![]() |
MUMBAI, India, 3 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Subex, penyedia produk Kepercayaan Digital diterajui AI dan Penyelesaian Analisis Telekomunikasi kepada pembekal perkhidmatan komunikasi (CSP), dan Jio Platforms Limited (JPL) sebuah Syarikat Teknologi India yang terkemuka (anak syarikat RIL [NSE: RELIANCE]), hari ini mengumumkan kerjasama untuk Platform Penyepaduan AI miliknya iaitu HyperSense, yang membolehkan syarikat telekomunikasi menepati janji untuk menyampaikan AI di seluruh rantaian nilai data. Menurut kerjasama ini, JPL akan menawarkan Teras 5G Natif Awannya bersama-sama dengan HyperSense Subex kepada syarikat telekomunikasi di seluruh dunia untuk mendayakan automasi rangkaian gelung tertutup, prestasi produk dan analisis pengalaman pelanggan.
Teras 5G Natif Awan JPL melaksanakan seni bina rangkaian 3GPP baharu yang akan menghasilkan kuasa penuh 5G kendiri yang membolehkan kelajuan ketersambungan yang lebih pantas, kependaman ultra rendah dan kebolehpercayaan rangkaian. Keupayaan ini yang digabungkan dengan automasi rangkaian, penghirisan rangkaian dan pengkomputeran pinggir adalah penting dalam menangani pelbagai vertikal dan membolehkan ekosistem inovasi dengan kes penggunaan seperti: jalur lebar mudah alih dipertingkat (eMBB), Komunikasi Kependaman Ultra Rendah Boleh Dipercayai (uRLLC) dan Komunikasi Jenis Mesin besar-besaran (mMTC). Platform Automasi 360° Jio dan platform OSS berasaskan API Terbuka menyediakan penyepaduan yang lebih pantas kepada sistem BSS 5G berbilang pihak.
Platform HyperSense Subex ialah sebuah platform penyepaduan AI dan analisis data disatukan yang menggunakan teknologi seperti pembelajaran mesin dan AI. HyperSense membantu dalam penyediaan data, pembinaan model serta penggunaan dan penjanaan cerapan. Platform ini juga membolehkan analisis masa nyata dipacu AI di seluruh sistem 5G (Edge/Access/Transport/Core Networks) yang penting untuk pengalaman pelanggan yang unggul, operasi yang cekap dan keuntungan perniagaan keseluruhan.
"Kerjasama antara JPL dengan Subex menyediakan peluang baharu untuk membolehkan perkhidmatan 5G yang serba lengkap kepada perusahaan dan pengguna. Rangkaian 5G JPL melengkapkan platform pengewangan digital Subex untuk membolehkan pelbagai kes penggunaan 5G yang meluas," ujar Encik Aayush Bhatnagar, Naib Presiden Kanan Jio Platforms.
"Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Jio Platforms dalam usaha mereka membantu ekosistem yang lebih besar merealisasikan janji sebenar terhadap 5G. Dengan menggabungkan HyperSense dengan Teras 5G Natif Awan Jio Platform, CSP akan dapat mempercepatkan perjalanan 5G mereka dengan memanfaatkan kuasa AI. Seterusnya, kerjasama ini akan membolehkan pengendali menangani pelbagai kes penggunaan berkaitan pengalaman pelanggan dan pertumbuhan pendapatan," kata Suresh Chintada, Ketua Pegawai Teknologi Subex.
Tentang Subex
Subex ialah sebuah syarikat perintis yang mendayakan Kepercayaan Digital untuk perniagaan di seluruh dunia.
Ditubuhkan pada tahun 1994, Subex membantu para pelanggannya memaksimumkan pendapatan dan keuntungan mereka. Dengan legasi perkhidmatan di pasaran yang menyediakan penyelesaian bertaraf dunia bagi mengoptimumkan dan menganalisis perniagaan, Subex kini menerajui bidang ini dengan mendayakan Kepercayaan Digital serba boleh dalam ekosistem perniagaan para pelanggannya. Melalui tumpuan terhadap pengurangan risiko, keselamatan, kebolehramalan dan kecerdasan, Subex membantu perniagaan menerapkan perubahan dan berjaya dalam mewujudkan dunia digital yang selamat untuk para pelanggan mereka dengan keyakinan.
Melalui HyperSense iaitu sebuah platform Penyepaduan AI yang serba lengkap, Subex memperkasakan penyedia perkhidmatan komunikasi dan pelanggan perusahaan untuk membuat keputusan yang lebih pantas dan lebih baik dengan memanfaatkan analisis Kecerdasan Buatan (AI) di seluruh rantaian nilai data. Penyelesaian ini membolehkan pengguna yang tidak mempunyai pengetahuan pengekodan untuk mengagregat data dengan mudah daripada sumber yang terpisah, mengubah data kepada pemahaman dengan membina, mentafsir dan menalakan model AI dan berkongsi penemuan ke seluruh organisasi secara mudah, semuanya pada platform tanpa kod.
Subex mempunyai lebih 300 pemasangan di lebih 90 buah negara.
Tentang Jio Platforms Ltd.
Jio Platforms Ltd. (JPL) yang beribu pejabat di Mumbai, merupakan sebuah Syarikat Teknologi India dan anak syarikat Reliance Industries. Ditubuhkan pada tahun 2019, Jio Platforms bertindak sebagai syarikat induk kepada pengendali rangkaian mudah alih terbesar di India iaitu Jio dan perniagaan digital Reliance yang lain. Pada bulan Mei 2020, Jio Platforms dilaporkan menjadi syarikat India keempat terbesar berdasarkan permodalan pasaran. Sejak bulan April 2020, Reliance Industries telah memperoleh ₹152,056 crore (US$20 bilion) dengan menjual 32.97% pegangan ekuiti dalam Jio Platforms. Pada bulan Ogos 2021, ia telah menduduki tempat ke-155 dalam senarai Fortune Global 500 2021 bagi syarikat terbesar di dunia.
Jio Platforms Ltd. (JPL) dan logo Jio merupakan tanda dagangan Jio. Semua nama produk dan perkhidmatan yang lain merupakan hak milik pemilik masing-masing. Hak Cipta Terpelihara. © 2021 Jio Platforms Ltd.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.jio.com
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1822606/Subex_Logo.jpg?p=medium600