![]() |
MobiLytix™ Marketing Studio Comviva akan menyampaikan pengalaman pelanggan yang diperibadikan dan bersepadu
NEW DELHI, 2 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Comviva, peneraju global dalam penyelesaian mobiliti, hari ini mengumumkan kerjasama strategiknya dengan Vietnamobile, salah sebuah pengendali telekomunikasi terkemuka di Vietnam untuk memperkasakan penglibatan pelanggan pintar yang diterajui AI. Sebagai sebahagian daripada penglibatan tersebut, Comviva akan membantu Vietnamobile menyampaikan komunikasi secara peribadi dan kontekstual dalam masa nyata dan pada skala besar dengan Pemasaran Masa Nyata MobiLytix™.
Bercakap tentang acara tersebut, Raymond Ho, Ketua Pegawai Eksekutif Vietnamobile berkata, "Kami telah melabur dengan ketara dalam bidang digital sejak beberapa tahun yang lalu untuk membina pengalaman pelanggan yang bersepadu. Kerjasama kami dengan Comviva akan membantu kami menambah tahap keperibadian yang mendalam dan membolehkan kami mengawal sepenuhnya penglibatan di seluruh kitaran hayat pelanggan."
Mengulas lanjut tentang kerjasama tersebut, Manoranjan (Mao) Mohapatra, Ketua Pegawai Eksekutif Comviva berkata, "Bidang digital telah menjadi ikatan yang amat penting antara pelanggan dan perniagaan. Kami teruja dapat bekerjasama dengan Vietnamobile dalam perjalanan pengalaman pelanggan mereka dan yakin bahawa MobiLytix akan melangkah jauh dalam membantu mereka menyampaikan pengalaman yang diperibadikan dan lancar kepada para pelanggan mereka."
"Kerjasama ini akan memperkasakan Vietnamobile untuk membawa pengalaman yang lancar kepada berjuta-juta pelanggan dan membolehkan pasukan pemasaran merancang dan melaksanakan kempen jualan pada tahap tinggi, jualan silang dan pengekalan dengan pantas dan cekap. Model AI dan Sains Data lanjutan akan meningkatkan kualiti keputusan untuk memacu pengalaman pelanggan, mengurangkan masalah dan meningkatkan pendapatan," kata Arun Dubey, Pengarah Teknologi Maklumat Vietnamobile.
MobiLytix™ merupakan salah satu platform pemasaran terkemuka di seluruh dunia yang menyatukan penglibatan pelanggan, sains data dan keupayaan automasi dipacu AI pintar dalam satu platform untuk melaksanakan kempen masa nyata dan pada skala besar. Dengan melibatkan pelanggan menggunakan mesej yang betul, pada masa yang tepat, di seluruh saluran, organisasi boleh meningkatkan pengalaman dan nilai sepanjang hayat pelanggan serta memacu pertumbuhan pendapatan. Dengan lebih 200 juta pangkalan pelanggan dan klien yang digunakan yang mencapai peningkatan pendapatan melebihi 8%, MobiLytix™ mempunyai rekod prestasi kejayaan pelanggan yang terbukti.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Sundeep Mehta
Perhubungan Awam & Komunikasi Korporat
Comviva Technologies Ltd.
Tel +91- 9910030732
sundeep.mehta@comviva.com
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1869982/Comviva_Vietnamobile_Partnership.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/995982/Comviva_Logo.jpg?p=medium600