WINNIPEG, MANITOBA, DI TENGAH-TENGAH TANAH AIR KEBANGSAAN RED RIVER MÉTIS, 3 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Tradisi Red River Métis untuk berkongsi dan memelihara pengetahuan dengan mewarisinya dari satu generasi ke generasi seterusnya melalui seni dan penceritaan terkenal dengan syiling perak halus baharu yang mempamerkan tradisi kehalusan manik Red River Métis. Syiling terbaharu Mint daripada siri "Generasi" ini, menceritakan kisah bangsa Métis Sungai Merah melalui corak sulaman manik yang rumit hasil ciptaan artis Métis Manitoba, Jennine Krauchi. Koleksi inspirasi ini telah dilancarkan di kemudahan Winnipeg Mint hari ini dan kini tersedia untuk dibeli.
"Mint amat berbesar hati dapat bekerjasama rapat dengan kaum Métis Manitoba untuk menghasilkan sebuah syiling yang memberi penghormatan kepada tradisi budaya mereka yang dihargai serta penting untuk memelihara pengetahuan dan sejarah nenek moyang mereka," kata Marie Lemay, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Royal Canadian Mint. "Sebagai ungkapan yang membanggakan tentang budaya dan identiti Métis, syiling ini memberikan cahaya baharu tentang kisah Red River Métis dan kami berbesar hati untuk membantu memupuk pemahaman yang lebih baik tentang Bangsa Métis kerana perhiasan perak yang indah ini telah diturunkan dari generasi ke generasi."
"Hari ini merupakan hari yang membanggakan bagi Persekutuan Manitoba Métis sebagai Kerajaan Negara Red River Métis," kata David Chartrand, Presiden Persekutuan Manitoba Métis. "Sulaman manik kami dengan motif bunga-bungaan dataran rumput yang unik merupakan sebahagian perkara yang penting dalam sejarah, identiti dan budaya kami. Pada masa dahulu, reka bentuknya yang unik adalah sangat terkenal sehinggakan kami digelar sebagai orang-orang yang bermanik bunga sebagai memberi pengiktirafan kepada karya seni ini. Hari ini, sulaman manik dengan motif bunga-bungaan dataran rumput dihidupkan semula dalam kalangan rakyat kami yang diketuai oleh orang-orang seperti Pakar Artis Sulaman Manik Jennine Krauchi yang telah bekerja dengan bersungguh-sungguh selama bertahun-tahun untuk menyampaikan pengetahuan beliau yang luas kepada orang lain di negara kami."
"Ketika kami meneruskan perjalanan perdamaian, adalah sangat penting untuk mempamerkan budaya dan sejarah penduduk First Nations, Inuit dan Métis dengan cara yang mencerminkan pengetahuan dan pengalaman tradisional mereka secara tepat," kata Yang Mulia Chrystia Freeland, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. "Selepas bekerjasama rapat dengan Manitoba Métis Federation, syiling baharu ini telah menggambarkan kisah Negara Red River Métis dan akan mengingatkan rakyat Kanada dari pantai ke pantai bahawa warisan Métis merupakan sebahagian penting daripada perkongsian kisah bersama-sama kami."
Direka oleh artis Métis, Jennine Krauchi, bahagian belakang syiling perak halus 2022 $20 – Generasi: Bahagian belakang Red River Métis menampilkan ukiran corak perhiasan manik bunga asal yang luas. Reka bentuknya merangkumi elemen bahasa Michif.
La Rivyeer Rooz, yang bermaksud Sungai Merah, telah ditulis pada bahagian bawah reka bentuk ini, manakala akar di atasnya mewakili tanah asal dan keturunan Red River Métis. Daripada simbol infiniti yang melambangkan semangat Bangsa Métis yang abadi dan tidak dapat dipecahkan, terdapat dua jalur mengalir keluar yang mewakili Sungai Merah. Jalur tersebut mengandungi perkataan Taapweeyimisho dan Taapweeyimik lii Michif, yang bermakna "Percaya kepada diri sendiri" dan "Percaya kepada Métis".
Api di tengah-tengah reka bentuk ini merujuk kepada tempoh pergolakan dan kerugian, tetapi padang rumput mawar—motif klasik Red River Métis—mewakili kelangsungan hidup dan kebangkitan budaya Negara. Ukiran tangkai panjang dihiasi secara khusus dengan dua atau tiga aksen manik yang dikenali sebagai "jejak tikus", manakala daun dan putik bunga mengisi corak yang ada dengan rasa cinta dan kegembiraan. Bahagian hadapan memaparkan patung Duli Yang Maha Mulia Ratu Elizabeth II oleh Susanna Blunt.
"Saya sentiasa cuba untuk menceritakan kisah-kisah kami melalui hasil sulaman manik saya, sama ada ia adalah cerita peribadi atau sebuah cerita dengan tema yang lebih luas. Untuk syiling ini, saya cuba untuk memberitahu sedikit sejarah Red River Métis, perjuangan dan kesusahan kami dan apa yang telah kami atasi sebagai manusia," kata seniman Jennine Krauchi. "Saya tidak pernah menyangka bahawa perjalanan kerja manik Métis saya akan menyebabkan reka bentuk saya dipilih untuk dipaparkan pada syiling. Saya berasa amat bangga, rendah hati dan dihormati. Saya mencipta imej ini untuk meraikan semua nenek moyang Métis saya dan semua penyulammanik yang datang sebelum saya, kembali kepada mereka yang mengambil manik pertama dan menghasilkan bentuk seni yang indah ini."
Terhad kepada 5,000 tempaan di seluruh dunia, syiling perak tulen 99.99% ini dijual pada harga CAD99.95 dan boleh dipesan mulai hari ini dengan terus menghubungi Royal Canadian Mint di talian 1-800-267-1871 di Kanada, 1-800-268-6468 di AS atau melalui www.mint.ca. Ia juga boleh didapati di butik Royal Canadian Mint di Ottawa dan Winnipeg, di cawangan Canada Post yang mengambil bahagian serta melalui rangkaian penjual dan pengedar global Mint.
Imej syiling ini boleh didapati di sini.
Tentang Royal Canadian Mint
Royal Canadian Mint ialah perbadanan Crown yang bertanggungjawab untuk mencetak dan mengedar syiling edaran Kanada. Mint merupakan salah sebuah pembuat syiling terbesar dan paling serba boleh di dunia, menawarkan pelbagai produk syiling khusus dan berkualiti tinggi serta perkhidmatan berkaitan pada skala antarabangsa. Untuk maklumat lanjut tentang Mint, produk dan perkhidmatannya, sila layari www.mint.ca. Ikuti Mint di Twitter, Facebook dan Instagram.
Untuk maklumat lanjut, pihak media diminta untuk menghubungi: Alex Reeves, Pengurus Kanan, Hal Ehwal Awam, Telefon: 613-884-6370, reeves@mint.ca; Kat Patenaude, Penasihat Perhubungan Media, Persekutuan Métis Manitoba, Telefon: 204-801-7710, Kat.Patenaude@mmf.mb.ca