omniture

Kedua-dua Kapal M/V Riva Wind dan M/V Arizona Belayar dari Ukraine dengan Membawa 105,000 Tan Bijirin

Harvest Commodities SA
2022-08-09 12:07 91

Dua Buah Kapal Tambahan Lagi Pergi Mengambil Bijirin di Rusia 

JAKARTA, Indonesia, 9 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Kapal Harvest Commodities, M/V Riva Wind, telah berlepas dari Pelabuhan Odessa, Ukraine dengan membawa 50,000 tan bijirin, dan kapal keduanya, M/V Arizona, telah meninggalkan Pelabuhan Chornomorsk, Ukraine dengan membawa 55,000 tan bijirin. Bijirin ini merupakan suatu usaha sama antara Harvest Commodities SA dan Arsari Group Indonesia. Usaha sama ini dilakukan melalui PT Comexindo International.

(Left to right) Arsari Group CEO Hashim S. Djojohadikusumo, Ukrainian Ambassador to Indonesia Vassyl Hamianin, Harvest Commodities SA Chairman Gaurav Srivastava in a meeting in Jakarta, 2 August 2022.
(Left to right) Arsari Group CEO Hashim S. Djojohadikusumo, Ukrainian Ambassador to Indonesia Vassyl Hamianin, Harvest Commodities SA Chairman Gaurav Srivastava in a meeting in Jakarta, 2 August 2022.

Kapal-kapal ini merupakan antara penghantaran komersial pertama dari Odessa sejak  24 Februari 2022. Laluan selamat untuk mereka berjaya dibentuk hasil daripada usaha dan perjanjian yang berterusan antara kerajaan Amerika Syarikat, Rusia, Ukraine, Turki dan Indonesia serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

"Saya ingin mengucapkan tahniah ke atas kerjasama yang melibatkan kepemimpinan Amerika Syarikat, Rusia, Ukraine, Indonesia dan Türkiye (dahulunya dikenali sebagai Turki) dalam mencari titik persamaan yang sewajarnya supaya mereka mempunyai visi yang sejajar untuk mengurangkan kekurangan makanan global," kata Gaurav Srivastava, Pengerusi Harvest Commodities SA.  

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kapten dan anak kapal kedua-dua buah kapal tersebut yang telah menunggu di dalam kapal mereka sejak Februari 2022 di Ukraine. Mengeluarkan kapal-kapal ini dari Pelabuhan Odessa merupakan satu tindakan yang berani dan berkemahiran tinggi."  Kapal-kapal ini sekarang menuju ke Türkiye (dahulunya dikenali sebagai Turki).

Selain itu, dua buah kapal tambahan lagi sedang mengambil bijirin yang dimiliki oleh Harvest Commodities dari Novorossiysk, Rusia — iaitu kapal M/V Shark dengan 25,000 tan bijirin dan M/V Bronco dengan 10,000 tan bijirin.

Encik Srivastava berkata, "Memandangkan Indonesia ialah presiden kumpulan G20, saya dan Pengerusi Arsari Hashim Djojohadikusumo berkongsi visi yang sama untuk menyokong inisiatif program makanan ini dari Rusia dan Ukraine. Kami berbesar hati dapat melakukan usaha ini bersama-sama."

Ini merupakan penghantaran pertama bagi usaha sama ini di mana PT Comexindo International membeli bijirin daripada para petani Rusia dan Ukraine lalu menjualnya kepada pembeli antarabangsa.

Harvest Commodities SA ialah pedagang dan pengedar antarabangsa bagi produk pertanian yang memberi tumpuan kepada memadankan bekalan dan permintaan, menguruskan rantaian bekalan serta mewujudkan nilai melalui perkhidmatan logistik, kewangan dan pengurangan risiko yang diperibadikan. Ia beroperasi di Los Angeles, Amerika Syarikat/Moscow, Rusia, Kyviv, Ukraine/Geneva, Switzerland/Jakarta, Indonesia.

PT Comexindo International, yang dahulunya dikenali sebagai PT Prima Comexindo, iaitu ahli Arsari Group, telah aktif dalam perdagangan antarabangsa sejak tahun 1986, terutamanya di negara-negara termasuk Rusia, Ukraine, Kazakhstan, Azerbaijan, Uzbekistan, negara lama Yugoslavia, Afrika dan Asia Tenggara.

Sila hubungi: 

Ariseno Ridhwan
Arsari Group
Indonesia
ariseno_ridhwan@arsari.co.id
+628111732078

Ong Hock Chuan
Maverick Indonesia
ong@maverick.co.id
+628128511198

Charlie Perkins
The Hawthorn Group
USA
cperkins@hawthorngroup.com
+191723223

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1873699/harvest.jpg?p=medium600

 

Source: Harvest Commodities SA
Keywords: Agriculture Maritime/Shipbuilding Transportation Corporate Social Responsibility Joint ventures