omniture

Soroco Dinobatkan sebagai Peneraju dalam PEAK Matrix® Everest Group untuk Penyedia Teknologi Perlombongan Tugas 2022

Soroco
2022-08-09 18:07 77

BOSTON, 9 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Soroco, sebuah syarikat graf kerja pertama di dunia, telah dinobatkan sebagai Peneraju dalam Produk Perlombongan Tugas bagi Penilaian PEAK Matrix® 2022 yang pertama diterbitkan oleh Everest Group, sebuah firma penyelidikan dan penganalisis terkemuka. Penilaian ini berdasarkan kriteria khusus yang menganalisis produk utama syarikat tersebut iaitu Scout dari segi keupayaan, visi dan impak pasarannya.

Everest Group Task Mining Products PEAK Matrix® Assessment 2022
Everest Group Task Mining Products PEAK Matrix® Assessment 2022

Terdapat kategori baharu bagi perisian perusahaan yang bergantung pada sumber data yang belum diterokai sebelum ini — iaitu interaksi manusia-komputer yang terhasil daripada kerja harian. Pada hari ini, lebih 60% daripada data ini berasal daripada jutaan interaksi daripada pasukan dan pengguna di seluruh aplikasi, e-mel, sembang dan dokumen di tempat kerja.

Data yang belum didokumenkan dan tidak berstruktur daripada interaksi komputer-manusia ini merupakan kunci untuk membuka nilai perniagaan yang luar biasa dan mempercepat program transformasi digital berasaskan data. Data ini membolehkan organisasi memetakan cara pasukan mereka melaksanakan kerja dan menggunakannya untuk memperkasakan program transformasi digital mereka.

"Kami amat gembira kerana diiktiraf sebagai Peneraju oleh Everest Group," ujar Samson David, Ketua Pegawai Eksekutif Soroco. "Pengiktirafan ini mencerminkan dedikasi kami dalam menyampaikan platform graf kerja yang hebat yang menyediakan pandangan 360 darjah terhadap peringkat terakhir kerja kepada pasukan dan organisasi serta memperkasakan mereka dengan cerapan berstruktur - yang menjadi pendorong utama untuk memacu perniagaan ke hadapan dan mereka bentuk inisiatif transformasi. Pengalaman kami yang meluas dalam sektor perusahaan serta ekosistem rakan kongsi kami yang luas membantu organisasi memperbaharui cara kerja dilakukan serta membolehkan mereka kekal berdaya saing dalam landskap digital." 

Menurut Amardeep Modi, Naib Presiden Everest Group, "Strategi produk perlombongan tugas Soroco bermatlamat untuk membantu perusahaan memahami cara pasukan melaksanakan kerja dan mengukuhkan perniagaan dalam inisiatif transformasi digital mereka."  Beliau menambah lagi, "Kedudukannya sebagai Peneraju dalam Produk Perlombongan Tugas bagi Penilaian PEAK Matrix® Everest Group 2022 disokong oleh visi pasarannya yang kukuh, tumpuan terhadap inovasi produk dan kejayaan pelanggan, kepelbagaian fungsi produk serta nilai yang tinggi yang diberikan kepada para pelanggannya."

Penilaian PEAK Matrix Everest Group 2022 bagi kategori Perlombongan Tugas merangkumi 17 penyedia teknologi dalam industri perlombongan tugas. Laporan ini mengandungi PEAK Matrix yang mengklasifikasikan penyedia perlombongan tugas kepada Peneraju, Pesaing Utama dan Aspiran. Peneraju telah menunjukkan kesan pasaran keseluruhan yang tinggi, visi yang kukuh dan keupayaan untuk bertindak balas kepada permintaan terhadap penyelesaian perlombongan tugas yang menyeluruh.  

Soroco menerajui kategori ini kerana fokusnya terhadap keperluan berskala perusahaan yang memberikan perkhidmatan kepada seribu pengguna bagi setiap pelanggan, yang merangkumi:

  • Pemerolehan data peka privasi dengan penyepaduan sifar IT: Teknologi pemerolehan mendalam yang dipatenkan untuk merakam berjuta-juta interaksi sambil melindungi privasi pengguna akhir, penapisan PII yang fleksibel dan diselaraskan dengan pematuhan kepada Peraturan Perlindungan Data Umum (GDPR).
  • Penemuan, cerapan dan kebolehpanjangan: Menyelidik corak kerja khusus bagi setiap pasukan, pengesyoran tentang pulangan pelaburan (ROI) dan usaha pengoptimuman dipacu AI serta API untuk memperluas cerapan baharu melalui alatan BI seperti Power BI.
  • Pengehosan yang fleksibel: Natif awan terbina untuk ditingkatkan - tersedia pada Platform sebagai Perkhidmatan (PaaS) dan Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS).

Scout, sebuah platform graf kerja milik Soroco, berada pada kedudukan yang unik untuk membantu perusahaan memacu cerapan yang boleh diambil tindakan dan berstruktur daripada sumber data yang besar dan belum diterokai ini serta meningkatkan pengalaman digital para pengguna dan pasukan. 

Tentang Soroco   

Soroco sedang membina platform graf kerja yang paling canggih dan pertama di dunia. Kami ialah sebuah syarikat teknologi mendalam yang memiliki kira-kira 40 paten. Produk utama kami iaitu Scout yang dikuasakan oleh graf kerja, memberikan cerapan hampir masa nyata tentang cara kerja dilakukan di lapangan dan membantu perusahaan dalam perjalanan transformasi mereka.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1874135/Soroco_PEAK_Matrix_Assesssment.jpg?p=medium600

 

 

Source: Soroco
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Survey, Polls & Research Data Analytics