omniture

Seaborn Networks Terima Jaminan Coface bagi Projek Kabel Brazil-AS

Agensi Kredit Eksport Perancis Sokong Pembiayaan Seabras-1 yang akan Dihasilkan oleh Alcatel-Lucent
Seaborn Networks
2013-10-23 03:26 112

BOSTON, 23 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Seaborn Networks hari ini mengumumkan Coface, Agensi Kredit Eksport Perancis, telah mengeluarkan "Janji Jaminan" untuk kemudahan kredit bagi projek kabel Seabras-1 Brazil-AS yang tertakluk kepada syarat-syarat penutupan tertentu untuk akaun Negara Perancis.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131021/647925)

Seaborn Networks bercadang untuk menggunakan kredit pembeli untuk memudahkan pembuatan dan pemasangan Seabras-1, sistem kabel bawah laut dengan pasangan empat gentian baharu Brazil-AS yang dibina oleh Alcatel-Lucent untuk Seaborn Networks. Seabras-1 akan menjadi laluan terus yang pertama di antara Sao Paulo dengan New York, dan sistem tersebut juga akan mempunyai tempat mendarat di Fortaleza, Brazil.

Seaborn Networks juga mengumumkan pada hari ini kapasiti reka bentuk maksimum bagi Seabras-1 telah ditingkatkan daripada 32 Tbps kepada 40 Tbps sebagai tindak balas kepada permintaan pelanggan dan pasaran bagi perkhidmatan jalur lebar yang lebih tinggi. "Penerimaan kami terhadap Jaminan Coface ialah pencapaian penting bagi projek Seabras-1," kata Larry Schwartz, Ketua Pegawai Eksekutif Seaborn Networks. "Sambil Brazil dan negara Amerika Selatan yang lain terus mengalami pertumbuhan yang belum pernah berlaku dalam permintaan bagi perkhidmatan telekomunikasi, Seabras-1 berada pada kedudukan yang baik untuk menyokong keperluan komunikasi antarabangsa di rantau ini."

Sistem kabel bawah laut baharu akan dihasilkan berdasarkan teknologi koheren 100 Gbps maju milik Alcatel-Lucent, yang dibangunkan oleh Alcatel-Lucent di Villarceaux, berhampiran Paris. Pelancaran perkhidmatan Seabras-1 dijangka akan diadakan pada tahun 2015.

TENTANG SEABORN NETWORKS

Seaborn Networks ialah pengendali dan pemaju bebas sistem kabel optik gentian bawah laut, termasuk Seabras-1 yang merupakan kabel optik gentian langsung pertama di antara Sao Paulo, Brazil dan Amerika Syarikat. Seabras-1 merupakan sistem 40 Tbps yang akan menyambungkan Sao Paulo dengan New York, dengan cawangan pendaratan di Fortaleza, Brazil. Seaborn diasaskan oleh para eksekutif pembawa borong dan kabel bawah laut yang berjaya dan berpengalaman dalam mereka bentuk, membina dan mengendalikan banyak rangkaian kabel bawah laut dan daratan terbesar di dunia. Sistem kabel bawah laut yang direka, dibina dan dikendalikan oleh pasukan pengurusan Seaborn mewakili sejumlah 75 stesen pendaratan, 250 mata kehadiran dan 250,000 km kabel bawah laut (lebih 6X lilitan bumi).

Bagi maklumat tambahan, sila layari http://www.seabornnetworks.com

Perhubungan Media

Dan Taylor
+1-978-377-8366
dantay@seabornnetworks.com

SUMBER  Seaborn Networks

Source: Seaborn Networks
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Financing agreements