omniture

Dr. Rongxiang Xu Menerima Anugerah Biatec Emas Antarabangsa 2013 bagi Hasil Ciptaan "Sains Penjanaan Semula Organ Manusia"

Dr. Rongxiang Xu
2013-10-18 13:23 122

-- Dr. Xu kini disenaraikan bersama pemenang terdahulu termasuklah Bekas Presiden A.S. George W. Bush, Presiden Rusia Vladimir Putin dan Bekas Presiden Perancis Jacques Chirac

LOS ANGELES, 18 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Dr. Rongxiang Xu telah dinamakan sebagai penerima anugerah antarabangsa Biatec Emas 2013 yang menjadi idaman ramai oleh Kelab Ekonomi Forum Ekonomi Tidak Formal (IEF) yang terletak di Slovakia, Eropah bagi hasil ciptaan beliau sebagai "penyelesaian dan laluan saintifik bagi penjanaan semula organ manusia dan lanjutan kehidupan". Anugerah Biatec Emas tersebut diberikan bagi mengiktiraf sumbangan luar biasa dalam bidang ekonomi, awam, dan politik di Republik Slovak dan juga antarabangsa. Anugerah ini diberikan pada setiap tahun oleh IEF kepada kira-kira tujuh penerima yang merupakan peneraju di negara mereka atas sumbangan kepada "keamanan dan pembangunan dalam hubungan antara negara dan negeri masing-masing," dan juga kepada individu yang telah memberikan sumbangan paling banyak untuk kesejahteraan penduduk dunia.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131017/LA98988)

Kelab Ekonomi mencalonkan Dr. Xu bagi memberi pengiktirafan terhadap penyelidikan dan sumbangan beliau kepada ciptaan penyelesaian dan laluan saintifik untuk penjanaan semula organ manusia yang rosak dan melanjutkan kehidupan manusia itu. Surat pencalonan menyatakan: "Kami ingin menyatakan pengiktirafan dan penghargaan kami atas sumbangan anda dalam mencari penyelesaian untuk penjanaan semula organ manusia. Maklumat tentang paten unik anda ialah satu cabaran bukan sahaja dalam bidang biologi, malahan dalam bidang sains am."

Penerima anugerah Nobel antarabangsa terkemuka sebelumnya bagi anugerah tahunan Biatec Emas termasuklah: bekas Presiden Amerika Syarikat G.W. Bush, Presiden Rusia V. Putin, bekas Presiden Perancis J. Chirac, bekas Canselor Jerman H. Kohl, Presiden Suruhanjaya Eropah J. Santer, pengasas dan Presiden Forum Ekonomi Dunia Prof. K. Schwab, bekas Presiden Bank Dunia J.D. Wolfensohn, bekas Presiden Poland A. Kvasniewski, Penerima Hadiah Keamanan Nobel 1996 Prof. M. Yunus. Bagi penerima anugerah Nobel domestik pula, penerima pertama merupakan presiden pertama Republik Slovak, M. Kovac. Cardinal Jan Chryzostom Korec juga telah dianugerahkan dengan Biatec Emas dan hak kelab kehormat.

Kelab Ekonomi mengumumkan majlis penyampaian anugerah tersebut akan diadakan di Bratislava, Slovakia pada 24 Oktober 2013 (2:30 petang Waktu Eropah Tengah, 8:30 pagi Waktu Amerika Timur) dengan capaian penstriman dalam talian di seluruh dunia (http://www.telepresence.sk/, http://www.telepresence.sk/portal/event/detail/event/17/). Upacara secara langsung tersebut akan memuatkan ucapan satu jam oleh Dr. Xu tentang sains penjanaan semula organ bagi menjelaskan kepada dunia tentang kewujudan jenis sel yang mempunyai potensi penjanaan semula dalam organ manusia yang mampu menjana semula sel organ sendiri bagi menyembuhkan kerosakan dan penyakit organ, serta melanjutkan hayat organ, yang merupakan pembangunan sains hayat inovatif yang baharu dalam sejarah kesihatan manusia.

Tentang Dr. Rongxiang Xu:

Dr. Rongxiang Xu merupakan pencipta dan pengasas kepada "Sains Pemulihan bagi Penjanaan Semula Tubuh Manusia" (HBRRS) dan pemilik paten bagi laluan saintifik bagi penjanaan semula organ rosak - yang merupakan keutamaan yang dituntut dalam Ucapan Utama "State of the Union" 2013 Presiden Obama, pencipta laluan teknologi paten bagi sel somatik manusia yang ditukarkan menjadi sel stem pluripoten dan menjana semula organ dan tisu fisiologi, serta pencipta paten Sel Penjanaan Semula Berpotensi (PRC).

Hubungi:
Jane Westgate: +1-336-209-9276, Jane@westgatecom.com
Cheryl Riley: +1-703-683-1798, cherylrileypr@comcast.net

 

Source: Dr. Rongxiang Xu
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Awards