omniture

Markus Henne Mentakrifkan Semula Automotif Mewah di Tanah Besar China pada Global Brand Awards Edisi ke-10

Global Brands Magazine
2022-08-10 21:23 184

Markus Henne, Ketua Pegawai Eksekutif Genesis Motor China, telah dinobatkan sebagai 'Ketua Pegawai Eksekutif Paling Inovatif dalam Industri Automotif di Tanah Besar China' untuk tahun 2022.

LONDON, 10 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Global Brand Awards merupakan satu acara tahunan yang dianjurkan olehGlobal Brands Magazine (GBM), sebuah penerbitan antarabangsa yang beribu pejabat di UK. Global Brand Awards bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi anugerah kepada syarikat dan peneraju industri atas prestasi mereka yang luar biasa. Genesis Motor China, di bawah pucuk pimpinan Markus Henne, telah dinilai berdasarkan beberapa faktor dalam industri automobil dan telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang inovasi. 

Mengulas tentang kemenangan Markus Henne dalam anugerah tersebut, ShivKumar (Ketua Pegawai Eksekutif) Global Brands Magazine berkata, "Dalam pasaran yang terkenal dengan persaingan yang sengit, Genesis Motor China menetapkan trend baharu dan membezakan syarikatnya dengan mudah daripada para pesaing. Genesis Motor China telah berjaya meletakkan kedudukannya sebagai jenama yang mempunyai visi baharu dalam segmen kereta mewah. Kadar kepuasan pelanggan yang tinggi merupakan bukti strategi yang disusun atur dengan baik yang telah mereka gunakan di bawah kepemimpinan Markus, seorang yang sangat penting dalam pertumbuhan syarikat."

Mengulas tentang kemenangan beliau dalam anugerah tersebut, Markus Henne (Ketua Pegawai Eksekutif) berkata, 

"Saya berbesar hati  menerima anugerah 'Ketua Pegawai Eksekutif Paling Inovatif dalam Industri Automotif di Tanah Besar China' pada tahun ini. Anugerah daripada Global Brands Magazine ini menunjukkan perkembangan Genesis di pasaran China dan pengiktirafan  yang diterima atas pencapaian inovasi ini menunjukkan pelbagai perkara yang kami rancang untuk lakukan sejak memulakannya daripada sehelai kertas kosong. Peluang luar biasa untuk memperkenalkan jenama mewah baharu ke pasaran ini memerlukan kami untuk menjadi berani serta berpandangan ke hadapan – ciri yang dimiliki oleh bukan sahaja jenama baharu kami malah diri saya sendiri.

Pertama sekali, saya melihat pengiktirafan ini sebagai hasil kemasukan Genesis ke China pada tahun lalu, serta sebuah pasukan cemerlang yang bekerja bersama-sama dengan saya dengan penuh semangat, dedikasi dan pemikiran inovatif yang kami hargai sebagai asas budaya di syarikat kami.

Di Genesis Motor China, inovasi menjadi teras kepada segala perkara yang kami lakukan, termasuk model perniagaan serba baharu kami di China yang melaksanakan strategi jualan saluran omni dan ditumpukan kepada jualan langsung. 

Kami akan terus berkongsi Pengalaman Genesis kami yang unik untuk membantu kami menjalinkan hubungan yang sejati dengan lebih ramai pelanggan dan dengan rangkaian produk kami yang memenangi anugerah, kami mencabar norma industri untuk merealisasikan visi baharu automotif mewah sambil memperluas kehadiran kami di negara ini serta meningkatkan komitmen kami di pasaran."

Tentang  Global Brands Magazine 

Global Brands Magazine  (GBM) merupakan pelopor industri yang membawakan berita, pandangan dan pendapat tentang jenama yang membentuk masa depan industri mereka. Majalah yang berpangkalan di UK ini menyediakan berita dan maklumat terkini tentang jenama "terbaik" kepada para pembaca. 

Tentang Global Brand Awards  

Global Brand Awards  memberi penghormatan kepada jenama atas kecemerlangan prestasi mereka dan memberi anugerah kepada syarikat atas kualiti perkhidmatan mereka. Anugerah Jenama ini menyerlahkan pencapaian organisasi yang telah menunjukkan prestasi yang amat baik dalam industri masing-masing.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1764747/GBM_2022_Logo.jpg?p=medium600 

Source: Global Brands Magazine
Keywords: Auto Magazines Publishing/Information Service Transportation Awards Survey, Polls & Research