![]() |
NEW YORK, 3 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT) hari ini mengumumkan bahawa CLA (CliftonLarsonAllen LLP), sebuah firma perakaunan kelapan terbesar di Amerika Syarikat, memperluas ruang sewaan keseluruhan tingkat 51 One Grand Central dengan keluasan berjumlah 12,422 kaki persegi. CLA memperluas ruang sebanyak tiga kali ganda di bangunan tersebut selepas berpindah dalam masa kurang daripada dua tahun yang lalu.
"Kami teruja dengan pertumbuhan kami bersama-sama Empire State Realty Trust di One Grand Central Place serta peluang tambahan yang dapat kami wujudkan dalam ruangan ini," kata Jen Leary, Ketua Pegawai Eksekutif CLA. "Peluasan kami merupakan suatu proses turnkey yang menyeronokkan disebabkan ESRT, serta menjadi bukti terhadap dedikasi dan visi para profesional kami yang berpandangan ke hadapan."
One Grand Central Place menawarkan ruang dan kemudahan pejabat penyewa kelas pertama yang merangkumi pusat persidangan untuk penyewa sahaja, pelbagai pilihan tempat makan dan akses dalaman ke lima laluan kereta api bawah tanah, kereta api dan pusat peruncitan di Grand Central Terminal.
"Kami gembira dapat menjayakan pertumbuhan CLA di One Grand Central Place," kata Thomas P. Durels, Naib Presiden Eksekutif Hartanah Empire State Realty Trust. "Kami terus memenuhi keperluan pasaran untuk beralih ke arah kualiti dengan kemudahan dalam bangunan kami yang pelbagai dan ruang yang dimodenkan sepenuhnya sekali gus menyediakan sebuah persekitaran unggul dengan kemudahan yang tiada tandingan."
Andrew Blaustein dan Ben Shapiro dari Newmark mewakili CLA dalam rundingan pajakan ini. Scott Klau, Neil Rubin, Erik Harris dan William Cohen dari Newmark mewakili pemilik hartanah.
Maklumat lanjut tentang One Grand Central Place boleh didapati secara dalam talian.
Tentang Empire State Realty Trust
Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT) merupakan sebuah badan Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) yang memiliki dan mengurus aset pejabat, peruncitan dan pelbagai keluarga di Manhattan dan kawasan metropolitan New York yang lebih luas. ESRT memiliki Empire State Building, Bangunan Paling Terkenal di Dunia dan Balai Cerap Empire State Building ikonik yang baru direka semula yang menjadi tarikan #1 di A.S. serta #3 di dunia dalam Anugerah Travelers' Choice Best of the Best 2022 Tripadvisor. Syarikat ini merupakan peneraju dalam bangunan sihat, cekap tenaga dan kualiti persekitaran dalaman serta mempunyai pelepasan gas rumah hijau yang paling rendah bagi setiap kaki persegi daripada mana-mana portfolio Amanah Pelaburan Hartanah yang didagangkan secara awam di Bandar Raya New York. Setakat 30 Jun 2022, portfolio ESRT terdiri daripada kira-kira 9.2 juta kaki persegi ruang pejabat boleh disewa, 700,000 kaki persegi ruang peruncitan boleh disewa dan 625 buah unit kediaman pada dua hartanah berbilang keluarga. Maklumat lanjut tentang Empire State Realty Trust boleh didapati di esrtreit.com dan dengan mengikuti ESRT di Facebook, Instagram, Twitter dan LinkedIn.
Tentang CLA
CLA ditubuhkan untuk mewujudkan peluang kepada para pelanggan, pekerja dan komuniti kami melalui nasihat kekayaan berfokuskan industri, penyumberan luar, audit, cukai dan khidmat rundingan. Dengan lebih 7,500 orang pekerja, 121 lokasi di A.S. dan visi global, kami berjanji untuk mengenali dan membantu anda. Untuk maklumat lanjut, sila layari CLAconnect.com. Khidmat nasihat pelaburan ditawarkan melalui CliftonLarsonAllen Wealth Advisors, LLC, sebuah penasihat pelaburan yang berdaftar dengan SEC.
Pernyataan Berpandangan Ke Hadapan
Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan berpandangan ke hadapan mengikut takrifan undang-undang sekuriti Persekutuan. Anda boleh mengenal pasti pernyataan ini daripada penggunaan perkataan kami seperti "andaian," "percaya," "anggaran," "menjangka," "berhasrat," "merancang," "mengunjur" atau versi negatif bagi perkataan ini atau perkataan dan ungkapan serupa yang tidak berkaitan dengan perkara-perkara masa lalu. Anda hendaklah berhati-hati dalam mentafsir dan bergantung kepada pernyataan berpandangan ke hadapan kerana ia melibatkan risiko, ketidakpastian dan faktor-faktor lain yang diketahui dan tidak diketahui, yang dalam sesetengah kes, adalah di luar kawalan ESRT dan boleh mempengaruhi hasil, prestasi atau pencapaian sebenar secara material. Faktor dan risiko sedemikian termasuk, tanpa had, krisis kesihatan awam dan gangguan ekonomi semasa akibat pandemik COVID-19, kegagalan keadaan atau prestasi berkenaan apa-apa peristiwa atau transaksi yang diterangkan di atas, perubahan kawal selia serta risiko dan ketidakpastian lain yang diterangkan dari semasa ke semasa dalam pemfailan ESRT dan ESROP dengan SEC, termasuk yang dinyatakan dalam setiap Laporan Tahunan ESRT dan ESROP pada Borang 10-K bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember 2021 di bawah tajuk "Faktor Risiko." Kecuali sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang, ESRT dan ESROP tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini apa-apa pernyataan berpandangan ke hadapan, sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa masa depan atau sebaliknya.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/479871/Empire_State_Realty_Trust_Inc_Logo.jpg?p=medium600