omniture

Dua Berkas Raspberry Pi Baharu Boleh Didapati daripada RS Components Dengan Keupayaan Multimedia Berkuasa Bagi Penyelesaian Kuasa Ultra-rendah

RS Components
2013-10-18 16:50 118

KUALA LUMPUR, 18 Oktober 2013 /PRNewswire/ --

Kombo modul kamera dan Model A Raspberry Pi memberikan penggunaan kuasa yang sangat rendah dan resolusi gambar yang berkualiti tinggi dalam pilihan belian tunggal kos rendah

RS Components (RS) jenama dagangan bagi Electrocomponents plc (LSE: ECM) yang merupakan pengedar perkhidmatan tinggi yang meneraju di dunia bagi produk penyelenggaraan dan elektronik, telah mengeluarkan dua berkas produk baharu yang menampilkan papan Model A Raspberry Pidan modul kamera Raspberry Pi. Berkas ini menawarkan nilai yang sangat hebat bagi pemaju yang memerlukan gabungan penggunaan kuasa yang sangat rendah dan kualiti yang tinggi bagi penangkapan imej, dan apabila saiz dan berat memainkan peranan penting, biasanya dalam aplikasi mudah alih.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg)
(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2013/10/14/20131014132046881959.html)

Berkas pertama, dijual pada harga AS$ 40 (termasuk cukai tempatan dan caj pengendalian/penghantaran) merangkumi Model A Raspberry Pi berkuasa amat rendah dengan modul kamera yang kecil dan ringan. Berkas kedua pula dibekalkan dengan kad SD 4GB dengan pra-pemasangan sistem operasi, dan boleh dibeli dengan harga AS$ 45 sahaja. Kedua-dua berkas ini memberikan penjimatan lebih 25% ke atas harga unit apabila dibeli secara berasingan.

Model A Raspberry Pi ialah versi profil rendah papan bersaiz kad kredit, yang mengandungi 256MB RAM, satu port USB tunggal, dan tiada sambungan Ethernet. Modul kamera, yang hanya berukuran 25mm x 20mm x 9mm dan berat kira-kira 3g, mengandungi sensor CMOS 5 megapiksel yang mampu menyampaikan imej pegun 2592 x 1944 pixel, di samping menyokong 1080p pada 30fps, 720p pada 60fps dan 640x480p pada 60 atau 90fps bagi tangkapan video. Modul kamera dapat disambungkan dengan Raspberry Pi Model A melalui kabel reben pendek menggunakan CSI dan I2C untuk kawalan.

Kedua-dua berkas ini sedia untuk dibeli secara terus dari saham RS bagi penghantaran pada hari yang sama.

Tentang RS Components

RS Components dan Allied Electronics merupakan jenama dagangan Electrocomponents plc, pengedar perkhidmatan tinggi yang meneraju di dunia bagi produk penyelenggaraan dan elektronik. Dengan operasi di 32 negara, kami menawarkan lebih 550,000 produk menerusi internet, katalog dan di kaunter perdagangan kepada lebih satu juta pelanggan, dengan penghantaran kira-kira 44,000 bungkusan sehari. Produk kami diperoleh daripada 2,500 pembekal yang meneraju, termasuk elektronik, pengautomatan dan kawalan, ujian dan pengukuran, komponen mekanikal dan elektrik.

Electrocomponents disenaraikan di Bursa Saham London dan telah mencatatkan pendapatan sebanyak £.1.24 bilion pada tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2013.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web di www.rs-components.com.

RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
E-mel: soochun.tan@rs-components.com
Telefon: +65-6391-5745

Perhubungan Awam Edelman (Singapura)
Yvette Yeo
Pengurus
E-mel: yvette.yeo@edelman.com
Telefon: +65-6347-2355

Perhubungan Awam Edelman (China)
Winnie Wen
Pengurus Perhubungan Awam
E-mel: winnie.wen@edelman.com
Telefon: +86-10-5828-6580

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui pautan ini:

Twitter: @RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS

RS Components pada Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components

RS Components pada Weibo
http://e.weibo.com/u/3206377000?type=0

Sumber  RS Components

Source: RS Components
Related Stocks:
LSE:ECM OTC:EENEY
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Electronic Components Semiconductors New products/services