omniture

Hakuhodo dan DAC lancar H+, kumpulan strategik untuk "Memperkasa Masa Depan Digital Anda" dengan salah satu pendekatan pemasaran data bertumpu khalayak paling tersendiri APAC

D.A.Consortium Inc. (DAC)
2022-08-15 15:48 371

TOKYO, 15 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Hakuhodo Inc. dan D.A.Consortium Inc. (DAC) dengan sukacitanya mengumumkan penubuhan H+ (https://www.hplus.digital), sebuah organisasi strategik rentas-syarikat. H+ akan bekerjasama erat dengan pejabat-pejabat Tokyo, Hakuhodo dan DAC serta memimpin syarikat-syarikat pakar Hakuhodo DY Group di rantau APAC bagi menyokong aktiviti pemasaran dan media pelanggan.


Misi H+ adalah untuk memperkasakan masa depan digital pemasar pelanggan dengan mencipta pengalaman jenama yang berkembang apabila gaya hidup berbilang aspek dibentuk dengan setiap hari dan interaksi, mendedahkan permintaan yang terpendam dan menggalakkan pilihan dan tindakan yang baharu.

Sebagaimana ia konsisten dalam seluruh Hakuhodo, H+ mempunyai pendekatan perancangan InsightOut® proprietari (Lihat Nota 1) sebagai terasnya. Pendekatan ini mempunyai asasnya untuk memahami orang ramai bukan sekadar sebagai pengguna, tetapi sebagai sei-katsu-sha—istilah Hakuhodo untuk individu holistik (Lihat Nota 2). "Inilah yang mendorong kami untuk melihat manusia secara keseluruhan yang meliputi kehidupan, pilihan, aspirasi dan impian mereka; dan untuk mencari pengalaman gaya hidup yang berkembang yang akan memaklumkan komunikasi yang menarik," kata Michihiko Suganuma, Pegawai Eksekutif, Ketua Kumpulan Perniagaan Global di DAC dan Pengurus Besar, Bahagian Strategi DX Asia, Hakuhodo International, yang memimpin H+.

Melihat dunia melalui lensa sei-katsu-sha bererti bahawa H+ diaturkan untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat dan rakan-rakan kongsi Hakuhodo DY Group bagi membantu pemasar memaksimumkan keberkesanan dan kecekapan komunikasi mereka dan memenuhi janji kami untuk "Memperkasa Masa Depan Digital Anda."

Falsafah H+

Falsafah H+ diasaskan daripada falsafah Pandangan Sei-katsu-sha Hakuhodo dan pendekatan InsightOut® terhadap perancangan. Kesemua ini telah menjadi pemacu penting bagi kejayaan Hakuhodo di Jepun dan kini akan mempertingkatkan dari segi bagaimana kami turut menjadikannya berciri transformasi untuk pelanggan di seluruh pelosok rantau APAC.

Dengan data perkongsian dan teknologi yang membolehkan kami untuk memahami sei-katsu-sha dengan lebih baik dan lebih pantas berbanding sebelum ini, kami berupaya untuk membina jambatan yang jauh lebih bermakna antara pelanggan-pelanggan kami, sei-katsu-sha dan masyarakat. Selanjutnya, pendekatan InsightOut® merupakan cara kami menghidupkan pandangan sei-katsu-sha ini. Daripada hanya melihat apa yang dilakukan oleh sei-katsu-sha, kami turut mendedahkan motivasi asas terhadap tingkah laku mereka untuk menukar pemahaman kami kepada tindakan.

Berucap tentang pelancaran, Suganuma berkata, "APAC sentiasa menjadi rantau dinamik yang hebat di dunia dan ketika ini khususnya ia menebus masa yang hilang dengan pantas dan sekali lagi mencari inovasi dan juga peluang. Merentas bidang pengiklanan, media milik sendiri, perdagangan dan CRM, pelanggan ingin mengadakan perbualan yang menarik bersama pengguna. Dengan data dan teknologi sebagai asasnya, H+ memberi tumpuan untuk memperkasa pelanggan untuk berbuat demikian."

Shuntaro Ito, Pegawai Kanan Korporat, Hakuhodo, serta Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, Hakuhodo International mengulas, "Meneruskan usaha untuk mempercepatkan pertumbuhan kami di luar Jepun sentiasa menjadi keutamaan tertinggi buat Hakuhodo dan DAC. Atas sebab inilah kami merasakan bahawa melancarkan tawaran kumpulan baharu, yang dapat memberi kuasa secara strategik kepada semua syarikat dalam-pasaran kami, merupakan keputusan yang tepat pada ketika ini.

Nota 1

InsightOut® ialah teknik proprietari daripada kumpulan pemikir unik kami Hakuhodo Institute of Life and Living (HILL) dan mengambil data serta memprosesnya menjadi idea. Ia memanfaatkan falsafah Pandangan Sei-katsu-sha Hakuhodo Group sebagai proses pengkonsepan konkrit. Ia dapat diaplikasikan pada pelbagai peringkat dalam perniagaan, bermula daripada pengumpulan data kepada idea. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang InsightOut®, sila kunjungi: https://hillasean.com/

Nota 2

"Sei-katsu-sha" ialah istilah yang digunakan oleh kami untuk menggambarkan bahawa orang ramai bukan sekadar pengguna, tetapi individu yang dibentuk sepenuhnya oleh gaya hidup, aspirasi dan impian mereka. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sei-katsu-sha, sila kunjungi: https://seikatsusoken.jp/english/about/whatis/

 

 

Source: D.A.Consortium Inc. (DAC)
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services