omniture

Detect Technologies umum perjanjian global dengan Vedanta

Detect Technologies
2022-08-04 09:00 68

CHENNAI, India, 4 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Detect Technologies mengumumkan perjanjian global dengan Vedanta untuk penggunaan T-Pulse iaitu perisian keselamatan tempat kerja berasaskan AI milik mereka yang digunakan di peringkat antarabangsa.

Detect Technologies announces global agreement with Vedanta
Detect Technologies announces global agreement with Vedanta

Vedanta Resources Limited ialah sebuah syarikat sumber semula jadi yang pelbagai di peringkat global dan merupakan antara pengeluar terbesar komoditi utama, termasuk zink, plumbum, perak, bijih besi, keluli, tembaga, aluminium, minyak dan gas. Kumpulan ini memiliki lebih 65,000 orang pekerja dan kontraktor, terutamanya di India, Afrika, Ireland dan Australia.

Menguruskan EHS atau Alam Sekitar, Kesihatan dan Keselamatan untuk sebuah organisasi yang pelbagai dan meluas ini merupakan satu cabaran yang besar. Didorong oleh komitmennya terhadap GOAL ZERO (Matlamat Sifar), Vedanta mula meneroka penyelesaian berasaskan AIyang boleh menghasilkan kecekapan dalam proses ini. T-Pulse telah diuji dalam pelbagai industri Vedanta dan akhirnya diberikan mandat untuk melaksanakan penyelesaiannya di semua tapak Vedanta. Sejak penggunaannya, T-Pulse telah meningkatkan kebolehlihatan risiko di tempat kerja dengan ketara, yang membawa kepada pengenalpastian awal terhadap lebih 4,000 ketidakpatuhan HSE yang kritikal.

Sambil mengucapkan terima kasih dan keyakinan beliau terhadap kerjasama yang berterusan antara Detect dengan Vedanta, Encik Daniel Raj David, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Bersama Detect Technologies berkata: "Kami menghargai keyakinan berterusan yang ditunjukkan oleh Vedanta terhadap Detect dan teruja untuk membolehkan mereka menuju ke arah penambahbaikan dalam pematuhan ESG dan Keselamatan. Ini merupakan satu lagi bukti kepada misi kami untuk memacu perubahan melalui AI dan teknologi termaju dalam mewujudkan dunia yang lebih baik."

T-Pulse menawarkan rangkaian teknologi berpusat dan boleh diskala yang direka untuk penggunaan pasang dan pakai. Direkayasa untuk meminimum dan mengurangkan risiko melalui cerapan yang boleh diambil tindakan, T-Pulse telah menyaksikan penggunaannya yang semakin meluas di seluruh tempat kerja yang intensifdan memerlukan kewaspadaan yang utama seperti pembinaan, petrokimia, logistik, kuasa, logam, perlombongan, farmaseutikal dan kawasan fabrikasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Vedanta Group, Sunil Duggal berkata, "Kerjasama ini akan meningkatkan lagi keupayaan Vedanta dalam pendayaan keselamatan berpandukan teknologi. Penyelesaian AI dan penglihatan komputer Detect Technologies akan membantu kami meningkatkan pemantauan keselamatan digital kami di semua unit perniagaan."

Sokongan Vedanta terhadap Detect menunjukkan komitmen mereka terhadap tempat kerja yang selamat, lestari dan cekap.

Tentang Detect Technologies:

Detect Technologies yang beribu pejabat di Chennai, merupakan sebuah perusahaan AI Perindustrian terkemuka yang menawarkan penyelesaian berasaskan Perisian Sebagai Perkhidmatan (SaaS)yang diutamakan pada industri pemprosesan bagi membolehkan mereka mencapai pematuhan keselamatan dan penggunaan aset dengan lebih baik. Detect Technologies menawarkan pelbagai perisian pasangdan pakai berasaskan AIyang dilatih pada set data insiden yang besar.

Pautan laman web: www.detecttechnologies.com   

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1870720/Detect_Technologies_Vedanta.jpg?p=medium600

Source: Detect Technologies
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Mining/Metals Utilities Workforce Management/Human Resources Licensing/marketing agreements