omniture

Besrey Sambut Ulang Tahun Ketujuh dengan Hadiah Percuma dan Cenderahati untuk Ibu Bapa

Besrey GmbH
2022-08-05 18:35 1042

SHENZHEN, China, 5 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Bagi meraikan tempoh tujuh tahun menyediakan kepada keluarga muda di seluruh dunia dengan produk bayi yang berkualiti tinggi, Besrey yang berpangkalan di Jerman melancarkan sebuah acara sambutan dengan tawaran istimewa ke atas produk-produk dalam pelbagai rangkaian selain beberapa hadiah dan cenderahati untuk diberikan kepada pemenang-pemenang bertuah. Acara sambutan ulang tahun tersebut akan berlangsung selama seminggu, bermula pada 2 Ogos dan berakhir pada 8 Ogos.


Dengan penekanan diberikan ke atas reka bentuk berkualiti tinggi serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) sepanjang tujuh tahun yang lalu, Besrey berkembang dengan pesat untuk menjadi salah satu jenama produk bayi global yang utama. Didorong untuk memberi manfaat baik kepada bayi mahupun ibu bapa dengan menawarkan produk bayi yang benar-benar berkembang, jenama ini komited untuk menghasilkan produk yang direka bentuk dengan teliti yang menggabungkan penambahbaikan serta menjamin keselamatan dan keselesaan untuk bayi sekali gus menjadikan urusan keibubapaan lebih mudah.

Sebagai sebahagian daripada acara sambutan tersebut, bermula dari 2 Ogos, Besrey akan memberikan 10% pulangan tunai apabila pelanggan membelanjakan $50, $100, atau $200 untuk produk-produk yang ditandakan seperti Baby Bedside Sleeper Crib Bassinet, Lightweight Gravity Easy to Fold Baby Stroller, Child Carrier Hiking Backpack, 5-in-1 Toddler Bike dan banyak lagi.

Besrey juga akan menghadiahkan 10 Hip Seat Baby Carrier kepada pemenang bertuah yang mengumpul kod diskaun sepanjang minggu ini, dengan peluang untuk merebut hadiah percuma pada jam 00:00, 7 Ogos (GMT-08:00). Selain itu, mulai 2-8 Ogos, Besrey akan mengadakan pertandingan loteri dengan setiap pengguna mendapat satu peluang setiap hari untuk menyertai cabutan bagi memenangi kupon dan hadiah bernilai hingga $299.

Barisan produk Besrey memfokuskan kepada tiga aspek utama: luar, tidur dan perjalanan. Bagi memenuhi keperluan mana-mana kanak-kanak, syarikat ini membangunkan kereta tolak bayi, basikal roda tiga, penggendong bayi, kerusi kereta, buai dan banyak lagi produk yang inovatif dalam rangkaian ini. Berserta nilai teras 'dilahirkan dengan cinta', setiap produk yang dilancarkan mematuhi piawaian industri yang ketat, termasuk EU, Swiss SGS dan banyak lagi. Pasukan Besrey mengikuti enam prinsip produk: ketukangan yang hebat, pengalaman praktikal dan selesa, material yang selamat dan mesra alam, penampilan minimalis, reka bentuk saintifik dan profesional selain gaya baharu dan unik.


Latar Belakang Besrey 

Ditubuhkan pada tahun 2015, Besrey (dilahirkan dengan cinta) ialah jenama Jerman yang mengkhusus dalam pengeluaran dan penjualan produk berkualiti tinggi untuk bayi dan kanak-kanak. Sejak penubuhannya, syarikat ini memfokuskan untuk memupuk pasukan penyelidikan dan pembangunannya (R&D) yang kini terdiri daripada 150 pakar dan telah diberikan 79 paten. Sebagai pakar dalam produk bayi, Besrey juga disyorkan oleh banyak outlet media profesional seperti verywellfamily dan tripsavvy. Ketika ini, Besrey mengendalikan tiga taman perindustrian moden dan menjual lebih 30 juta produk kepada keluarga yang bertaburan merentas lebih 130 negara dan wilayah.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://bit.ly/Besrey7thevent

Atau ikuti kami di:
Instagram: https://bit.ly/BesreyIG
Facebook: https://bit.ly/BesreyFacebook
Twitter: https://bit.ly/Besreytwitter
YouTube: https://bit.ly/BesreyYoutube
Hubungi Perhubungan Awam: marketing@besrey.com

 

 

Source: Besrey GmbH
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail