omniture

ICP DAS - BMP bakal hadiri MEDICAL MANUFACTURING ASIA 2022 di Singapura

ICP DAS Co., Ltd.
2022-08-16 10:15 284

TAIPEI, 16 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- ICP DAS - BMP (Polimer Bioperubatan), pembekal TPU (poliuretana termoplastik) perubatan Taiwan, akan mengadakan pameran di MEDICAL MANUFACTURING ASIA 2022, Pameran dan Persidangan Proses Pembuatan untuk Teknologi Perubatan ke-5, yang menyediakan peluang perniagaan yang sangat baik dalam teknologi perubatan melalui pasaran Asia Tenggara. Pameran tersebut akan berlangsung di Marina Bay Sands Expo and Convention Centre di Singapura mulai 31 Ogos hingga 2 September 2022.

imej
imej

ICP DAS - BMP akan mempamerkan tiga siri pelet TPU gred perubatan yang amat stabil, iaitu Alithane™ (siri ALP), Durathane™ (siri ALC) dan Arothane™ (siri ARP). Rangkaian pelet baharu dengan 30% kandungan tungsten (W30) akan turut dipamerkan di pameran tersebut. ICP DAS - BMP dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran tiga barisan pengeluaran baharu selain daripada dua yang telahpun beroperasi. Barisan pengeluaran ketiga akan mula beroperasi dalam beberapa bulan. Selain itu, menjelang akhir tahun ini, pengeluaran pelet dengan kandungan tungsten masing-masing sebanyak 40% (W40) dan 50% (W50), akan dilancarkan.

Semua pelet TPU gred perubatan oleh ICP DAS - BMP dikeluarkan 100% di Taiwan dan memiliki sifat-sifat mekanikal, rintangan kimia dan radiodensiti yang sangat baik; ia juga boleh dipadankan dengan warna. Bagi menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan, ICP DAS - BMP menawarkan masa pendulu yang lebih baik dan menerima pesanan dalam kuantiti yang lebih kecil. Pelet TPU gred perubatan boleh digunakan untuk pelbagai aplikasi seperti penyampaian ubat, rawatan luka, kardiologi, urologi, ortodontik dan lain-lain.

Memandangkan kebanyakan negara mula mempertimbangkan untuk menggantikan PVC (polivinil klorida) dengan TPU gred perubatan, penggunaan pelet TPU gred perubatan telah menjadi bahagian yang kritikal dalam sistem rawatan kesihatan dan perubatan kecemasan global. ICP DAS - BMP dengan bangganya menyatakan bahawa syarikat ini telahpun mencapai kejayaan yang mengagumkan dengan pengeluar-pengeluar peranti perubatan domestik dan asing, termasuk pengeluar-pengeluar dari Korea, Israel, Perancis dan lain-lain menggunakan TPU gred perubatan untuk kaedah-kaedah pembentukan suntikan.

Pasukan ICP DAS - BMP tidak sabar-sabar untuk bertemu pengunjung mulai 31 Ogos hingga 2 September 2022 di Dewan F, Reruai 2V13. Temui pakar-pakar syarikat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pembangunan yang terkini dalam TPU gred perubatan.

Latar Belakang ICP DAS - BMP

Sebagai tindak balas kepada permintaan yang semakin meningkat dalam industri polimer, pada tahun 2018, ICP DAS menubuhkan sebuah unit perniagaan baharu untuk pembangunan dan pengeluaran TPU gred perubatan – ICP DAS - BMP. Syarikat ini mencapai pensijilan ISO 13485 untuk gudang bahan mentah dan barisan pengeluarannya.

ICP DAS - BMP memiliki makmalnya sendiri untuk pempolimeran, analisis sifat-sifat fizikal dan ujian kesitotoksikan. Semua TPU yang dibekalkan oleh ICP DAS - BMP diperakui oleh USP Kelas VI dan mematuhi piawaian antarabangsa ISO 10993. Bahan-bahan telah melepasi ujian pemekaan kulit dan kesitotoksikan menurut ISO 10993-5 dan ISO 10993-10. Kesemua ini membolehkan ICP DAS - BMP untuk menjamin biokeserasian untuk pengeluar-pengeluar peranti perubatan.

Untuk butiran lanjut, sila kunjungi laman sesawang kami: https://bmp.icpdas.com/

Source: ICP DAS Co., Ltd.
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals New products/services Trade show news Future Events