Hadiah bernilai sehingga US$30,000!
TAIPEI, 10 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Program MEET TAIWAN, dianjurkan oleh Biro Perdagangan Luar Negeri, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, melancarkan pertandingan cadangan GREENTOPIA: Bandar MICE Lestari serba baharu pada tahun 2022, menggabungkan elemen-elemen kelestarian seperti Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan mempelawa golongan profesional perniagaan dari serata dunia untuk mengambil bahagian dengan menghantar cadangan kreatif untuk acara-acara MICE lestari di Taiwan. Para pemenang cadangan bukan sahaja akan menerima hadiah wang tunai, mereka juga akan menjadi warga maya pertama GREENTOPIA.
Hanya tiga minit diperlukan untuk mendaftar dalam talian dan, dengan hanya berbuat demikian, salah satu daripada dua komputer riba perniagaan canggih daripada jenama Taiwan terkenal boleh dimenangi. Tempoh pendaftaran bermula pada 4 Ogos 2022. Untuk butiran lanjut, kunjungi laman sesawang kempen rasmi di http://greentopia.meettaiwan.com
Sila kunjungi http://greentopia.meettaiwan.com untuk maklumat terperinci tentang GREENTOPIA: pertandingan cadangan Bandar MICE Lestari.
HUBUNGI: greentopia@taitra.org.tw

Majlis pelancaran rasmi untuk Pertandingan Bandar MICE Lestari. Guann-Jyh Lee, Timbalan Ketua Pengarah, Biro Perdagangan Luar Negeri, tengah, MOEA, Simon Wang, Presiden & Ketua Pegawai Eksekuitf, TAITRA, dua dari kanan dan KOL En. Remy Gils, dua dari kiri. (Penghargaan: MEET TAIWAN)