omniture

Azentio Software diiktiraf dalam Penyelesaian Pencegahan Pengubahan Wang Haram, menurut laporan S3 2022 oleh Firma Penyelidikan Bebas

Azentio Software Pvt Ltd
2022-08-10 14:54 56

Laporan tersebut menyatakan Azentio sebagai amat sesuai untuk organisasi yang ingin mendigital dan memodenkan proses KYC/CDD mereka serta menambah AI dan ML untuk meningkatkannya 

SINGAPURA, 10 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Azentio Software ("Azentio"), sebuah firma teknologi yang beribu pejabat di Singapura dan dimiliki oleh dana yang dinasihatkan oleh Apax Partners, hari ini mengumumkan bahawa ia telah dinobatkan sebagai 'Contender' (Pesaing) dalam laporan Forrester Wave™: Penyelesaian Pencegahan Pengubahan Wang Haram, bagi suku ketiga tahun 2022. Azentio Software merupakan antara 15 penyedia penyelesaian pencegahan pengubahan wang haram (AML) yang paling penting yang dinilai berdasarkan 26 kriteria di seluruh kategori tawaran, strategi dan kehadiran pasaran semasa.

Laporan tersebut telah menilai Amlock™ iaitu Penyelesaian Pengesanan dan Pengurusan Jenayah Kewangan milik Azentio, sebuah platform bersepadu dan fleksibel dengan keupayaan canggih yang memanfaatkan kalkulator risiko, alat yang dilengkapi dengan pelbagai fungsi dan teknologi BI untuk memantau aktiviti pengubahan wang haram, analisis risiko dan cerapan yang hebat.

Menurut laporan Forrester, "Vendor tersebut telah memperluas platform pangkalan data yang disokong serta melabur dalam penyelesaian pembaca kad ID pintar untuk proses KYC pelanggan. Ia juga telah menambah perkhidmatan transliterasi untuk nama daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Arab dan sebaliknya. Dalam tawaran semasanya, vendor ini menunjukkan kekuatan dalam menilai perubahan peraturan (ujian bagaimana jika), peraturan versi dan pelaporan terhadap prestasi peraturan. Keupayaan pembelajaran yang diperkukuhkan tanpa pengawasan juga adalah lebih baik berbanding yang lain." Laporan ini menambah lagi, "Azentio amat sesuai untuk organisasi yang ingin mendigital dan memodenkan proses KYC dan CDD mereka serta menambah Kecerdasan Buatan (AI) dan Pembelajaran Mesin (ML) untuk meningkatkannya."

Azentio telah menerima markah maksimum dalam kriteria peningkatan: Pengurusan Senarai Pantau, dengan laporan Forrester menyatakan, "Vendor tersebut menunjukkan pelan hala tuju peningkatan produk WLM yang kukuh dan menerajui serta pendekatan pasarannya adalah setanding dengan vendor lain dalam penilaian ini."

Tony Kinnear, Ketua Pegawai Eksekutif Azentio menyatakan, "Kami berbesar hati kerana diiktiraf sebagai Pesaing dalam laporan Forrester Wave™ untuk penyelesaian AML. Kami percaya bahawa apabila peraturan memperluas skop mereka untuk memperoleh ancaman baharu dan baru muncul, peranan teknologi AI dan ML akan menjadi faktor penting bagi menambah cerapan, membantu organisasi membuat ramalan dan keputusan yang penting berkaitan dengan risiko. Azentio telah melabur dalam penyelesaian AML miliknya untuk menambah ciri-ciri AI dan ML dipacu pasaran yang inovatif. Kami yakin bahawa penilaian Forrester mencerminkan komitmen kami untuk membantu organisasi di seluruh dunia memenuhi keperluan AML mereka dengan berkesan."

Pelan hala tuju Azentio untuk Amlock™ merangkumi penambahbaikan algoritma saringan dengan carian fonetik; penyepaduan penyelesaian dengan portal pengesahan ID; serta amaran dan pembina peraturan yang dipertingkatkan.

Dalam Tinjauan Tawaran Platform Perbankan Global 2022 yang dijalankan Forrester baru-baru ini, Azentio diberi penarafan yang tinggi sebagai 'Regional Pursuer' (Pengejar Serantau) dalam kategori Tawaran Baharu; 'Major Cross Seller' (Penjual Silang Utama) dalam kategori Perniagaan Lanjutan; dan 'Major Player' (Pemain Utama) dalam kategori Tawaran Gabungan.

Muat turun  salinan laporan percuma anda untuk mengetahui mengapa Forrester mengiktiraf Azentio Software sebagai Pesaing dalam kalangan penyedia Penyelesaian Pencegahan Pengubahan Wang Haram. 

Tentang Azentio Software 

Azentio Software menyediakan produk perisian khusus menegak dan teras dengan misi penting untuk pelanggan dalam segmen perbankan, kewangan dan insurans. Produk utama syarikat ini merangkumi Amlock™, Kastle™, iMAL™, Premia™ Astra, Beyontec Suite dan Intelligent Automation Fabric, MFund Plus™ serta Orion™.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1712686/Azentio_Software_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Azentio Software Pvt Ltd
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Awards Survey, Polls & Research