omniture

GWM HAVAL DARGO Diperkenalkan di Amerika Selatan, Cetuskan Keghairahan untuk Pemanduan Terpelbagai

GWM
2022-08-15 09:50 299

BAODING, China15 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, GWM HAVAL DARGO dilancarkan di Chile dan Peru di Amerika Selatan bagi membawa pengalaman pemanduan yang serba baharu kepada pelanggan tempatan.

GWM HAVAL DARGO Diperkenalkan di Amerika Selatan, Cetuskan Keghairahan untuk Pemanduan Terpelbagai
GWM HAVAL DARGO Diperkenalkan di Amerika Selatan, Cetuskan Keghairahan untuk Pemanduan Terpelbagai

Bagi membuatkan penduduk tempatan merasakan perasaan sebenar kuasa kereta ini, GWM menjalankan pandu uji jarak jauh untuk HAVAL DARGO di Chile. Model-model pandu uji merupakan edisi pacuan-semua-roda, menggabungkan keselesaan SUV bandar dan prestasi pemanduan SUV luar-jalan. Laluan pandu uji bermula dari Puerto Montt dan berakhir di Puerto Varas melalui Alerce Andino National Park, yang meliputi persekitaran pemanduan yang berbeza seperti rupa bumi luar-jalan dan jalan berturap.

Aktiviti-aktiviti pengalaman berbilang senario menarik minat ramai pemandu uji untuk mengambil bahagian dengan begitu bersemangat dan banyak media terkenal memberi ulasan yang positif.

Chileautos, laman sesawang automotif tempatan yang terkemuka, mengulas bahawa "HAVAL memperkenalkan sebuah SUV dengan gen luar-jalan, HAVAL DARGO berusaha untuk menakluki khalayak ramai yang gemarkan pengembaraan."

Semasa ujian tersebut, HAVAL DARGO menunjukkan prestasi yang baik dalam bahagian luar-jalan yang membolehkan pemandu uji mengalami keseronokan luar-jalan yang hebat. Keupayaan luar-jalan model ini ditingkatkan dengan melengkapkan sistem pacuan-semua-roda pintar dan kunci pembeza dikawal secara elektronik gandar belakang. Sistem pacuan-semua-roda dapat melaraskan output kuasa dengan pintar daripada keempat-empat roda dan berfungsi dengan kunci pembeza untuk memanfaatkan sepenuhnya cengkaman setiap roda, bagi membantu pemandu uji melalui persekitaran yang rumit dengan lancar.

Salah seorang pemandu uji berkata, "prestasi pemanduan HAVAL DARGO di jalan bergunung-ganang jauh melangkaui jangkaan saya sementara prestasi cengkaman dan cesi kenderaan ini kedua-duanya adalah sangat baik. Ia dapat memberi sokongan yang mantap apabila membelok dan juga pengalaman pemanduan yang selesa."

Selain itu, dalam pandu uji di jalan berturap, model ini memberi pengalaman yang amat selesa. Kenderaan pandu uji ini mempunyai pelbagai peranti pintar seperti Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dan Bantuan Kekal Lorong (LKA). Konfigurasi ini menyediakan keselesaan dan kelancaran yang disokong oleh teknologi kepada pemandu uji. Sebagai contoh, ACC dapat mengenal pasti jarak ke kereta di hadapan dengan tepat dan mengawal kelajuan secara automatik bagi membolehkan pemandu menikmati cara pemanduan yang lebih santai dan selesa.

HAVAL DARGO menggabungkan bahagian luaran luar-jalan dengan ruang dalam yang diinspirasikan oleh teknologi, membawakan kepada pemandu uji dengan keteguhan penampilannya dan perincian yang hebat. Dari segi ruang dalaman, model ini mempunyai ruang yang luas, yang dipasang dengan tombol anjakan dan skrin kawalan pusat besar bagi meningkatkan rasa diperhalusi dan suasana yang selesa.

"Gayanya yang unik, mutu kerja dalaman yang sangat baik dan konfigurasi teknologi pintar yang beraneka sangat menarik perhatian, menjadikannya menonjol antara produk-produk lain daripada kelas yang sama dalam pasaran," ulas La Tercera, media Chile yang berwibawa.

Menurut data jualan terkini yang dikeluarkan oleh GWM, HAVAL DARGO mencapai hasil jualan yang cemerlang pada bulan Julai 2022, dengan jualan global meningkat sehingga 45.36% berbanding tahun sebelumnya.

Tidak lama lagi, GWM akan melancarkan kereta ini dalam pasaran-pasaran lain termasuk negara-negara Timur Tengah, bagi membawa pengalaman pemanduan terpelbagai kepada lebih ramai pelanggan.

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation New products/services