omniture

Pendaftaran bagi InformEx 2014 Kini Dibuka di Miami Beach

InformEx
2013-10-20 02:01 128

- Industri kimia halus berkumpul bagi meraikan 30 tahun peluang rangkaian eksklusif, kepimpinan pemikiran industri dan pendidikan

- #Next30

HAMILTON, New Jersey, 20 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Pendaftaran InformEx 2014 kini dibuka, yang merupakan acara kerjasama perniagaan yang meneraju di Amerika Utara bagi para pembeli dan penjual bahan kimia bernilai tinggi selama 30 tahun. Lebih 3,500 peserta daripada syarikat farmaseutikal, kimia khusus dan kimia halus terkemuka akan berkumpul di Miami Beach, Florida, bermula dari 21 hingga 24 Januari untuk mengambil bahagian dalam persidangan dan acara rangkaian yang bakal disediakan.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131018/NY00078LOGO )

Para peserta boleh mendaftar melalui pautan berikut: https://www.compusystems.com/servlet/ar?evt_uid=499.

"Sepanjang tiga dekad yang lalu, InformEx telah membina reputasinya dalam industri bahan kimia halus dan khusus bagi membawa komuniti global dengan pembeli bermotivasi bersama untuk penyumberan dan rangkaian yang produktif," kata Nancy Largay, Pengarah Jenama InformEx. "Dengan memasuki tahun ke-30 ini dan terus memandang ke hadapan, kami teruja untuk membawa acara utama ini ke kawasan Miami — yang merupakan destinasi yang terkenal dengan peserta yang ramai dan menyediakan akses perjalanan yang hebat."

Jangkaan bagi InformEx 2014 edisi ke-30:

  • Sesi pendidikan pada waktunya. Barisan baharu sesi pendidikan yang meliputi isu yang paling mendesak bagi para pembekal, pengedar dan pelanggan hari ini dari seluruh pasaran kimia halus dan khusus. Fon kepala yang membatalkan bunyi membolehkan hadirin untuk memberi tumpuan dan mengambil bahagian secara aktif dalam sesi "senyap", walaupun di tengah-tengah persekitaran yang sibuk.
  • Pertemuan peribadi pelanggan. Ambil bahagian dalam peluang rangkaian peribadi yang anda boleh bantu menggunakan app InformEx yang pertama sekali, yang berfungsi pada komputer mudah alih dan komputer meja. Gunakan app bagi memohon dan menerima mesyuarat secara langsung, melihat penyenaraian pempamer yang dikemas kini dan melihat pentas acara tersebut.
  • Lebih 450 pempamer. InformEx merupakan acara dengan khemah bagi beratus-ratus syarikat yang meneraju — termasuk pengilang, pengedar dan penyedia perkhidmatan untuk industri kimia halus, khusus dan biasa. Dalam kaji selidik yang melibatkan peserta acara pada tahun 2013, 62 peratus menyatakan mereka akan menjalankan perniagaan dengan syarikat yang mereka bertemu buat kali pertama di InformEx dan 87 peratus menyatakan mereka mungkin atau hampir pasti untuk menjalankan perniagaan dengan satu atau lebih pempamer yang ditemui di InformEx.
  • Majlis dan perhimpunan khusus buat anda. Dengan penyertaan lebih 3,500 peserta setiap tahun, InformEx tetap menjaga untuk merancang dan menganjurkan majlis ikonik yang akan membantu anda mengembangkan rangkaian profesional anda dan juga syarikat anda. Semua ini berkisar tentang membuat hubungan yang akan memberi manfaat kepada perniagaan.

"InformEx memberikan platform peribadi bagi para pengilang lazim dalam industri kimia halus dan berprestasi untuk berjaya mengusahakan perniagaan dan memanfaatkan sumber yang dapat membantu kami berjaya dalam pasaran yang pesat berkembang ini," kata peserta lama, Slaton E. Fry, pengarah eksekutif operasi komersil Syarikat Kimia FutureFuel di Batesville, Arkansas. "Hubungan seperti ini mungkin mengambil masa sehingga beberapa bulan, jika tidak beberapa tahun tanpa komuniti InformEx ini. Kehadiran saya dapat membantu menjimatkan masa saya dan mengurangkan gangguan yang biasa didapati di pameran perdagangan yang lebih besar."

Jangan ketinggalan dengan acara menarik di Miami Beach; daftar sekarang.

Tentang InformEx
InformEx ditubuhkan oleh UBM Live bagi menggalakkan kemajuan berterusan dalam industri kimia halus, khusus, dan biasa dengan menyediakan alat rangkaian, peluang pendidikan dan forum kerjasama masyarakat — yang kesemuanya direka bagi mempercepat kadar pertumbuhan landskap syarikat kimia yang kian berubah. InformEx tahunan merupakan acara utama yang perlu dihadiri yang memberi pendedahan kepada industri kimia sejak 30 tahun lalu yang turut menyediakan platform untuk rangkaian sedia ada dan pembangunan perniagaan. Setiap tahun, acara ini membawakan gabungan antarabangsa lebih 3,500 ahli profesional kimia halus dan khusus berserta beratus-ratus pempamer. Bagi mengetahui lebih lanjut, sila layari www.informex.com

Source: InformEx
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Biotechnology Chemical Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Oil/Energy Pharmaceuticals Utilities Trade show news