omniture

Empire State Realty Trust dan Media dan Hiburan Clear Channel Janjikan Kejutan Hari Halloween Dengan Pertunjukan Hebat Cahaya dan Muzik Menara LED Buat Penduduk Bandar New York dan Seluruh Dunia

Empire State Realty Trust, Inc.
2013-10-21 09:00 210

-- Bangunan Pejabat Terkenal di Dunia Umumkan Pertunjukan Cahaya Baharu yang Seirama dengan Muzik

NEW YORK, 21 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT) hari ini mengumumkan kerjasama dengan rakan kongsinya, Media dan Hiburan Clear Channel bagi memberi kejutan buat New York dan seluruh dunia dengan persembahan Halloween Trick and Treat yang istimewa. Bangunan Empire State (ESB) yang merupakan Ikon Antarabangsa Latar langit Bandar New York akan menyelaraskan lampu menara LEDnya dengan siaran muzik bertemakan Halloween di stesen radio hebat Clear Channel Z100 dan 103.5 KTU pada jam 8:30 malam (Zon Waktu Timur) pada 31 Oktober 2013. Latar langit hebat itu akan dihiasi lampu yang menakjubkan yang direkakan khas oleh pereka yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, Marc Brickman berserta alunan muzik bertemakan Halloween yang disiarkan dari puncak ESB. Pertunjukan cahaya dan muzik juga akan dipaparkan semasa ulang tahun ke-40 Perbarisan Halloween Greenwich Village New York.

"Bangunan Empire State dan pertunjukan cahaya Halloween pertama kali bagi Clear Channel hadir dengan pertunjukan cahaya perdana kami yang akan menampilkan Alicia Keys dengan iringan dua buah lagunya dan juga pertunjukan penutup paparan bunga api Macy pada 4 Julai. Bagi persembahan ini, kami mempunyai satu kejutan baharu setelah beberapa bulan dalam proses pembikinan yang akan menambahkan kemeriahan kepada latar langit Bandar New York," kata Anthony E. Malkin, Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ESRT. "ESRT dan Clear Channel amat teruja dalam merealisasikan pertunjukan cahaya terbaharu kami kepada penonton global kami untuk dinikmati dan dikongsi bersama."

"Kami teruja dapat bekerjasama dengan Empire State Realty Trust, yang akan mendendangkan pendengar dengan lagu pertunjukan cahaya menara LED Halloween yang pertama kali bagi Bangunan Empire State," kata Tom Poleman, Presiden Platform Pengaturcaraan Negara, Media dan Hiburan Clear Channel. "Bangunan Empire State merupakan mercu tanda antarabangsa di Bandar New York dan cara terbaik untuk meraikan acara pertunjukan cahaya bertemakan 'All Hallows' Eve' pastinya dengan penglibatan stesen muzik hit New York Z100 dan 103.5 KTU."

Para peminat di seluruh dunia boleh menonton video rasmi pertunjukan cahaya itu berikutan persembahan langsungnya di laman YouTube Bangunan Empire State dengan melayari pautan berikut: www.youtube.com/esbnyc. Individu turut dijemput untuk mengambil bahagian dalam pertunjukan tersebut dengan menggunakan hashtag #ESBoo di saluran media sosial.

"Saya telah diberi peluang untuk mereka bentuk lampu untuk beberapa nama teratas dalam bidang hiburan, tetapi tiada projek yang dapat memberi inspirasi kepada saya sebanyak kerja yang saya lakukan untuk Bangunan Empire State," kata Marc Brickman, pereka pencahayaan. "Bangunan Empire State ialah permata mahkota Bandar New York, dan saya tidak sabar menunggu orang ramai di seluruh dunia melihat apa yang bakal disajikan pada Hari Halloween. Dengan setiap pertunjukan cahaya, saya berusaha untuk menghasilkan reka bentuk cahaya yang paling luar biasa dan saya tidak sabar untuk menghiburkan dunia dengan kemeriahan lampu menara Bangunan Empire State yang didambakan pada tahun-tahun akan datang."

Tentang Bangunan Empire State
Bangunan setinggi 1,454 kaki dari Manhattan Midtown (dari tapak hingga antena), Bangunan Empire State, yang dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc. dikenali sebagai "Bangunan Pejabat Paling Terkenal Dunia." Pelaburan baharunya dalam kecekapan tenaga, infrastruktur, kemudahan dan kawasan awam telah menarik perhatian penyewa terbaik dalam pelbagai industri dari seluruh dunia. Teknologi penyiaran teguh bangunan pencakar langit itu menyokong semua stesen radio FM dan televisyen utama di New York bagi pasaran metropolitan. Bangunan Empire State dinamakan sebagai bangunan kegemaran Amerika dalam satu undian yang dijalankan oleh Institut Arkitek Amerika dan Balai Cerap Bangunan Empire State merupakan salah satu tarikan yang paling digemari di seluruh dunia dan turut dikenali sebagai destinasi pelancongan #1 di rantau ini. Bagi maklumat lanjut tentang Bangunan Empire State, sila layari www.esbnyc.com, www.facebook.com/empirestatebuilding, @EmpireStateBldg, www.instagram.com/empirestatebldg, www.youtube.com/esbnyc atau www.pinterest.com/empirestatebldg/.

