YIWU, China, 20 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Pesta Import dan Eksport China ke-114 (Pesta Canton) dibuka pada 15 Oktober. Sebagai salah satu daripada ekspo China yang paling berpengaruh di dunia, ia telah menarik ramai pembeli dan pengunjung luar negara. Pesta Yiwu ke-19, yang sama popular seperti Pesta Canton, juga akan diadakan mulai 21 hingga 25 Oktober. Menurut pihak berkuasa pemeriksaan sempadan, dalam masa tiga hari, Pesta Canton menerima lebih 100,000 pengunjung dari lebih 50 negara, termasuk Jepun, A.S., Korea Selatan, Singapura, Malaysia, Australia, UK, Kanada, India dan Filipina.
Ahli perniagaan asing yang melawat Pesta Canton akan mempunyai peluang yang jarang didapati untuk turut sama melawat Pesta Canton dan Pesta Yiwu serentak. Memandangkan Pesta Canton berlangsung hingga awal November, pembeli luar negara yang berminat dalam perniagaan komoditi China akan mendapat manfaat daripada ini. Pada masa yang sama, dengan pengangkutan yang lebih pantas, perjalanan ulang-alik di antara Yiwu dan Guangzhou menjadi lebih mudah, bermakna peluang perniagaan juga akan berganda. Baru-baru ini, Biro Pengangkutan Yiwu memperkenalkan "Sokongan Pengangkutan semasa Pesta Yiwu 2013," yang menyediakan kemudahan bas dan teksi untuk Pesta Yiwu – memudahkan perjalanan ulang-alik pembeli di antara kedua-dua pesta itu.
Bagi memenuhi keperluan seperti yang disebut dan memudahkan pembeli luar negara melawat Pesta Yiwu yang bakal dibuka itu, pihak penganjur telah merancang semua butiran, termasuk perancangan lawatan seperti saluran VIP dan perkhidmatan bahasa asing untuk pembeli tempatan dan luar negara. Perancangan lain termasuklah penerbangan, tempahan hotel, dan bas ulang-alik.
Bagi menarik lebih ramai pembeli luar negara ke Pesta Yiwu, penganjur telah menyediakan subsidi istimewa. Pembeli yang memenuhi tiga syarat berikut layak mendapat 1,200 RMB untuk tiket penerbangan mereka: 1) Melawat Pesta Canton atau Hong Kong Mega Show 2013; 2) Memasuki China selepas 1 Oktober; 3) Mempunyai resit pengangkutan ke Yiwu. Untuk butiran lanjut, sila lawati laman web Pesta Yiwu ke-19: en.yiwufair.com.
Untuk pembeli luar negara yang melawat atau bakal melawat Pesta Canton, kunjungan ke Pesta Yiwu ke-19 sudah menjadi begitu mudah. Pesta Yiwu, kerana pengkhususannya yang lebih meluas, telah menjadi kuasa yang kuat bagi menarik lawatan pembeli luar negara. Persaingan pasaran dan peluang perniagaan tanpa had telah menarik pembeli dari lebih 150 negara. Jika anda berada di China untuk mengunjungi Pesta Canton, jangan lepaskan peluang melawat Pesta Yiwu! Kami mengalu-alukan kedatangan semua pelawat tempatan dan luar negara.