omniture

Pemimpin PRA Group, LaTisha Tarrant, Dilantik Sebagai Ketua Pegawai Sumber Manusia

PRA Group
2022-08-05 21:01 886

NORFOLK, Virginia, 5 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- PRA Group, Inc. (Nasdaq: PRAA), sebuah syarikat perkhidmatan kewangan global, telah melantik LaTisha Tarrant sebagai Ketua Pegawai Sumber Manusia (CHRO), berkuat kuasa pada 15 Ogos. 

Tarrant membawa pengalaman dalam syarikat awam selama lebih 20 tahun ke dalam jawatan baharunya dan menyertai pasukan kepemimpinan kanan syarikat ini untuk mengetuai operasi sumber manusia global. Pada ketika ini, Tarrant merupakan Naib Presiden Kanan, Timbalan Penasihat Am serta Setiausaha Korporat syarikat dan telah memegang beberapa jawatan kepemimpinan sejak menyertai PRA Group pada tahun 2016.

"Pengambilan, pembangunan dan pengekalan bakat serta inisiatif untuk meningkatkan kepelbagaian, ekuiti dan keterangkuman syarikat, adalah penting untuk kejayaan kami," kata Tarrant. "Saya gembira dapat berkhidmat dalam jawatan ini dan berharap untuk membangunkan strategi yang memberi impak dengan meningkatkan penglibatan pekerja, mengembangkan kumpulan bakat kami dan memupuk persekitaran kerja yang inklusif di mana semua orang boleh melakukan kerja sebaik mungkin sambil kekal berhubung sebagai sebuah pasukan di seluruh dunia."

Sepanjang tempoh perkhidmatan Tarrant dengan PRA Group, beliau menguruskan hal ehwal undang-undang korporat A.S., mengetuai inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) serta menasihati Ahli Lembaga Pengarah tentang pampasan insentif, pampasan eksekutif dan hal ehwal tadbir urus korporat. Beliau juga menyelia pencarian dan penyesuaian tugas para pengarah, mendapatkan pengiktirafan PRA Group sebagai sebuah syarikat "3+" dengan sekurang-kurangnya tiga orang wanita sebagai pengarah.

"LaTisha telah lama menunjukkan pelaburan dan sokongan beliau terhadap para pekerja kami dan kami bertuah kerana dapat memanfaatkan rekod prestasi kepemimpinan beliau yang mantap untuk membimbing fungsi Sumber Manusia kami," kata Kevin Stevenson, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif.

Sebelum menyertai PRA Group pada tahun 2016, Tarrant memegang beberapa jawatan dengan tanggungjawab yang semakin meningkat, berkhidmat sebagai Penasihat Am Pengurusan Bersekutu di Anthem, Inc. (kini dikenali sebagai Elevance Health, Inc.) dan sebagai Penasihat Kanan dan rakan kongsi McGuire Woods, LLP. 

Cik Tarrant memiliki J.D. (Kedoktoran Undang-undang) dari Universiti Texas di Austin dan B.A. Perhubungan Antarabangsa dari William & Mary.

Lihat Profil LinkedIn LaTisha Tarrant untuk latar belakang tambahan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PRA Group, sila layari www.pragroup.com. 

Tentang PRA Group
Sebagai peneraju global dalam mengambil alih dan memberi perkhidmatan kepada pinjaman tidak berbayar, PRA Group memulangkan modal kepada bank dan pemiutang lain untuk membantu mengembangkan perkhidmatan kewangan kepada pengguna. Dengan beribu-ribu pekerja di seluruh dunia, syarikat-syarikat PRA Group bekerjasama dengan pelanggan untuk membantu mereka menyelesaikan hutang mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pragroup.com.

Hubungan Media Berita:
Elizabeth Kersey
Naib Presiden Kanan, Komunikasi dan Dasar Awam
(757) 961-3525
Elizabeth.Kersey@PRAGroup.com

Hubungan Pelabur: 
Najim Mostamand, CFA
Naib Presiden Perhubungan Pelabur
757-431-7913
IR@PRAGroup.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/819349/PRA_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: PRA Group
Related Stocks:
NASDAQ:PRAA
Keywords: Banking/Financial Service Personnel announcements