omniture

Alat Dagangan Sosial INFINOX IX Menjadi Trend pada Suku Kedua 2022

INFINOX
2022-08-05 13:00 81

NASSAU, Bahamas, 5 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Jenama pembrokeran terkenal di seluruh dunia, INFINOX baru-baru ini telah menerbitkan data tentang prestasinya pada suku kedua tahun 2022 dan menunjukkan angka yang menggalakkan bagi jenamanya. Berdasarkan angka tersebut, alat dagangan sosial proprietari 'IX Social' telah dilihat melonjak naik dari segi populariti di beberapa wilayah geografi - salah satu daripadanya ialah Asia Tenggara.

Berbanding dengan suku kedua tahun 2021, kenaikan kira-kira 67% dapat dilihat dari segi jumlah akaun IX Social baharu yang dibuka di Thailand, Vietnam dan negara-negara di sekitarnya. Namun, apa yang lebih mengagumkan ialah peningkatan mendadak sebanyak 194% dari segi jumlah akaun IX Social yang baharu apabila membandingkan suku kedua tahun 2022 dengan suku pertama tahun 2022 - ini bermaksud hampir 3 kali lebih ramai pengguna baharu menggunakan alat tersebut.

"Dagangan sosial telah menjadi satu ciri penting dalam persekitaran pasaran hari ini," kata Sam Cheney,  Ketua Jualan INFINOX. "Banyak jenama dagangan tidak menyangka akan perkara ini, namun kami di INFINOX telah mengusahakan alat IX Social selama berbulan-bulan sebelum ini dalam memastikan kami menyediakan keadaan yang paling optimum kepada para pengguna. Dagangan sosial ialah satu situasi menang-menang, di mana pedagang pemula boleh memanfaatkan pengalaman dan pengetahuan mereka yang lebih veteran, manakala pedagang veteran pula dapat memperoleh nilai tambah daripada perkongsian strategi dan rutin mereka. IX Social berjaya menguasai intipati situasi ini lebih baik daripada mana-mana alat yang setara pada hari ini."

Maklumat lanjut daripada laporan S2 

Angka tambahan daripada data yang diterbitkan juga menunjukkan peningkatan yang mendadak dalam jumlah pedagang baharu yang telah mendaftar dengan INFINOX di seluruh dunia, jika dibandingkan dengan suku pertama bagi tahun ini. Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 86%, iaitu hampir dua kali ganda lebih banyak pendaftaran baharu pada bulan April hingga bulan Jun berbanding pada bulan Januari hingga bulan Mac. Angka ini dapat dicapai walaupun terdapat ketidakpastian umum terhadap pasaran, kebimbangan terhadap inflasi dan kegoyahan kadar faedah di seluruh dunia.

"Kami berasa rendah hati dengan hakikat bahawa ramai pelanggan baharu telah membuat keputusan untuk mencuba produk kami serta bekerjasama dengan kami untuk meneroka dan memanfaatkan pasaran," tambah Cheney. "Dalam keadaan kewangan yang kompleks, ini pastinya bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Kami berjanji untuk terus berusaha keras untuk memperoleh kepercayaan pelanggan kami pada masa akan datang, serta untuk terus membangunkan dan menyempurnakan alat IX Social untuk manfaat para pedagang dari Asia Tenggara dan seluruh dunia".

https://www.infinox.com/scb/en

Source: INFINOX
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Mobile Entertainment Data Analytics Financial Technology