omniture

COSTEP Menekankan Pembangunan Tenaga Kerja Pembuatan di Rio South Texas

Council for South Texas Economic Progress
2022-08-16 17:23 148

MISSION, Texas, 16 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Teras bagi mana-mana perniagaan yang berjaya adalah tenaga kerja yang bermotivasi dan berkebolehan. Manakala teras bagi mana-mana wilayah yang berjaya adalah saluran tenaga kerja yang kukuh dan cekap. Ia melengkapkan syarikat dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mengendali pasaran global. Wilayah Rio South Texas memahami akan perkara tersebut dan ia menunjukkan pemahaman ini melalui pelbagai program latihan kemahiran yang diperakui oleh industri awam & swasta, program dwi-kredit peringkat kolej di sekolah tinggi serta institusi pendidikan tinggi berfokuskan masa hadapan yang beroperasi di Rio South Texas.

Salah satu contoh yang terbaik ialah kerjasama South Texas College (STC) dengan FESTO dan Fuji Automatic Numerical Control (FANUC), menyediakan program latihan yang diperakui melibatkan beberapa penyelesaian pembuatan Industri 4.0 yang tercanggih di dunia untuk para profesional industri pembuatan yang berpengalaman dan yang baru menyertai. FANUC ialah pembekal utama bagi robot, sistem kawalan komputer dan automasi kilang, manakala penyelesaian FESTO merupakan antara yang terbaik di dunia dalam bidang lantai kilang Industri 4.0 dan persekitaran berkembar digital.

Dan ia bukanlah hanya bakat dalam pembuatan tercanggih yang dihasilkan di Rio South Texas. Ilmu sains bagi bahan canggih yang digunakan dalam proses pembuatan pada hari ini dan akan datang juga sedang dipelajari oleh para pelajar di Rio South Texas, sebagai contoh di University of Texas – Rio Grande Valley (UTRGV) di makmal nanosains mereka yang canggih. Penyelidikan makmal ini memberi tumpuan terutamanya kepada fizik jirim mampat secara teori dan eksperimen dengan pelbagai fenomena keadaan pepejal yang sedang dikaji di peringkat sistem struktur bersaiz nano. Rakan kongsi untuk program ini termasuk Yayasan Sains Kebangsaan, Makmal Penyelidikan Tentera Udara dan NASA.

Ini hanyalah beberapa contoh program pembangunan tenaga kerja di wilayah Rio South Texas yang telah dimanfaatkan untuk menyediakan bakat dalam industri seperti bateri, bioteknologi, mobiliti, tenaga dan aeroangkasa kepada syarikat-syarikat tempatan dan bakal pelabur! Dengan saluran tenaga kerja yang kukuh dan cekap serta kehadiran rakan kongsi di Amerika Utara dan di seluruh dunia, para pelajar institusi pendidikan Rio South Texas hari ini dengan pantasnya mampu menjadi wajah bagi syarikat yang berjaya di peringkat global pada masa hadapan.

Jika anda ingin mengeluarkan produk di Amerika Utara untuk pasaran Amerika Utara, lihatlah apa yang ditawarkan oleh Rio South Texas. Pasukan kami di COSTEP berbesar hati untuk membantu anda, jadi sila lawati kami di www.costep.org atau berhubung dengan kami di @COSTEP untuk mengetahui lebih lanjut.

Hubungan: Matt Ruszczak, +1.956.682.6371, info@costep.org

Source: Council for South Texas Economic Progress
Keywords: Computer/Electronics Education Mining/Metals Workforce Management/Human Resources STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)