omniture

Saintis Universiti Stanford yang terkenal dan inovator pemprograman semula sel akan menyelia semua penyelidikan Turn Bio

Turn Biotechnologies
2022-08-08 20:00 97

Vittorio Sebastiano, yang terkenal di seluruh dunia dalam merintis sains, mengembangkan tanggungjawab beliau di syarikat yang ditubuhkannya secara bersama ketika syarikat ini bergerak ke arah penyelidikan klinikal

MOUNTAIN VIEW, California, 8 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Turn Biotechnologies, sebuah syarikat peremajaan sel yang membangunkan ubat-ubatan mRNA bagi menyembuhkan penyakit berkaitan usia yang tidak boleh dirawat, hari ini mengumumkan bahawa Pengasas Bersama, Vittorio Sebastiano, PhD, akan menjadi Ketua Penyelidikan.

Stanford University Professor Vittorio Sebastiano, PhD, a leader in the emerging field of cellular reprogramming, will oversee research at Turn Biotechnologies, the company he co-founded in 2018.
Stanford University Professor Vittorio Sebastiano, PhD, a leader in the emerging field of cellular reprogramming, will oversee research at Turn Biotechnologies, the company he co-founded in 2018.

Sebastiano mengetuai pembangunan platform ERA™ (iaitu 'Epigenetic Reprogramming of Aging' atau Pemprograman Semula Epigenetik Penuaan) berasaskan mRNA unik yang digunakan oleh Turn Bio untuk menghasilkan koktel protein tersesuai bagi meremajakan sel sasaran. Beliau akan memulakan tugas sebagai Ketua Penyelidikan pada bulan ini. Sebastiano telah berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Saintifik Turn Bio sejak beliau menubuhkan syarikat tersebut secara bersama pada tahun 2018.

Sebastiano yang merupakan seorang ahli fakulti Sekolah Perubatan Stanford, pengarang kepada lebih 50 buah artikel saintifik dan penceramah yang kerap berucap di persidangan penyelidikan di seluruh dunia, terkenal dalam bidang pemprograman semula sel yang baru muncul. Makmal Universiti Stanford beliau mempelopori pembangunan paradigma baharu dalam rawatan penyakit yang berkaitan dengan penuaan dan usia. Beliau juga mengetuai pasukan yang mula-mula mengesahkan bahawa sel manusia boleh diprogramkan semula menggunakan platform ERA Turn Bio.

"Visi dan kepemimpinan Vittorio akan mendorong inovasi Turn Bio dan mempercepatkan usaha kami membangunkan terapi baharu," kata Anja Krammer, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat. "Beliau amat memahami potensi yang dimiliki sains kami untuk membawa pembaharuan kepada cara doktor merawat penyakit yang berkaitan usia serta berkongsi komitmen kami untuk menyampaikan aliran penyelesaian baharu yang berterusan kepada klinik."

Sebastiano yang telah menjalankan penyelidikan di universiti-universiti terkemuka di Eropah dan Amerika Syarikat, berharap dapat merealisasikan penyelidikan akademik beliau dengan membimbing pembangunan terapi Turn Bio.

"Bulan-bulan seterusnya akan menjadi sangat menarik apabila kami merapatkan jurang antara sains akademik dengan terapi yang mengubah kehidupan yang amat diperlukan oleh jutaan manusia di seluruh dunia," ujar Sebastiano. "Kami berpotensi untuk menyembuhkan penyakit yang tidak boleh dirawat pada masa ini, meningkatkan kualiti kehidupan jutaan manusia dan mengubah serta mendemokrasikan penjagaan perubatan dengan sebenar-benarnya."

Sebastiano menerima ijazah sarjana muda dan kedoktoran dari Università di Pavia, Itali dan menyelesaikan kajian pasca kedoktoran di Institut Max Planck untuk Bioperubatan Molekul di Jerman dan Stanford. Beliau telah menjadi profesor madya OBGyN di Institut Stanford untuk Biologi Sel Stem di Stanford sejak tahun 2014. Beliau merupakan Pemegang Biasiswa Keluarga Woods dalam Perubatan Pediatrik serta telah berkhidmat sebagai Pengarah Bersama Program PhD Sel Tunjang Stanford dan telah menerima anugerah berprestij untuk pendekatan rintis dan revolusi beliau dalam mencetus peremajaan sel, termasuk Anugerah Penyelidik Muda American Federation for Aging Research (AFAR) 2017 dan Anugerah Kecemerlangan dalam Gerontologi 2019 daripada AFAR dan Yayasan Glenn.

TENTANG TURN BIOTECHNOLOGIES

Turn Bio ialah sebuah syarikat peringkat praklinikal yang memberi tumpuan kepada pembaikan tisu di peringkat sel. Teknologi platform mRNA proprietari syarikat ini iaitu ERA™ memulihkan ekspresi gen optimum dengan memerangi kesan penuaan dalam epigenom. Ia memulihkan kemampuan sel-sel untuk mencegah atau merawat penyakit serta memulihkan atau menjana semula tisu dan membantu melawan penyakit kronik yang tidak boleh diubati.

Syarikat ini sedang menyelesaikan penyelidikan praklinikal tentang terapi yang disesuaikan yang menyasarkan indikasi dalam dermatologi dan imunologi serta membangunkan terapi untuk oftalmologi, osteoartritis dan sistem muskular. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.turn.bio.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 

Jim Martinez, rightstorygroup
jim@rightstorygroup.com atau (312) 543-9026

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1872938/Vittorio_Sebastiano_PhD.jpg?p=medium600

Source: Turn Biotechnologies
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Personnel announcements