Tentang Empire State Realty Trust
Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT) merupakan amanah pelaburan hartanah (REIT) yang meneraju yang memiliki, menguruskan, mengendalikan, memperoleh dan memperkukuhkan semula hartanah runcit dan pejabat di kawasan metropolitan New York dan Manhattan, termasuk Bangunan Empire State, bangunan pejabat yang paling terkenal di dunia. Beribu pejabat di New York, New York, portfolio runcit dan pejabat utama Syarikat meliputi 8.4 juta kaki persegi boleh sewa, pada 30 Jun 2013, dan terdiri daripada 7.7 juta kaki persegi boleh sewa di 12 hartanah pejabat, termasuk tujuh di Manhattan, tiga di Fairfield County, Connecticut dan dua di Westchester County, New York, dan 645,067 kaki persegi boleh sewa dalam enam hartanah runcit, termasuk empat di Manhattan dan dua di Westport, Connecticut. Syarikat ini juga memiliki tanah di Stamford, Pusat Pengangkutan Connecticut yang menyokong pembangunan kira-kira 380,000 kaki persegi boleh sewa garaj dan bangunan pejabat serta mempunyai pilihan untuk membeli dua hartanah pejabat Manhattan tambahan yang merangkumi kira-kira 1.5 juta kaki persegi boleh sewa ruang pejabat dan lebih 150,000 kaki persegi boleh sewa ruang runcit di kaki bangunan.

Tentang Media dan Hiburan Clear Channel
Dengan 243 juta pendengar bulanan di A.S., Media dan Hiburan Clear Channel mempunyai jangkauan terbesar bagi apa-apa saluran radio atau televisyen di Amerika. Media dan Hiburan Clear Channel menjalankan perkhidmatan bagi 150 pasaran melalui 840 stesen radio milikan, dan stesen radio syarikat dan kandungannya boleh didengar pada AM/FM, radio digital HD, radio satelit, Internet di iHeartRadio.com dan di laman web stesen radio syarikat, pada app telefon bimbit iHeartRadio, pada sengkang auto yang dipertingkat, pada iPad dan telefon pintar, serta digunakan melalui sistem navigasi. iHeartRadio yang merupakan platform radio digital Clear Channel ialah perkhidmatan audio digital semua dalam satu No. 1 dengan lebih 225 juta muat turun; dan mencapai 20 juta pengguna berdaftar pertama lebih pantas berbanding apa-apa perkhidmatan digital dalam sejarah Internet.

Operasi yang dijalankan oleh syarikat termasuklah penyiaran radio, produk dan perkhidmatan dalam talian dan mudah alih, acara dan konsert secara langsung, pensindiketan, perkhidmatan penyelidikan muzik dan perwakilan media bebas. Media dan Hiburan Clear Channel merupakan satu bahagian daripada CC Media Holdings, Inc. (OTCBB: CCMO), syarikat hiburan dan media global yang meneraju. Sebarang maklumat lanjut tentang syarikat itu boleh didapati di ClearChannel.com.

Kenyataan Berpandangan Hadapan
Siaran akhbar ini mengandungi "kenyataan yang berpandangan hadapan". Kenyataan berpandangan hadapan ini boleh dikenal pasti dengan penggunaan perkataan seperti "percaya," "menjangkakan," "boleh," "akan," "harus," "bertujuan," "kira-kira," "berhasrat," "merancang," "pro forma," "menganggarkan," "merenung," "berhasrat," "berterusan," "akan" atau "menjangka" atau bentuk negatif kata dan frasa tersebut atau kata atau frasa yang serupa. Faktor berikut, antara lainnya, boleh menyebabkan keputusan sebenar dan peristiwa masa depan berbeza daripada yang dirasakan atau yang dijangkakan dalam kenyataan berpandangan hadapan: faktor yang dimasukkan dalam prospektus Syarikat berkaitan dengan tawaran awam permulaan, termasuk kenyataan di bawah tajuk "Faktor Risiko," "Perbincangan dan Analisis Pengurusan bagi Keadaan Kewangan dan Keputusan Operasi" dan "Perniagaan dan Hartanah." Walaupun kenyataan berpandangan hadapan ini membayangkan kepercayaan Syarikat yang baik, ini bukanlah jaminan bagi prestasi masa depan. Syarikat tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula apa-apa kenyataan berpandangan hadapan untuk menggambarkan perubahan dalam faktor atau andaian asas, maklumat baharu, data atau kaedah, peristiwa masa depan atau perubahan lain selepas tarikh siaran akhbar ini, kecuali sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang yang boleh dikenakan. Bagi perbincangan lanjut tentang perkara ini dan faktor lain yang boleh memberi kesan terhadap keputusan masa depan, prestasi atau transaksi Syarikat, lihat bahagian yang bertajuk "Faktor Risiko" dalam prospektus berhubung dengan tawaran awam permulaan, dan risiko lain yang dinyatakan dalam dokumen yang kemudiannya difailkan oleh Syarikat dari semasa ke semasa dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa. Bakal pelabur tidak perlu terlalu bergantung kepada apa-apa kenyataan berpandangan hadapan, yang hanya berdasarkan maklumat sedia ada oleh Syarikat (atau kepada pihak ketiga yang membuat kenyataan berpandangan hadapan).

 

Perhubungan Media:


Jessica Redling, Edelman

Angel Aristone, Clear Channel

+1-212-277-3773

+1-212-377-7802

Jessica.Redling@Edelman.com

angelaristone@clearchannel.com  

 

 

 

Source: Empire State Realty Trust, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ESRT OTC:CCMO
Related Links:
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Leisure/Travel/Hotels Music Travel