omniture

Webb Fontaine Mengumumkan Pelancaran Niger National Single Window (NNSW) untuk Memperkukuh Sektor Perdagangan

Webb Fontaine
2022-08-12 18:30 1013

Pelancaran ini dijangka akan mengukuhkan sektor perdagangan dan meningkatkan pendapatan negara 

DUBAI, UAE, 12 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Webb Fontaine serta Dewan Perniagaan dan Industri Niger, bersama-sama dengan rakan kongsinya, merasmikan pelancaran platform Niger National Single Window (Tetingkap Tunggal Kebangsaan Niger) pada satu majlis yang diadakan di Dewan Perniagaan dan Industri Niger. Platform Tetingkap Tunggal ini akan mengukuhkan perdagangan asing dan meningkatkan hasil pendapatan Niger sambil memperbaiki kepantasan dan kecekapan perdagangan secara keseluruhan.

Pelancaran aktiviti GUCE-Niger dan perasmian bilik Internet.12 Mei 2022 di Dewan Perniagaan dan Industri Niger (CCIN)
Pelancaran aktiviti GUCE-Niger dan perasmian bilik Internet.12 Mei 2022 di Dewan Perniagaan dan Industri Niger (CCIN)

Acara tersebut berlangsung dengan disaksikan oleh Yayé Djibo yang mewakili pejabat Presiden Republik Niger, Kolonel Diori Hamani dari Direktorat Besar Kastam dan Ousmane Mahaman, Setiausaha Agung Dewan Perniagaan dan Industri Niger (CCIN) .

Dicipta di bawah dekri n°2021-210/PRN/MF/MC/PSP pada 26 Mac 2021 dan dikuasakan oleh teknologi Webb Fontaine, NNSW menyediakan sebuah ekosistem perdagangan tanpa sentuhan, tanpa tunai dan tanpa kertas yang menjimatkan masa dan kos untuk menjalankan perniagaan bagi para pedagang Niger serta memperkasakan mereka untuk bersaing di peringkat global.

Platform NNSW mampu menggabungkan pelbagai proses dengan lancar berkaitan operasi perdagangan dan Kastam yang melibatkan organisasi kerajaan dan swasta. Platform ini membolehkan para pedagang Niger berhubung melalui medium elektronik dengan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat bagi mendapatkan lesen, permit, sijil serta dokumen perdagangan lain yang diperlukan untuk perdagangan antarabangsa.

Pembangunan platform NNSW telah bermula pada tahun 2021 dan kini beroperasi dengan modul prapelepasannya yang pertama.

"Kami berbesar hati dapat menjadi rakan teknologi rasmi Niger yang bekerjasama rapat dengan Kerajaan untuk melaksanakan Tetingkap Tunggal Perdagangan. Teknologi terkini Webb Fontaine akan membantu mengubah persekitaran perdagangan Niger, memodenkan dan memperkemas semua proses perdagangan serta meningkatkan kepercayaan pihak berkepentingan,"
Samy Zayani, Ketua Pegawai Komersial Webb Fontaine

Komuniti perdagangan Niger kini dapat melaksanakan proses pelepasan secara dalam talian dengan cekap dan berkesan. Platform ini menawarkan satu pintu masuk untuk semua operasi import, eksport dan transit di Niger.

"Matlamat dan misi Webb Fontaine adalah untuk membantu dan melatih komuniti perdagangan menggunakan platform NNSW baharu dan tidak lama lagi, sebuah pusat Internet untuk memperkasakan penggunaan platform baharu ini akan dibuka,"
Ali Karim Alio, Pengarah Urusan Webb Fontaine, Niger.

"Niger National Single Window ialah naik taraf yang amat ditunggu-tunggu yang akan mengukuhkan kedudukan Niger sebagai rakan perdagangan selain turut memantapkan perdagangan antarabangsanya. Pemodenan dalam prosedur perdagangan kini menjadi semakin penting dalam dunia pasca COVID kerana pandemik telah menunjukkan bahawa rantaian bekalan dan logistik boleh menanggung beban krisis global dan menyebabkan krisis baharu. Penting bagi Niger untuk bekerjasama dengan ekonomi lain serta mengembangkan perdagangannya dan pembangunan platform NNSW ini menandakan satu pencapaian penting. Saya berasa gembira kerana Niger turut serta dalam gerakan perdagangan global,"
Ousmane Mahaman, Setiausaha Agung Dewan Perniagaan dan Industri Niger

NNSW boleh diakses di sini guce.gouv.ne/en/

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1876513/CCIN_Presidium.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1876514/CCIN_Internet_Room.jpg?p=medium600

Pelancaran aktiviti GUCE-Niger dan perasmian bilik Internet.12 Mei 2022 di Dewan Perniagaan dan Industri Niger(CCIN) Pengendali ekonomi dalam bilik Internet baharu sedang dihubungkan kepada platform GUCE-Niger
Pelancaran aktiviti GUCE-Niger dan perasmian bilik Internet.12 Mei 2022 di Dewan Perniagaan dan Industri Niger(CCIN) Pengendali ekonomi dalam bilik Internet baharu sedang dihubungkan kepada platform GUCE-Niger

   

Source: Webb Fontaine
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services Trade policy