jabatan Falsafah Universiti Fudan dan menerima Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Fudan pada tahun 1989. Memandangkan Fosun sudah melabur dalam banyak bidang seperti industri insurans, akhbar New York Times menggambarkan syarikat itu sebagai Berkshire Hathaway Inc. cilik. Selain itu, Financial Times pula menggelarkan Guo Guangchang sebagai "Bufet China". Guo Guangchang ialah ahli jawatankuasa kebangsaan ke-9 untuk CPPCC, ahli Jawatankuasa Pusat ke-10 Liga Demokratik China, dan juga ahli NPC ke-10 dan ke-11 pada tahun 2003 dan 2008.

Apa yang membuat gergasi kewangan ini memilih terapi tumor sebagai salah satu pelaburan strategik beliau? Memang benar bilangan pesakit tumor yang semakin meningkat di China dan di dunia ialah sebab yang penting untuk menarik pelaburan modal, tetapi bukan semua orang adalah mata duitan. Ada beberapa usahawan yang masih percaya untuk berjasa kepada masyarakat. Selain kerjasama perniagaan, Guo Guangchang mempunyai pandangan umum serta pemahaman bagi kepercayaan ideal Hospital Tumor Guangzhou Nanyang. Pada satu persidangan amal yang diadakan pada tahun 2012, presiden eksekutif Hospital Nanyang Yasuka Miyaji berkata, "Kami perlu lebih banyak wang, bukan sahaja untuk membangunkan lebih banyak perkhidmatan perubatan yang profesional dan sempurna, tetapi juga untuk pendidikan pencegahan tumor. Kami merancang mahu mewujudkan sebuah dana kanser bagi membantu pesakit tumor yang kurang berkemampuan."

"Saya bukan melabur dalam syarikat, tetapi manusia" ialah pepatah yang popular dalam bidang pelaburan modal. Mungkin ia kedengaran berlagak, tetapi falsafah pengendalian, kualiti dan personaliti pemimpin perusahaan merupakan ciri-ciri yang membantu pelabur membuat keputusan akhir.

Satu lagi sebab untuk pelaburan Guo Guangchang dalam Hospital Tumor Guangzhou Nanyang terletak pada pasukan pakar, kelebihan teknologi, tahap perkhidmatan antarabangsa dan pengaruh antarabangsa Hospital Tumor Guangzhou Nanyang. Sun Yan, salah seorang pengasas hospital itu, juga telah menubuhkan Onkologi Perubatan China dan merupakan ahli Akademi Kejuruteraan China. Pasukan itu juga termasuklah Luo Pengfei di pusat rawatan tumor dengan tahap invasif minimum, seorang ketua pakar terkemuka seluruh dunia dalam bidang itu, serta Profesor Li Peiwen, seorang pakar dalam rawatan gabungan perubatan Cina tradisional dan perubatan barat.

Hospital Tumor Guangzhou Nanyang juga mempunyai darjah pengantarabangsaan yang tinggi. Dengan kemajuan selama lebih 20 tahun, ia telah menjadi salah satu hospital China popular untuk pesakit seluruh dunia. Lebih 80 peratus pesakit adalah dari A.S., Australia, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Vietnam, dan banyak lagi. Sistem pengurusan Jepun dan keistimewaan unik hospital itu ialah sebab lain yang menarik minat Guo Guangchang.

SUMBER  Guangzhou Nanyang Tumour Hospital

Source: Guangzhou Nanyang Tumour Hospital
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Acquisitions, mergers, takeovers