omniture

Huion Perkenal Tablet Pen Bluetooth Inovatif dengan Pengawal Dwi Dail: Inspiroy Dial 2

Huion
2022-08-15 09:00 195

NEW YORK, 15 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Pada 15 Ogos 2022 (Shenzhen, China), Huion, pembekal peranti lukisan digital yang terkemuka di dunia, melancarkan tablet pen baharu Inspiroy Dial 2 (pengganti Inspiroy Dial Q620M). Selepas mendengar maklum balas daripada pengguna, Huion bukan sahaja mengoptimumkan reka bentuk pengawal dail, tetapi turut menambah satu lagi pengawal dail pada tablet tersebut yang dapat membantu meningkatkan produktiviti pengguna.


Pengawal Dwi Dail Baharu: menggandakan kecekapan pengguna
Inspiroy Dial 2 menampilkan pengawal dwi dail dan menyokong Windows Radial Menu akses-pantas. Pengguna boleh memprogramkannya dengan mudah untuk melaksanakan pelbagai fungsi termasuk mengezum masuk atau keluar pada kanvas, melaraskan saiz berus, membuat asal, menatal halaman, melaraskan volum dan sebagainya.

Kedua-dua dail yang berfungsi bersama enam set kekunci pintasan akan mempermudah aliran kerja pengguna dengan ketara dan membawa kepada daya kreativiti tanpa batasan.

PenTech 3.0 & Permukaan seperti-Kertas Baharu: meningkatkan pengalaman pen-pada-kertas semula jadi
Huion Pentech 3.0 mengurangkan jarak penarikan balik sebanyak 40%, yang menjamin kedudukan yang tepat, mata pen yang stabil dan lukisan yang tepat. Teknologi EMR tanpa baterinya dapat menghapuskan kebimbangan pengguna untuk mengecasnya. Huion Pentech 3.0 bergabung dengan permukaan metta yang dioptimumkan (tahap geseran naik 20%, meningkatkan kekasaran permukaan), dapat menyediakan rasa seperti menulis pada kertas sebenar kepada pengguna.

Bluetooth 5.0: kestabilan dan keserasian lebih tinggi
Kedua-dua pilihan berwayar dan tanpa wayar (Bluetooth 5.0) disediakan kepada pengguna. Bluetooth 5.0 direka bentuk untuk penggunaan berkuasa rendah dan memiliki kelajuan transmisi rangkaian yang lebih stabil. Inspiroy Dial 2 mempunyai bateri besar 1300 mAh terbina-dalam yang membolehkan pengguna menggunakannya selama 18 jam. Inspiroy Dial 2 juga serasi dengan sistem-sistem yang berbeza: Windows, macOS, ChromeOS, Linux, serta HarmonyOS dan AndroidOS untuk telefon.


Hari ini, berpuluh-puluh juta orang menggunakan produk Huion untuk mengekspresikan idea-idea kreatif mereka di serata dunia. Bagi meningkatkan pengalaman melukis, Huion akan terus membangunkan produk yang lebih inovatif dan praktikal.

Untuk maklumat lanjut tentang Inspiroy Dial 2, sila kunjungi:
https://www.huion.com/pen_tablet/InspiroyDial/inspiroy-dial-2.html
https://store.huion.com/products/inspiroy-dial-2

 

Source: Huion
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics New products/services