SHENZHEN, China, 21 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Pada 10 Oktober lalu, Hytera Communications Co., Ltd. telah menyambut Ulang Tahun ke-20 di Shenzhen, China. Lebih 600 rakan kongsi dan pelanggan dari lebih 50 negara hadir pada acara selama tiga hari itu.
Acara ini telah diumumkan oleh forum elit, Forum Industri PMR pada 10 Oktober, forum bagi para profesional industri tersebut berkongsi pandangan mereka terhadap teknologi PMR. Thomas Lynch, Pengarah Bersekutu IHS, Qingsheng JIANG, Pengerusi Lembaga Persatuan Penyaluran Digital Profesional (Penyaluran Digital Profesional atau PDT merupakan protokol penyaluran digital Cina) dan Phil Kidner, Ketua Pegawai Eksekutif TCCA (Persatuan Komunikasi Kritikal TETRA) telah dijemput untuk memberikan ucapan tentang arah aliran dan perkembangan teknologi PMR termasuklah DMR (Radio Mudah Alih Digital) dan TETRA (Radio Saluran Trans Eropah). Alexander Heinz, Naib Presiden Pemasaran dan Pengurusan Produk Hytera Mobilfunk menunjukkan sistem TETRA2/TEDS Hytera berada dalam kedudukan evolusi yang baik bermula daripada TETRA1 sehinggalah TETRA Jalur Lebar.
Pada majlis itu, Hytera mengumumkan pelancaran radio piawai DMR terkini PD50X dan PD60X, yang menyasarkan pasaran komersil yang mencari pilihan dengan kos berkesan untuk menggantikan radio analog. PD50X dan PD60X menyasarkan untuk menyediakan penghijrahan digital yang lancar untuk mereka pada harga yang berpatutan dengan reka bentuk yang inovatif.
Selepas perkongsian video tinjauan kembali 20 tahun lalu Hytera di Majlis Ulang Tahun ke-20, Pengasas dan Presiden Hytera, Encik Qingzhou CHEN membentangkan tentang perancangan strategik masa depan dan pembangunan Hytera, dan beliau percaya masa depan industri PMR terletak pada inovasi produk dan teknologi yang dirangsang oleh keperluan pelanggan dan sinergi perkongsian. Bagi merakamkan rasa terima kasih kepada rakan kongsinya, Encik Chen menyerahkan trofi kepada 60 rakan kongsi yang diberi anugerah atas kesetiaan dan prestasi cemerlang mereka.
Selain Forum Industri PMR dan Majlis Ulang Tahun ke-20, Hytera turut mengadakan Bengkel dan Sidang Kemuncak Rakan Kongsi Global. Rakan kongsi juga melawat bilik pameran yang baru diubah suai di Ibu Pejabat dan Pusat Perkilangan tersebut.
Tentang Hytera Communications Co., Ltd.:
Hytera Communications, pereka dan pengilang yang meneraju bagi peralatan komunikasi radio mudah alih profesional yang diasaskan pada tahun 1993 di Shenzhen, China, dikhususkan untuk membawa penyelesaian yang paling berharga dan tersuai khusus untuk para pelanggannya di seluruh dunia. Ia telah berkembang menjadi pemain utama dalam industri komunikasi PMR dengan asas pelanggan yang besar di lebih 80 negara dan wilayah.
Kami menawarkan penyelesaian komunikasi yang lengkap dan tersuai khusus dengan kerajaan, keselamatan awam, kemudahan awam, pengangkutan, syarikat dan perniagaan untuk kecekapan organisasi yang lebih tinggi.
Bagi maklumat lanjut tentang Hytera, sila layari: www.hytera.com