omniture

arvato Sertai Program Pelesenan One-Blue Cakera Blu-ray™

One-Blue, LLC
2013-10-18 09:49 105

NEW YORK, 18 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- One-Blue, LLC hari ini mengumumkan arvato Entertainment telah menyertai program pelesenan produk Cakera Blu-ray™ One-Blue (BD) sebagai pemegang lesen. arvato menandatangani Perjanjian Pendaftaran Cakera Filem BD ROM  dan/atau Cakera Data BD ROM yang membolehkan syarikat beroleh capaian paten penting untuk standard Cakera Blu-ray™ daripada pemberi lesen yang meneraju.

"arvato ialah tambahan penting kepada program pelesenan One-Blue," kata William J. Lenihan, Pengarah Pelesenan IP One-Blue. "arvato merupakan peneraju yang diiktiraf bagi pasaran Cakera Blu-ray™ dan penyertaan mereka dalam One-Blue menggambarkan cadangan nilai program pelesenan One-Blue."

"arvato amat berbesar hati untuk menyertai himpunan pelesenan paten One-Blue," kata Enrique Bognar, Naib Presiden Eksekutif Kewangan arvato Entertainment. "Keluasan portfolio paten One-Blue sahaja dapat meningkatkan komitmen arvato terhadap Blu-ray dan keperluan pelanggannya."

One-Blue bertanggungjawab dalam program pelesenan paten penting bagi produk Cakera Blu-ray™ dan merupakan ejen pelesenan bersama pemberi lesennya. Bagi produk perkakasan dan perisian, lesen produk akan meliputi paten penting CD, DVD dan Cakera Blu-ray™; bagi produk cakera, lesen produk meliputi paten penting Cakera Blu-ray™.

Apa-apa syarikat yang berminat untuk mendapatkan lesen untuk satu atau lebih produk Cakera Blu-ray™ di bawah program pelesenan produk One-Blue, atau untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kadar royalti yang berkaitan dan program pelesenan One-Blue, sila hubungi One-Blue, LLC di http://www.one-blue.com/

Tentang One-Blue
One-Blue, LLC, merupakan kedai sehenti bagi paten penting standard Cakera Blu-ray™ daripada pemberi lesen yang meneraju, termasuk Cyberlink, Dell, Fujitsu, HP, Hitachi Consumer Electronics Co. Ltd., JVC Kenwood, LG Electronics, Panasonic, Pioneer, Philips, Samsung, Sharp, Sony, Taiyo Yuden dan Yamaha. Lima belas Pemberi lesen ini menyediakan lebih sepuluh ribu paten produk Cakera Blu-ray™ di seluruh dunia yang penting untuk pelaksanaan standard Blu-ray, DVD, dan CD. One-Blue menawarkan lesen paten ini untuk pelbagai produk Cakera Blu-ray™ termasuk pemain, perakam, pemacu main balik, pemacu perakam, perisian, komputer peribadi, cakera pra-rakaman, dan cakera boleh rakam. One-Blue bertujuan untuk mewujudkan persaingan yang adil dan dengan itu menggalakkan pariti kompetitif untuk semua pemegang lesen One-Blue. Himpunan paten One-Blue dibina atas amalan terbaik industri dengan royalti yang menarik, kos urus niaga yang rendah dan proses pelesenan paten yang diselaraskan.

Tentang arvato Entertainment
arvato Entertainment merupakan peneraju pasaran dalam penyelesaian bersepadu untuk syarikat TV/Penyiaran, Audio, Video dan Permainan. Kumpulan syarikat ini menawarkan spektrum luas bagi perkhidmatan merentasi keseluruhan rantaian nilai yang melibatkan pendigitan, replikasi dan e-dagang untuk memenuhi keperluan, pengurusan rantaian bekalan/pengedaran dan pengedaran kandungan elektronik. Semua proses ini dikendalikan oleh sistem IT berterusan yang inovatif. arvato Entertainment ialah sebahagian daripada arvato AG, syarikat pembekal rangkaian antarabangsa yang meneraju bagi perkhidmatan penyumberan luar.

Hubungi:  
Ashley Teitelbaum  
+1-212-223-3190  
ashley.teitelbaum@one-blue.com   

Source: One-Blue, LLC
Related Links:
Keywords: Consumer Electronics Licensing/marketing agreements