omniture

Quick Heal bergabung tenaga dengan RevBits untuk mengukuhkan portfolio keselamatan sibernya

RevBits LLC
2022-08-15 21:00 464

Kerjasama strategik ini membuka pasaran baharu kepada Quick Heal dan RevBits untuk memberikan perlindungan yang unggul kepada pangkalan pelanggan yang diperluaskan 

MINEOLA, New York, 15 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Quick Heal Technologies, peneraju dalam bidang keselamatan siber, telah bekerjasama dengan RevBits untuk menangani keperluan perlindungan lanjutan bagi infrastruktur di premis organisasi kerajaan. Kerjasama ini akan membantu Quick Heal meningkatkan portfolio produk Seqrite miliknya sambil membolehkan RevBits memperluas kehadiran pasarannya di India. Kerjasama ini juga bertujuan untuk membantu organisasi kerajaan yang lebih gemar menjalankan sistem kritikal mereka di premis berbanding di awan, sekali gus dapat memastikan mereka beroperasi dengan selamat dan lancar tanpa berasa bimbang terhadap serangan siber.


Dr. Sanjay Katkar, Pengarah Urusan Bersama & Ketua Pegawai Teknologi Quick Heal Technologies Ltd berkata, "Kami berasa gembira dapat bekerjasama dengan penyedia penyelesaian keselamatan siber yang terkemuka seperti RevBits yang terkenal dengan kaedah pengesanan tiga fasanya yang unik yang dapat melindungi perniagaan walaupun daripada serangan yang paling canggih. Ia juga melengkapkan rangkaian penyelesaian keselamatan Seqrite kami yang sedia ada dan akan membantu kami mengukuhkan lagi portfolio produk Seqrite kami untuk menawarkan penyelesaian keselamatan siber yang terbaik kepada para pelanggan kami. Di Quick Heal, kami berusaha untuk menginovasi produk kami sejajar dengan landskap ancaman yang sentiasa berkembang serta merangka penyelesaian yang benar-benar sesuai dengan tujuan ini. Kami akan terus bekerjasama dengan lebih ramai pemain industri sedemikian untuk menambah produk dan perkhidmatan kami, memperkukuh kehadiran sebagai peneraju di pasaran hari ini, esok dan di masa hadapan." 

David Schiffer, Ketua Pegawai Eksekutif RevBits berkata, "Kami amat berbangga kerana dipilih oleh sebuah syarikat dengan saiz dan reputasi seperti Quick Heal. Ia merupakan penyedia EPS terkemuka di India yang memiliki 80% bahagian pasaran dan penyelesaian mereka tersedia di lebih 40 buah negara melalui pejabat antarabangsa dan beribu-ribu rakan kongsi saluran. Gabungan teknologi dan reputasi RevBits serta liputan pasaran Quick Heal Technologies pasti terbukti akan menjadi sebuah gabungan yang berjaya. Unjuran konservatif menunjukkan hasil tambahan untuk RevBits melebihi $10 juta ARR dalam tempoh tiga tahun akan datang dengan potensi peningkatan yang besar".

Tentang RevBits

Ditubuhkan pada tahun 2018, RevBits ialah sebuah syarikat keselamatan siber komprehensif yang dikhususkan untuk memberikan perlindungan dan perkhidmatan yang unggul kepada para pelanggan. RevBits memberikan perlindungan terhadap ancaman siber paling canggih yang dihadapi syarikat dengan menawarkan pelbagai keupayaan keselamatan canggih yang boleh ditadbir melalui platform keselamatan bersepadu. RevBits beribu pejabat di Mineola, New York serta mempunyai pejabat di Princeton, New Jersey, Boston, Massachusetts, London (England) dan Antwerp (Belgium). Untuk maklumat lanjut tentang RevBits, sila layari www.revbits.com/aboutrevbits.

Tentang Quick Heal Technologies Ltd. 

Quick Heal Technologies Ltd. (Dahulunya Dikenali sebagai Quick Heal Technologies Pvt. Ltd.) ialah sebuah syarikat penyelesaian keselamatan IT yang terkemuka. Setiap produk Quick Heal direka untuk memudahkan pengurusan keselamatan IT pada seluruh aspek peranti serta pada berbilang platform. Ia disesuaikan untuk menepati kehendak pada pengguna, perniagaan kecil, pertubuhan kerajaan dan rumah korporat. Selama 26 tahun, Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) syarikat ini telah memberi tumpuan kepada penyelesaian keselamatan komputer dan rangkaian. Portfolio semasa bagi keselamatan berasaskan awan dan penyelesaian lanjutan yang didayakan pembelajaran mesin ini dapat menghentikan ancaman, serangan dan trafik hasad sebelum ia menyerang. Ini mengurangkan penggunaan sumber sistem dengan ketara. Penyelesaian keselamatan ini secara asalnya dibangunkan di India. Penyelesaian Antivirus Quick Heal, Enjin Imbasan Quick Heal dan keseluruhan rangkaian produk Quick Heal merupakan item proprietari Quick Heal Technologies Ltd. 

Hubungan:
Neal Hesterberg
neal.hesterberg@revbits.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1222447/revbits_logo__002.jpg?p=medium600

Source: RevBits LLC
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Joint ventures