omniture

Lanson Place Melantik Ketua Kewangan dan Ketua Pembangunan

Lanson Place Hospitality Management Limited
2013-10-23 15:13 134

HONG KONG, 23 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Lanson Place Hospitality Management Limited (Lanson Place) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Jo Leung sebagai Ketua Kewangan dan Loraine Berry sebagai Ketua Pembangunan berkuat kuasa 16 Oktober 2013.

Jo Leung akan bertanggungjawab menyelia dan mengarah Jabatan IT dan Kewangan Kumpulan Lanson Place bagi membantu pembentukan dan pelaksanaan strategi, peluasan serta memantau prestasi perniagaan dan kewangan Kumpulan Lanson dan juga pengurusan aset pelaburan hospitaliti Wing Tai Properties Limited.

Jo memiliki pengalaman selama lebih 25 tahun dalam kewangan dan pengurusan industri hospitaliti. Sebelum menyertai Kumpulan Lanson Place, beliau merupakan Pengarah Kewangan Kawasan – China Timur di Hyatt International, dan memegang pelbagai jawatan eksekutif dalam pelbagai kumpulan hospitaliti mewah termasuk Ritz-Carlton, Intercontinental Hotel Group dan Shangri-la Hotels.

Loraine Berry pula dilantik sebagai Ketua Pembangunan Lanson Place bagi memacu pelan pertumbuhan strategik syarikat itu serta mengenal pasti dan menilai projek baharu berpotensi untuk kontrak pengurusan serta pelaburan baharu atau peluang usaha sama di China dan kawasan Asia lain.

Loraine mempunyai pengalaman selama lebih 20 tahun dalam pembangunan perniagaan, jualan dan pemasaran dalam bidang hospitaliti. Sebelum menyertai Kumpulan Lanson Place beliau memegang peranan sebagai Pengarah Pembangunan bertanggungjawab untuk pelan peluasan syarikat Langham Hospitality Group di Asia Pasifik. Beliau juga pernah menyandang pelbagai jawatan eksekutif dalam syarikat Hotel antarabangsa terkemuka lain seperti Marriott International, Accor dan Hilton.

"Kami gembira mengalu-alukan Jo dan Loraine ke dalam keluarga Lanson Place. Dengan latar belakang dan pengalaman mereka yang kuat, kami yakin pelan peluasan dan pembangunan Kumpulan ini dapat diperkukuh lagi," kata Marc Hediger, Ketua Pegawai Eksekutif Lanson Place.

Mengenai Lanson Place Hospitality Management Limited

Lanson Place ialah syarikat subsidiari milik penuh Wing Tai Properties Limited yang juga syarikat awam tersenarai di Hong Kong (kod saham HKEx:369) kini menguruskan sembilan hartanah (empat daripadanya mempunyai ekuiti milik Wing Tai) di bawah jenama Lanson Place, terdiri daripada apartmen khidmat mewah dan hotel butik di Hong Kong, Beijing, Shanghai, Kuala Lumpur dan Singapura.

Hartanah Lanson Place biasanya terletak berdekatan dengan kawasan pusat perniagaan serta hampir dengan tempat membeli-belah dan hiburan. Lanson  Place bermatlamat untuk menawarkan perkhidmatan yang berprihatin khusus dengan kemudahan hotel mewah dan keselesaan serta tempat kediaman berprivasi.

Kumpulan itu akan terus memajukan jenama "Lanson Place" sebagai jenama pan-Asia dan akan terus menerokai peluang pelaburan dan pengurusan khususnya di bandar-bandar pintu gerbang di rantau Asia-Pasifik. Lanson Place Bukit Ceylon Serviced Residences di Kuala Lumpur baru sahaja dibuka pada bulan Ogos 2013 sementara Lu Xiang Yuan Serviced Suites di Shanghai pula dijadualkan buka pada pertengahan tahun 2014.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Helen Cheung
Pengurus Komunikasi Pemasaran
Lanson Place Hospitality Management Limited
Tel: +852-2752-2185
E-mel: helen.cheung@lansonplace.com

Joanna Cheung
Eksekutif Pemasaran
Tel: +852-2752-2179
E-mel: joanna.cheung@lansonplace.com

Sallehuddin Nazir                                
Pengurus Komunikasi Pemasaran -- Asia Tenggara
Lanson Place Hospitallity Management Limited
Tel: +603-2725-8897
E-mel: sallehuddin.nazir@lansonplace.com

Source: Lanson Place Hospitality Management Limited
Related Stocks:
HongKong:0369
Keywords: Hotels and Resorts Travel Personnel announcements