- Pelancaran STAR-CCM+ v8.06 baharu CD-adapco mempertingkatkan pengalaman pengguna, skop simulasi dan masa pusing balik.
NEW YORK dan LONDON, 23 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- CD-adapco, yang merupakan penyedia CAE bertumpukan CFD persendirian terbesar, hari ini mengumumkan pelancaran STAR-CCM+ v8.06, pelancaran ketiga pada tahun 2013 bagi alat simulasi utamanya.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20110623/MM25604LOGO )
"Objektif pelancaran STAR-CCM+ v8 adalah untuk meningkatkan pengalaman pengguna secara keseluruhan untuk meluaskan liputan permohonan dan untuk meningkatkan masa pusing balik," kata Naib Presiden Kanan Pengurusan Produk, Jean-Claude Ercolanelli.
Pengalaman Pengguna yang Dipertingkatkan
"Cabaran yang signifikan bagi jurutera simulasi ialah memastikan ketekalan proses bagi seluruh organisasi besar atau pasukan yang teragih daripada segi geografi," kata Ercolanelli. "Bagi menangani masalah ini, kami menawarkan Pembantu Simulasi, yang merupakan antara muka pengguna interaktif yang membolehkan pengguna untuk menghasilkan amalan terbaik semula dan menggunakan amalan tersebut di seluruh organisasi lengkap."
Pembantu Simulasi juga sesuai digunakan bagi memperkenalkan jurutera yang kurang berpengalaman kepada proses simulasi anda, mendedahkan mereka kepada pendekatan langkah demi langkah yang membimbing mereka melalui peringkat-peringkat yang perlu dilalui bagi mendapatkan hasil yang bermakna.
Liputan yang Diperluaskan
"Aliran multifasa dianggap sebagai sukar untuk disimulasi kerana model yang terhasil seringkali adalah terhad kepada aplikasi dalam julat yang kecil," kata Ercolanelli. "Salah satu daripada tumpuan kami di STAR-CCM+ ialah melibatkan penghasilan aliran multifasa yang lebih mudah dicapai oleh pengguna, merapatkan jurang dan membolehkan anda untuk menangani kepelbagaian aplikasi industri yang lebih luas."
STAR-CCM+ v8.06 memperkenalkan keupayaan untuk menggunakan multifasa dengan lebih set, yang membuka kemungkinan untuk mensimulasikan fenomena seperti pembentukan ais pada kelepak sayap pesawat atau lukisan semburan. Zarah Kaedah Unsur Diskret kini hadir dengan skalar aktif yang boleh digunakan untuk aplikasi seperti ketebalan lapisan tablet atau kandungan kelembapan untuk pengeringan cip kayu.
Masa Pusing Balik yang Diperbaharui
"Kemampuan untuk mensimulasikan sebahagian daripada masalah adalah tidak mencukupi," kata Ercolanelli. "Kami amat komited untuk membolehkan pengguna kami untuk 'mensimulasikan sistem' secara penuh dengan meningkatkan prestasi penyelesai supaya pengguna boleh mensimulasikan fenomena yang berlaku pada skala perindustrian dan dalam skala masa yang boleh diterima."
Pengguna DEM akan melihat peningkatan prestasi yang tinggi terhadap STAR-CCM+ v8.06, dengan simulasi yang mengambil masa serendah 30% daripada masa yang diambil dalam versi sebelumnya. Pengenalan pemangkas selari akan membolehkan penghasilan jejaring yang lebih besar dengan lebih pantas dan seterusnya meningkatkan produktiviti keseluruhan.
STAR-CCM+ v8.06 boleh dimuat turun daripada Portal Pelanggan Steve. Bagi maklumat lanjut, sila layari www.cd-adapco.com, atau layari blog CD-adapco.
HUBUNGI
Lauren Gautier
lauren.gautier@cd-adapco.com
+1-734-233-5643