omniture

DIFC Melancarkan Pusat Kekayaan Persendirian dan Perniagaan Keluarga Global yang Pertama

DIFC
2022-08-09 14:17 88

DUBAI, UAE, 9 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai (DIFC) iaitu pusat kewangan global terkemuka di rantau Timur Tengah, Afrika dan Asia Selatan (MEASA), mengumumkan pelancaran Pusat Kekayaan Persendirian dan Perniagaan Keluarga Global (Pusat) yang pertama di rantau ini dan di seluruh dunia.

DIFC Gate Building
DIFC Gate Building

DIFC ialah pusat kewangan pertama di dunia yang mencipta tawaran unik pada ketika anggaran aset bernilai AED3.67 trilion ($1 trilion) akan dipindahkan ke generasi seterusnya di Timur Tengah pada dekad akan datang.

Pusat ini akan menyatukan perniagaan milik keluarga global, individu bernilai bersih ultra tinggi (UHNWI) dan Kekayaan Persendirian pada satu hab untuk membantu mengekal dan mengembangkan sektor ini serta menyediakan akses kepada pelbagai perkhidmatan sokongan untuk membolehkan perancangan peralihan dan legasi yang mantap. Pusat ini juga dijangka bakal menarik minat perniagaan keluarga dan UHNWI dari rantau ini dan di seluruh dunia untuk membuat penampilan di Dubai.

Ahli-ahli juga akan mendapat manfaat dengan menjadi sebahagian daripada ekosistem kewangan terbesar di rantau ini, rangka kerja 'common law', infrastruktur undang-undang dan kawal selia serta pelbagai struktur perniagaan DIFC yang fleksibel.

Tuan Yang Terutama Essa Kazim, Gabenor DIFC berkata: "Selaras dengan komitmen Kerajaan UAE untuk membantu perniagaan keluarga memainkan peranan yang penting dalam masyarakat kami, DIFC berbesar hati melancarkan Pusat Kekayaan Persendirian dan Perniagaan Keluarga yang pertama di dunia. UAE mempunyai sejumlah besar perniagaan keluarga yang dimiliki oleh warganegara dan pemastautin yang menyumbang kepada ekonomi negara ini. Dalam dekad yang akan datang, keluarga tersebut dan lain-lain di Timur Tengah dijangka akan memindahkan sebanyak AED3.67 trilion kepada generasi seterusnya, yang menggambarkan keperluan mendesak untuk menyediakan pakar dan sokongan yang kukuh kepada mereka bagi membantu mereka berkembang."

Dr. Tarek Hajjiri, Ketua Pegawai Eksekutif yang telah dilantik bagi Pusat Kekayaan Persendirian dan Perniagaan Keluarga Global menambah: "Pelancaran Pusat Kekayaan Persendirian dan Perniagaan Keluarga Global ini merupakan satu lagi pencapaian penting dalam pembangunan sektor pengurusan kekayaan dan aset DIFC. Selain itu, ia menonjolkan komitmen jangka panjang DIFC untuk menawarkan perkhidmatan pengurusan kekayaan persendirian berkualiti yang setara dengan standard global. Pusat baharu ini akan memainkan peranan yang unik dalam membimbing perniagaan keluarga berkaitan tadbir urus, pewarisan, pemilikan, kekayaan, dinamik dan strategi keluarga. Peranan kami adalah penting bagi memastikan pertumbuhan jangka panjang perniagaan keluarga."

Untuk maklumat lanjut: difc.ae; ikuti kami di LinkedIn; Twitter @DIFC. 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1874039/DIFC.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1874040/DIFC_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: DIFC
Keywords: Banking/Financial Service New products/services Financial Technology