omniture

Pertandingan Sukan Berbilang Kebangsaan Bermula di Incheon pada Hujung Minggu Ini

Incheon-National Sports Festival Organizing Committee
2013-10-18 21:32 184

SEOUL, Korea Selatan, 18 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Pertandingan sukan berbilang kebangsaan terbesar negara itu sedia untuk bermula pada hujung minggu ini di Incheon, bandar metropolitan yang terletak di barat Seoul, yang berharap dapat menggunakan sukan ini sebagai ujian untuk pertandingan antarabangsa yang lebih besar yang akan ia anjurkan pada tahun hadapan.

Incheon, 40 kilometer dari barat Seoul dengan populasi sebanyak 2.9 juta orang, bakal mengadakan Pesta Sukan Kebangsaan tahunan ke-94 itu mulai Sabtu ini. Acara itu akan berlangsung sehingga 24 Oktober.

Menurut penganjur acara, 22,000 atlit dan 8,000 kenamaan bakal hadir ke bandar ketiga dengan penduduk paling ramai di negara itu, akan bertanding dalam 44 sukan berpingat dan dua sukan demonstrasi.

Incheon juga bertindak sebagai penganjur Sukan Asia 2014 September hadapan, sebagai bandar Korea Selatan ketiga yang menganjurkan acara sukan benua sekali dalam empat tahun itu. Song Young-gil, datuk bandar Incheon merangkap ketua penganjur Pesta Sukan Kebangsaan, telah berkata acara kebangsaan itu akan membantu bandar itu menetapkan batu asas bagi Sukan Asia yang berjaya.

"Kami menganjurkan Pesta Sukan Kebangsaan untuk kali pertama dalam masa 14 tahun, pada masa ketika kami sedang membangun sebagai satu hab global," kata Song kepada Agensi Berita Yonhap dalam satu temu ramah sebelum ini. "Saya rasa ia lebih signifikan kerana acara ini berlangsung satu tahun sebelum Sukan Asia. Ia akan memberi kami peluang yang bagus untuk menguji sistem pengendalian dan prasarana kami."

Song juga berkata acara kebangsaan itu bakal "memaparkan potensi dan status yang telah dipertingkat milik Incheon."

"Selain pertandingan yang diadakan, kami akan menawarkan banyak lagi tarikan untuk para pengunjung," kata datuk bandar itu. "Kami berharap ramai orang akan datang dan berseronok di Incheon."

Song berkata kira-kira 920,000 orang dijangka akan menghadiri Pesta Sukan Kebangsaan itu. Beliau berkata siri acara kebudayaan, termasuk Pesta Budaya Makanan Dunia yang diadakan mulai Jumaat hingga Ahad, akan turut diadakan sebagai acara sampingan untuk pertandingan sukan itu.

Incheon sebagai penganjurnya menghantar delegasi yang paling ramai setakat ini, dengan 1,302 atlit dan 328 orang kenamaan dalam semua 46 acara. Datuk bandar itu berharap kepada atlit Incheon untuk menyumbang beberapa pingat dan menduduki antara tiga tempat teratas dalam kedudukan juara.

Kedudukan juara tertinggi Incheon pada Pesta Sukan Kebangsaan ialah tempat ketiga pada tahun 1999, pada kali terakhir ia bertindak sebagai penganjur.

Tahun ini, kontinjen bandar ini akan diketuai oleh perenang Park Tae-hwan, pemegang pingat Olimpik sebanyak empat kali. Beliau akan menyertai lima acara lumba renang.

Antara bintang lain daripada Sukan Olimpik London tahun lepas, Yang Hak-seon, pemegang pingat emas dalam acara gimnastik artistik lelaki menggunakan lombol, Ki Bo-bae, pemegang dua pingat emas dalam acara memanah wanita, dan Shin A-lam, pemegang pingat perak dalam acara main pedang epee wanita, juga bakal bertanding dalam Pesta Sukan Kebangsaan itu.

SUMBER: Jawatankuasa Penganjur Pesta Sukan Kebangsaan-Incheon

Source: Incheon-National Sports Festival Organizing Committee
Keywords: Sporting Events Sports