omniture

Rio South Texas: Penghubung bagi Kereta Api Kargo Amerika Utara, Lapor COSTEP

Council for South Texas Economic Progress
2022-08-12 20:38 2425

MISSION, Texas, 12 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Rio South Texas yang terletak di tengah-tengah rantaian bekalan Amerika Utara sentiasa menjadi sebutan disebabkan oleh kepelbagaian modalnya. Lintasan sempadan utama AS-Mexico, lapangan terbang antarabangsa, pelabuhan laut dalam dan lebuh raya antara negeri telah menjadikan rantau ini sebagai hab perdagangan kepelbagaian modal yang terbaik untuk perniagaan dengan operasi di Amerika Utara. Selain itu, sambungan laluan dalam rantau ini ke Rangkaian Kereta Api Kelas 1 Amerika Utara bertanggungjawab dalam mengeksport dan mengimport beratus-ratus juta produk setiap tahun. Akses perkhidmatan kereta api Amerika Utara ini yang digabungkan dengan peluang yang disediakan oleh Perjanjian Amerika Syarikat-Mexico-Canada (USMCA) mengoptimumkan lagi kelebihan logistik yang ditawarkan oleh Rio South Texas kepada para pengeluar dan pembekal logistik yang terletak di rantau ini.

Rio South Texas menawarkan infrastruktur perkhidmatan kereta api Kelas 1 antarabangsa yang mantap dengan perkhidmatan di AS melalui Union Pacific Railroad dan BNSF Railroad Co., perkhidmatan di Mexico melalui Kansas City Southern de Mexico serta perkhidmatan laluan pendek tempatan melalui Brownsville & Rio Grande international Railroad (BRG), Border Pacific Railroad serta Rio Valley Switching. Beribu-ribu muatan segerabak telah dilaporkan diangkut melalui BRG setiap tahun (lebih 40,000 pada tahun 2019).  Tambahan pula, penggabungan antara Canadian Pacific dan Kansas City Southern yang masih belum selesai akan membawakan logistik perkhidmatan kereta api Rio South Texas ke peringkat seterusnya dengan menyediakan perkhidmatan yang diperkemas di seluruh AS, Mexico dan Kanada, yang bermakna jumlah perdagangan berkemungkinan akan terus berkembang seiring dengan komitmen Canadian Pacific dan Kansas City Southern terhadap rantau kami.

Kereta api kargo juga berfungsi sebagai penghubung utama kepada seluruh pilihan logistik di rantau ini. Perkhidmatan kereta api laluan pendek dihubungkan ke pelabuhan tempatan untuk memudahkan pengangkutan air melalui Gulf Intracoastal Waterway (yang membawa lebih 500 juta tan kargo) dan lautan global melalui Teluk Mexico.  Perkhidmatan kereta api di wilayah Rio South Texas juga menawarkan sambungan kepelbagaian modal ke pengangkutan lebuh raya antara negeri serta kargo udara yang menghubungkan rantau ini ke seluruh dunia dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Valley, Rio South Texas yang berada dalam kedudukan 80 teratas di A.S. untuk kargo udara. 

Sekiranya anda ingin melakukan penghantaran secara global ke Amerika Syarikat atau keluar darinya, atau jika anda ingin menghasilkan produk di Amerika Utara untuk pasaran Amerika Utara, sila lihat apa yang ditawarkan oleh Rio South Texas. Pasukan kami di COSTEP berbesar hati untuk membantu anda, jadi sila lawati kami di www.costep.org atau berhubung dengan kami di @COSTEP untuk mengetahui lebih lanjut.

Hubungan: Matt Ruszczak, +1.956.682.6371, info@costep.org

 

 

Source: Council for South Texas Economic Progress
Keywords: Air Freight Railroads and Intermodal Transportation Transportation Trucking and Road Transportation