omniture

PNY lancar ingatan komputer meja DDR4 Silver 3200MHz dan 3600MHz EPIC-X RGB(TM) XLR8 Gaming

PNY Technologies Asia Pacific Limited
2022-08-05 10:45 179

HSINCHU, 5 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Ingatan Silver DDR4 EPIC-X RGB™ XLR8 Gaming direka bentuk untuk pemain dan peminat serta menawarkan reka bentuk RGB cemerlang digabungkan dengan prestasi overclock (melebihi jam) ekstrem, lalu membawa mana-mana komputer peribadi (PC) yang menggunakannya ke tahap ekstrem.

XLR8 Gaming EPIC-X RGB™ Silver DDR4 Memory
XLR8 Gaming EPIC-X RGB™ Silver DDR4 Memory

  • EPIC-X RGBTM - Disegerakkan dengan papan induk aliran utama dan mengawal pengalaman warna anda.
  • Prestasi Ekstrem - Menerobos sempadan dengan kepantasan agresif, kependaman rendah dan keupayaan overclock yang ekstrem.
  • Sokongan XMP 2.0 – Overclock yang amat mudah dan beroperasi pada kelajuan tertinggi
  • Tenang Di Bawah Tekanan - Overclock menjadi mudah untuk prestasi kelajuan tertinggi

Etos di sebalik Ingatan Silver DDR4 EPIC-X RGB™ XLR8 Gaming adalah agar penggunanya dapat menghapuskan persaingan di luar sekali gus kelihatan bagus di dalamnya.

PNY merangkumi setiap tapak dengan penaiktarafan ingatan atas meja DDR4 RGB Silver 3200MHz CL16 dan 3600MHz CL18 elitnya. Menggunakan RGB paling canggih daripada syarikat ini dengan penyebar haba aluminium perak berus dan reka bentuk ringkas, modul-modul XLR8 premium PNY menggabungkan komponen-komponen berkualiti terbaik dan memilih IC untuk kelajuan agresif, kependaman rendah, keandalan kalis peluru dan keupayaan overclock ekstrem yang dituntut oleh pemain yang serius.

Overclock dapat dibuat dengan lebih mudah menerusi keserasian Intel® XMP.

PNY telah mencari sumber dan membuat penaiktarafan ingatan dengan teliti untuk beribu-ribu platform PC yang paling popular selama lebih 30 tahun dan ia dapat diperlihatkan menerusi Ingatan Silver DDR4 EPIC-X RGB™ XLR8 Gaming baharu.

Ingatan XLR8 premium PNY membawakan kelajuan yang paling agresif, lebar jalur tertinggi, kependaman terendah dan penggunaan kuasa serta prestasi haba yang paling canggih demi kestabilan dan kegerakbalasan PC maksimum semasa permainan dan penggunaan aplikasi intensif-memori.

Modul-modul ingatan PNY XLR8 DDR4 turut direkayasa dan diuji dengan ketat bagi memastikan prestasi puncak walaupun dalam persekitaran permainan yang paling mencabar.

Untuk butiran lanjut sila kunjungi laman sesawang syarikat
https://www.pny.com.tw/en/products-detail/XLR8-RGB-DDR4-3600MHz-silver/ 

Latar Belakang PNY Technologies dan XLR8 Gaming

Ditubuhkan pada tahun 1985, PNY Technologies®, Inc. meraikan kecemerlangan perniagaan selama lebih 35 tahun sebagai pengeluar dan pembekal terkemuka Kad Ingatan Kilat, Pemacu Kilat USB, Pemacu Keadaan Pepejal (SSD), Modul Naik Taraf Ingatan Komputer dan Kad Grafik Pengguna NVIDIA® GeForce®. Fotografi-videografi, mobiliti, visualisasi-permainan 3D dan penyelesaian perniagaan syarikat ini tersedia secara meluas daripada peruncit utama, e-runcit dan outlet borong di peringkat antarabangsa. Beribu pejabat di AS, PNY menyelenggara kemudahan-kemudahan di Amerika Utara, Eropah, Timur Tengah, Asia dan Amerika Latin.

XLR8 Gaming, jenama PNY Technologies yang direka bentuk untuk peminat permainan dan 'modding' (pengubahsuaian) memperkasa perjalanan mereka menuju pengalaman PC yang unggul.

Muat turun foto produk: https://www.pny.com.tw/en/marketing-detail/silverRGB

Source: PNY Technologies Asia Pacific Limited
Keywords: Electronics Gaming Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Household/Consumer/Cosmetics New products/services