omniture

Samsung BioLogics Tandatangani Kerjasama Pembuatan Strategik bersama Roche

Samsung BioLogics
2013-10-23 13:34 159

SEOUL, Korea Selatan, 23 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Samsung BioLogics hari ini mengumumkan Samsung BioLogics dan F. Hoffmann-La Roche telah memeterai perjanjian pembuatan strategik jangka panjang yang dengannya Samsung akan menghasilkan ubat-ubatan biologi komersil proprietari Roche di dua kemudahan pengeluarannya di Incheon, Korea Selatan, dan salah satu daripadanya sedang dalam proses pembinaan. Syarat-syarat perjanjian itu tidak akan didedahkan, termasuk produk dan terma kewangan yang akan dikeluarkan.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131022/HK01710 )
(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2013/10/22/2013102214483444486.html )

"Kami amat gembira untuk mengumumkan perhubungan pembuatan strategik bersama Roche dan berharap untuk memberikan perkhidmatan pembuatan terbaik dengan standard kualiti global tertinggi," kata Tae-Han Kim, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Samsung BioLogics. "Kerjasama dengan syarikat bioteknologi terbesar dunia itu ialah peristiwa penting untuk Samsung kerana ia mengesahkan strategi jangka panjang kami untuk menjadi peneraju dalam bidang pembuatan biofarmaseutikal."

Tentang Samsung BioLogics

Samsung BioLogics ialah pembekal perkhidmatan penuh bagi pembuatan cGMP dan pembangunan proses kontrak yang berkualiti dalam industri biofarmaseutikal global. Kemudahan yang kami direka khas untuk pengeluaran protein rekombinan dan antibodi monoklonal dengan kebolehlenturan maksimum. Perkhidmatan sehenti kami termasuklah generasi sel, proses dan pembangunan kaedah analisis, perkhidmatan analisis, pembuatan cGMP pukal komersil dan klinikal bagi bahan dan produk ubat-ubatan yang memenuhi pematuhan peraturan global dan standard kualiti tertinggi. Bagi maklumat tambahan tentang syarikat ini, sila layari http://www.samsungbiologics.com.

Penolak Tuntutan Samsung

Siaran akhbar ini mungkin mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang menggambarkan pandangan dan jangkaan semasa berkenaan dengan prestasi, perniagaan dan peristiwa masa depan. Sila fahami kenyataan ini adalah tertakluk kepada beberapa risiko, ketidaktentuan dan andaian, yang boleh menyebabkan keputusan sebenar banyak berbeza daripada rancangan, objektif, jangkaan, anggaran, dan tujuan sebenar yang kami luahkan. Dalam apa-apa keadaan, kami atau syarikat subsidiari, sekutu, pengarah, pegawai, ejen atau pekerja kami tidak akan bertanggungjawab sebelum apa-apa pihak ketiga, termasuk pelabur, untuk apa-apa keputusan pelaburan atau perniagaan yang dibuat atau tindakan yang diambil berdasarkan maklumat dan kenyataan yang terkandung di dalam siaran akhbar ini atau bagi apa-apa kerosakan turutan, khas, atau serupa.

Hubungi:
Samsung BioLogics
Media:
Changsik Park
82-32-455-3710
changsiik.park@samsung.com

Source: Samsung BioLogics
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Contracts