omniture

Axis Bank melalui kerjasama dengan CRMNEXT, memenangi Anugerah Pelaksanaan CRM Terbaik daripada The Asian Banker

CRMNEXT
2022-08-09 17:39 73

~Menerima Pengiktirafan di Anugerah Inovasi Teknologi Kewangan The Asian Banker 2022~ 

MUMBAI, India, 9 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Axis Bank, bank sektor swasta yang ketiga terbesar di India, melalui kerjasama dengan CRMNEXT, iaitu platform pengalaman pelanggan digital terkemuka untuk bank dan perkhidmatan kewangan, memperoleh kejayaan dengan memenangi kategori 'Pelaksanaan CRM Terbaik' di Anugerah Inovasi Teknologi Kewangan The Asian Banker 2022. Acara ini berlangsung pada 04 Ogos 2022 dengan menyaksikan persaingan sengit daripada lebih 200 buah bank terkemuka di seluruh Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika. Anugerah yang paling berprestij dalam industri perbankan ini mengukur pelaksanaan projek dan juga kesan perniagaan yang lestari. Pendekatan penilaian berasaskan audit ini mengiktiraf projek CRMNEXT atas kejayaan yang dicapainya untuk Axis Bank - kecemerlangan dalam peningkatan kadar kecekapan kempen sebanyak 230%, pertumbuhan produk bagi setiap pelanggan sebanyak 135% dan lebih 75% peningkatan dalam kepuasan pelanggan! Jejak Projek ini merangkumi lebih 35 juta pelanggan dan lebih 80,000 pengguna.

Axis Bank in partnership with CRMNEXT wins the Best CRM Implementation Award by Asian Banker
Axis Bank in partnership with CRMNEXT wins the Best CRM Implementation Award by Asian Banker

Anugerah tersebut mengenal pasti ia sebagai sebagai salah satu contoh kerjasama terbaik antara institusi kewangan dengan penyedia perkhidmatan IT strategiknya serta bagaimana pencapaian sedemikian menjadi contoh inovasi terkemuka dalam industri. Ia mengiktiraf kepuasan pelanggan yang berdaya tahan dan penyampaian perkhidmatan berkualiti tinggi melebihi jangkaan pelanggan yang konsisten dari Axis Bank, yang disampaikan dengan menggunakan platform CRMNEXT.

Encik Avinash Raghavendra, Naib Presiden Eksekutif IT Axis Bank  berkata, "Kami bekerjasama dengan CRMNEXT disebabkan pelaksanaannya yang terbukti dalam perbankan, keupayaan fungsi di luar kotak dan keupayaan penyepaduan yang kukuh. Penyelesaian digital intuitif dan wawasan mendalam yang dimilikinya telah membantu kami menjadi rakan kongsi penyelesaian kewangan pilihan. Kami telah berjaya mempermudah keseluruhan pengalaman perbankan, merancang keperluan pelanggan dengan tepat dan mengoptimumkan masa pusing balik perkhidmatan pelanggan dengan amat baik. Bekerjasama sebagai sebuah pasukan, kami berharap dapat mencatatkan sebuah kisah kejayaan yang hebat dalam transformasi digital kami serta mendorong kesan perniagaan yang ketara kepada para pelanggan kami."

"Ia merupakan suatu detik kebanggaan yang hebat untuk kami! Pengiktirafan ini menonjolkan komitmen kami dalam menyediakan penyelesaian perbankan yang inovatif dan tangkas, yang membolehkan bank-bank memberikan pengalaman pelanggan bertaraf dunia dalam landskap perbankan digital yang sedang berkembang pesat ini. Ia mengesahkan lagi penerajuan teknologi kami dalam sektor kewangan." Kata  Bidhan Choudhary, Pengasas Bersama merangkap Pengarah Eksekutif CRMNEXT.

Tentang Axis Bank: 

Axis Bank ialah bank sektor swasta yang ketiga terbesar di India. Dengan 4,759 buah cawangan domestik (termasuk kaunter tambahan) dan 10,161 buah ATM miliknya di seluruh negara pada 30 Jun 2022, rangkaian Axis Bank meliputi 2,702 buah bandar dan pekan yang membolehkan Bank ini menjangkau sebahagian besar pelanggan dengan pelbagai produk dan perkhidmatan. Axis Group terdiri daripada Axis Mutual Fund, Axis Securities Ltd., Axis Finance, Axis Trustee, Axis Capital, A.TReDS Ltd., Freecharge dan Axis Bank Foundation.

Untuk maklumat lanjut tentang Axis Bank, sila rujuk laman web: https://www.axisbank.com

Maklumat Hubungan Media:

Piyali Reddy
+91-9322657983
Shruti Mudup
+91-9820651056
Corporate.Communication@axisbank.com

Tentang CRMNEXT 

CRMNEXT ialah penyedia penyelesaian CRM global yang terkemuka di bawah ASPL untuk segmen perkhidmatan kewangan. Ia digunakan oleh lebih 1 juta pengurus bank untuk menguruskan lebih satu bilion pelanggan pada platformnya di seluruh dunia. Sebuah syarikat 'Gartner Magic Quadrant Challenger', CRMNEXT mengisi tempat yang ditinggalkan oleh CRM tradisional, dengan menyediakan pemudahan kerja, automasi robot, keputusan segera dan pemerkasaan yang lebih besar untuk ahli pasukan dan juga pelanggan. Ia menghapuskan halangan buatan antara manusia dengan saluran digital dan membolehkan inovasi serta interaksi pelanggan saluran omni bertaraf dunia dari sebuah platform tunggal yang disepadukan. Ia memiliki kelebihan sebagai pelaksanaan CRM perbankan yang terbesar di seluruh dunia. Ia telah menjadi CRM terbesar dalam perkhidmatan kewangan dengan menentukur semula potensi kedua-dua organisasi besar dan kecil secara berkesan untuk mengembangkan aset, hubungan berkualiti, keuntungan, perkhidmatan dan inovasi.

Maklumat Hubungan Media:

Sneha Singh
+91-971568911
sneha.singh@crmnext.com

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1874064/AXIS_Bank_CRMNEXT.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1170890/CRMNEXT_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: CRMNEXT
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Awards Contracts Financial Technology